Monday, September 29, 2008

Kisah edul Fitr

Hari ni aku dah berada kat kampung untuk beraya walaupun sebenarnya aku tak tau nak beraya ke tak kerana rasa sedih atas kehilangan arwah adik aku beberapa bulan lepas. Ini merupakan kehilangan pertama dalam keluarga aku dan semua famili amat terasa kehilangannya. Sejak kecil (umur 15 tahun) dia telah menderita akibat perbuatan orang dan sedar tak sedar selama hampir 20 tahun, tapi kami satu keluarga sentiasa menyayangi dia hingga Tuhan menjemputnya dalam keadaan yang amat menyedihkan. Aku diberitahu oleh kakak aku yang emak tak buat apa-apa persediaan raya ni kerana biasanya dia selalu 'mengacau' emak ketika emak membuat kuih tapi semua tu dah tiada dan emak dan bapak (aku tau bapak sedih tapi bapak seorang yang tabah dan tak pernah tunjuk kat orang : muka dia kering jer) amat sedih. terima kasih kepada kakak dan adik2 yang lain kerana tetap balik beraya bersama depa ketika ini.

Bukan benda ni aku nak cerita tapi perjalanan aku semalam dari KL ke Kedah. Aku sefamili bertolak dari KL jam 5 petang dan pada mulanya perjalanan amat lancar. Kami satu famili memang bercadang nak berbuka dalam kereta jer dan berenti lepas berbuka untuk makan yang lebih sempurna. Tapi elok2 perjalanan lancar, lepas jer area Gua Tempurung kira2 pukul 6.30 tetiba jer jalam jamm sangat dan tak nampak 'kepala'. Mula aku ingat road block, dan aku panas sikitlah kerana takkan masa gitu nak buat road block. Tapi aku nampak ada kepulan asap kat depan dan semua orang tertanya-tanya apa dah jadi. Semua kenderaan mematikan enjin kerana harga minyak mahal. Nilah akibatnya kalau harga minyak mahal. Dalam dok tertanya tu ada gak yang tak sabar dan ambik lorong kecemasan dan alih2 lorong tu pun jamm giler. Tiba2 nampak kereta Polis dok mencelah kat lorong tengah dan kejap pastu kereta Bomba plak lalu dan diiringi oleh Ambulan dan pekerja2 PLUS. Sah ada kemalangan. Kalau tengok bentuk jamm tu sah ni bukan kemalangan biasa. Akhirnya azan pun dilaungkan dari stesen radio Perak. Plan aku nak berbuka dalam kereta pun tercapai dan semua pun begitu. Tapi yang best muka masing-masing nampak sabar dan dari awal lagi ramai orang dah keluar dari kereta masing-masing untuk melihat apa yang berlaku dari Melayu, Cina dan India semua sporting.

Dalam lebih kurang 45 minit kereta mula bergerak walaupun perlahan dalam lebih kurang 3 km bergerak baru nampak apakah punca jamm tersebut. 8 biji kereta telah berlanggar buntut ke buntut dan 2 buah kereta telah terbakar dan aku tak tau lebih lanjut.

Perjalanan diteruskan dengan lancar dan nyata kebderaan memang banyak, faham2 jerlah kalau dah terkumpul masa jamm tu almost 1 jam. Aku berenti untuk makan di R&R Sungai Perak yang memang dah jadi fav aku dari dulu kerana masakan ikan patin masak lemak cili apinya. Meletup! Lebih kurang 1/2 jam kat situ aku teruskan perjalanan dan sekali lagi berenti kat Gunung Semanggul untuk isi minyak. Gunung Semanggul merupakan fav aku gak kerana aku suka singgah beli parang atau pisau kat kedai pakcik hujung tu dan kat situ juga ada jual kuih raya terutama tradisi Perak. Lepas bagi makan kat kereta aku aku jalan lagi dan ia makin lancar mungkin ramai orang Perak atau lebih tepat Ipoh yang terbabit dalam jamm tadi. Purata kelajuan aku ialah 140km/j dan yang aku ngeri ada banyak kereta yang bawa lebih daripada tu dan aku tau yang aku pun kalau dikira dah salah dah dengan kelajuan tu. Nak buat camno speed is my life. Kira-kira 1/2 km dari simpang Sungai Bakap tetiba jamm lagi.... Adoi!!!!!!!!!!! takkan road block lagi malam-malam ni. Sekali lagi terdengar siren Polis, JPA 3 dan Ambulan dari arah utara dan pas tu U turn dan memotong barisan jamm termasuk aku. Selang beberapa puluh meter aku nampak sebiji motosikal hanco dan tengah dikerumuni ramai orang dan Kelisa terbalik dan selang beberapa meter sebiji Avanza juga terbalik. Kedua-duanya hanco teruk dengan cermin depan hilang terus dan yang paling buat darah aku berderau ialah kat sebelah pintu belakang driver Avanza yang hanco tu kelihatan bantal baby terkeluar dari tingkap. Aku tak tau apa yang berlaku seterusnya kerana aku taknak jadi punca jamm pada orang lain kalau aku pun berenti semata-mata nak tengok. Lepas tu aku terus jer bawa ikut undang2 iaitu 110 km/jam dan sesekali 120 ++. Tapi yang lagi ngeri beb tengah elok2 aku drive sambil menghayati lagu dari CD Support Malaysia Underground Band aku namapk lampu tinggi (bukan highlight) tapi jarak antara lampu utama dengan lampu warna-warni kenderaan tersebut amat jauh dan tinggi. Sah bas dok cucuk angin dengan aku. Aku cuba naikkan speed aku hingga cecah 145km/j tapi dok cucuk gak. At last aku bagi dia potong. AMboiiiiiiii Durian Burung double decker rupanya. Sah dah takder speed trap dan giant2 jalanraya ni bermaharajalela dan tak pernah nak fikir keselamatan penumpang yang dibawa. Cuba bayangkan kalau berlaku kemalangan dan betapa buruknya kesan kalau melibatkan kenderaan bersaiz bagak tu dan kalau terhempap plak kereta2 kecik cam aku. Paling kuat pun drebar tu digantung lesen dan dipenjarakan beberapa tahun dan silap2 terlepas kalau orang dalam kompeni tu ada hubungan rapat ngan mana2 menteri atau parti memerintah. Tu lah undang2 Malaysia. Pas tu aku tak layan dah kegilaan Si Durian Burung tu. Memang banyak kereta kat highway masa tu dan tambah2 lagi lepas Penang coz aku rasa ramai orang belah Kedah dan Perlis gi shopping kat pulau syurga tu. Badan aku pun dah rasa kebas-kebas coz dah lama tak drive sejauh ni, Tak silap aku more then a year coz aku lebih rela duduk atas motor aku kerana aku boleh stretching pada masa sama layan lap. hehehehhe dah dilahirkan untuk kenderaan kuda dua roda kot. Aku sampai di kampung beberapa minit sebelum pukul 12. Lepas pack out semua beban kereta masuk rumah, dok kejap, mandi pekena suria sebatang letak kepala atas bantal terus hanyut......... Sebelum tu aku nak ingatkan kekawan semua, drive tu make sure badan betul-betul fit cam aku hehehehehe, tido cukup (latihan selama bertahun-tahun dengan tido paling awal jam 3 pagi dan paling lama 3 jam), fokus 300% atas jalan, kereta mesti fit gak walaupun fizikalnya buruk gila dan paling utama sabar, cool, tenang dan juga layan lagu yang korang suka dan akhir kata....... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, September 25, 2008

Kenapa Tadak Kes Kecederaan Kerana Meriam Buluh Di Sarawak????


Adalah menjadi perkara biasa jika dekat2 nak raya ni putus jari main mercun, cedera kena meriam buluh malah ada yang KO pun. (buat susah mak ayah nak raya jer). Kat sini aku nak citer favo aku masa kecik dulu iaitu meriam buluh atau kat Sarawak kitog panggil 'bedil'. Tapi tau tak sejak aku lahir 37 tahun yang dulu aku tak pernah dengar kat Sarawak ada budak yang cedera kena meriam buluh. Setelah aku tenung, aku kaji dan aku banding ngan kat sini aku dah jumpa jawapannya kenapa tak berlaku kemalangan di Sarawak dan aku rasa benda ni boleh diheboh-hebohkan supaya Meriam Buluh ni dibenarkan main balik dan dijadikan salah satu warisan tok nek kita.

Kalau kat Sarawak biasanya seminggu sebelum atau minggu pertama Ramadhan akan diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kubur. Biasanya kat kubur di Sarawak ditanam buluh yang baik punya untuk buat bedil ni iaitu Buluh Betong. Kenapa buluh ni terbaik? Buluh ni lebar(biasanya paling kurang 5 inci) , nipis (kulit - maksimum 1 cm) dan ruas panjang (>< style="font-style: italic; font-weight: bold;">burit bedil. Acara seterusnya ialah menebuk meriam tersebut, biasanya kitorang gunakan alu lesung kayu (lesung besar yang biasanya digunakan untuk tumbuk beras buat tepung beras) atau kayu tugal (kayu yang digunakan untuk membuat lubang tanam benih jagung atau semasa nak menanam padi huma). Kalau takde gak apa2 kayu atau besi panjang boleh digunakan. Pastikan hentakan sesedap rasa kerana kita taknak buritnya pecah, Pastikan lubangnya cantik, maknanya kemas dan sebaik2nya di bahagian yang ditebuk itu (ruas) mempunyai lubang yang sama atau rata dengan bahagian tengah ruas.

Pas tu kitrog biasanya jemur buluh tersebut dan biarkan kena hujan panas dan apa jua keadaan iklim, kalau ada salji pun takper. Pas seminggu atau dua minggu bergantung kepada proses kering buluh tersebut. Tandanya ialah buluh tu bertukar kaler jadi kekuningan dan ni lah yang de best & de kedaboom.

Pas tu jangan lupa buat lubang cucuh seperti yang ada dalam gambarajah. Biasanya kitorg gunakan pisau raut atau kalau dah malas guna 'bor' atau drill pusing tu jer dengan saiz lubang jangan lebih drp 1 1/2 cm. Next ialah proses yang aku rasa yang patut diketengahkan untuk pastikan aktiviti ni boleh diteruskan dan tidak diharamkan oleh pihak yang haram jadah yang duduk di bandar dan tak pernah main bedil ni. Camnerlah diorang ni tahu benda bahaya. Bodoh tol. Eh emo plak aku. Kita balik ke proses penting ni. Biasanya orang-orang tua (biasanya atuklah) akan meraut rotan atau buluh menjadi halus tapi bukan sehalus buat tikar tu, tebal sikit dan biasanya kalau rotan kecik yang ustaz buat rembat masa mengaji tu, hanya dibelah dua jer. Pas tu rotan atau buluh tu digulung disekeling buluh tu secara kemas dan kuat dan endingnya disulam cantik. Tau kenapa kena buat elok2? Sebab masa Pertandingan Bedil ni bukan saja letupan tu dikira tapi kekreatifan menggulung pengikat ni pun diambik kira. Pastu jangan lupa plak buat kekuda atau stand untuk letak bedil ni. Kemudian bedil tu sedia untuk diletupkan.

Tapi satu perkara lagi kenapa bedil ni selamat ialah kat Sarawak kitorg tak main meriam buluh ni dengan kabaid. Kitorang main guna minyak tanah. Pelikkan????? Paling nakal pun kitorang guna petrol, tapi kalau tournament confirm kena disqualified. Memang guna minyak tanah ni leceh sebab bedil tak terus meletup, kita kena cucuh minyak tu beberapa kali untuk memanaskannya. Dalam 5-10 minit gaklah. pas minyak tu panas bedil tu akan mula meletup dengan letupan awal macam kentut, kadang2 kepuuut jer dan biasaya bunyi cam kentut cirit tu, kepisshhhhh. Tapi harus sabar tak lama lepas tu korang taulah dianyer letup. Sampai tahap maksimum dan hyper ada gak yang naik firaun, boh katak atau anak ayam kat depan bedil tu. Kesian haiwan tak berdosa tu dikorbankan untuk Ramadhan atau Raya. Tapi aku tak pernah buat benda-benda tu sebab aku pencinta kehidupan dalam dunia ni, Tapi letup member yang lalu ngan basikal atau motor tu biasalah, tu pun kalau ada dendam... hehehehehehe.

Selain bermain cara biasa ada beberapa tips nak pastikan bedil tu meletup kuat iaitu antara dua cucuhan atau letupan kita boleh tutup lubang cucuh dengan ibu jari, pegang burit bedil tu dan kocak supaya minyak didalam tu berbuih dan tu maknanya gas panas tu naik, pas tu apa lagi cucuhlah, silap2 masa nilah bedil tu pecah, tapi jangan risau ia takkan berkecai sebab dah diikat. paling kuat pun merekah dan memercikkan sikit minyak kuar jer, kekadang percikan api, setau aku kecederaan maksimum yang biasa aku lihat, dengar dan alami ialah bulu kening dan bulu tangan terbakar sikit. Satu lagi tips terbaik ialah pada masa siang hari jemur buluh tu tengah panas kerana ia akan membantu dalam proses memanaskan minyak masa nak main.

Tips penting untuk memastikan jangka hayat bedil ni ialah tiap kali lepas main buang lebihan minyak dan dirikan atau gantung bedil tu kat gelgar bawah umah. Korang tau pentingnya jaga bedil ni, sebabnya kalau bedil tu Champion punyer (tarak jual) dalam tournament, biasanya ia akan bertahan jadi juara paling kurang pun untuk dua tahun beb. Kalau dah merekah pun masih boleh dimainkan,


Ops dah nak abis citer aku baru teringat, pencucuh biasanya dibuat menggunakan belahan buluh dan panjang lebih kurang 1 1/2 kaki ke 2 kaki. Manakala untuk mencucuh celupkan pencucuh tu kedalam minyak kat dalam lubang tu dan kemudian cucuhlah kat pelita pas tu apa tunggu lagi KASI LETUPLAHHHHHHHHHH. Amacam boleh diketengahkan ker?????

Wednesday, September 24, 2008

ANUGERAH SENIMAN NEGARA 2008 : PENCALONAN DIBUKA

Sekali lagi Kemeterian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan Siapakah Anugerah Seniman Negara yang sememangnya PANAS. Adakah seniman dari bidang Seni Rupa yang kedua akan menerima anugerah ini atau kena tunggu giliran dengan cabang seni yang lain????? Satu penambahbaikan telah diadakan oleh pihak kementeriantahun ini sebagai satu pengiktirafan terhadap bidang ini.... MUNGKIN!. iaitu:-

1. ANUGERAH SENIMAN NEGARA

2. ANUGERAH KARYAWAN SENI VISUAL- yang diberi 2 kategori:


a. Dua Dimensi
b. Multi Dimensi


3. ANUGERAH BAKAT MUDA SENI VISUAL (bawah 35 tahun )
dengan kategori:

a. Kurator Muda
b. Penulis Muda (art ciritic)


Untuk mecalonkan mereka yang berhak menerima anugerah-anugerah ini anda boleh melayari Portal Balai Seni Lukis Negara di www.artgallery.gov.my. Selain nama calon anda juga diminta untuk memberi sebab, alasan dan apa saja yang calon tersebut telah lakukan dan melayakkan dia menerima anugerah tersebut. Tarikh tutup pencalonan ialah 5 Oktober 2008. Cepat! Jangan sampai terlambat dan jangan sampai Rumah dah siap, Pahat masih berbunyi!

Sunday, September 21, 2008

Aku perlu feedback dari korang untuk Exhibition Handbook

Dah lama aku terfikir nak buat benda ni, tapi sebab sibuk manjang tertangguh. Apa kata kalau aku mula masukkan Keperluan untuk menjadi seorang art practitioner, daripada kerja-kerja seorang kurator, research, pecah, cambah, geladah, susun, hentam, kesan dan tulis, pastu pikior balik, pecah balik, angan, impi, lukis dan gantung atau pasang, pastu pasar, jual, jawab dan simpan. FAHAM TAK? Aku rasa aku nak sharelah pengalaman aku selama 11 tahun as seorang yang setiap hari aku bergelumang dengan bidang seni ni tapi dari angle lain coz kebanyakkan korang memilih jadi artis ataupun 1/2 artis 1/2 art manager tapi aku memilih jadi apa yang orang tak suka nak pilih coz takleh jadi kaya.

Aku memang berhajat nak tulis sebuah buku cara-cara penyediaan sesebuah pameran dari mula (0) sampai hujung. Not really base on buku coz takder ilmu mengurus pameran ni betul-betul dibukukan dan kalau ada pun bukannya semua boleh pakai untuk semua pameran. Aku nak share base on pengalaman aku daripada mula aku kerja ngan Arwah Piyadasa (cikgu aku 1st sekali dalam bidang ni, orang kata di cerewet... memang tapi cerewet bersebab dan untuk yang terbaik kepada seni tu sendiri), lepas tu beratus-ratus lagi manusia yang pempunyai jutaan kerenah, berlagak, sombong, terbukti pandai, pemalu, segan, kemut, kedekut, bangang dan macam-macam lagi merangkumi di NAG Malaysia, ke galeri-galeri swasta sekitar KL, juga di negeri-negeri lain dari Perlis hingga ke Sabah, termasuklah pengalam aku di negara luar seperti Afrika Selatan, Sweden, Sepanyol, China, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Singapura, Australia dan lain-lain. Rasanya tak rugi kalau aku share tapi ada gak kekawan kata kalau share orang lain yang untung, aku dapat apa? Tapi aku rasa kalau orang lain boleh manfaatkan pengalaman ni yang penting bagi aku pahala..... Tapi kadang-kadang aku terfikir gak pendapat member-member aku tu, Kat dunia ni kalau just bergantung kat pahala mau mati aku. Pahala tu kat 'SANA' esok, abis aku nak hidup camno?

Jadi aku amat mengharap feedback dari korang semua sama ada aku patut buat benda ni kat sini atau aku just fokus untuk keluarkan/terbitkan buku ni jer. Aku perlukan at least 100 komen atau mana yang patutlah untuk sparkkan aku sama ada nak buat atau tak. Gitau kekawan atau korang bagi pendapat korang.

Wednesday, September 17, 2008

Jangan Ikut Mem...... (khinzir) Buta

Where does the tradition of rolling out the red carpet for famous people come from?

  1. History of the red carpet tradition is part of an illustrious history that began on October 18th 1922, when Sid Grauman opened the Egyptian Theatre. That night, a frenzied crowd of thousands lined the streets to witness the spectacle of bright lights and glamorous celebrities, many hoping to catch a glimpse of Douglas Fairbanks, star of the opening night film, Robin Hood. Even the local press was swept up in the mania. "This night is a most auspicious one for Los Angeles, but it is still more auspicious for Hollywood. It marks Hollywood’s advent from the status of a small town to a city of metropolitan importance, where world premieres are shown," gushed the Hollywood Daily Citizen. Yet despite this unprecedented reaction from the public and the press, neither could have predicted that on that breezy October night in Hollywood, a tradition was being born that would come to personify the glitz and glamour of the movie industry even some 80 years later.

  1. This tradition is significantly older than most people think.
    You will find mentioning of carpets, rugs, or other cloth (e.g. jackets and cloaks) for nobility and deities to step on already in certain old myths.

    It is meant to honor them and for them to avoid getting dirty shoes. Originally there was no color associated with this form of polite welcome. If the host could afford it the color chosen was in relation to rank and colors of the main visitor. Purple and dark red are royal colors. Going for a slightly lighter red than the royal red for celebrities of common descent was a fair compromise when the red carpet for celebrities came into existence.

  1. It's too hide the blood stains in case of assassination attempts

Kita dah biasa sangat dah dengan budaya karpet merah ni. Kalau ada jer VIP ker, YB ker, -biasanya orang politiklah sebab aku tak pernah tengok gi ketua kampung tempat aku disambut ngan karpet merah akan susah payah kita kena cari, sewa malah beli untuk diorg pijak.

Tapi pernahkah kita nak tahu sejarah asal usul budaya ni. Benda ni aku jumpa kat internet dan harap2 sama-sama kita kongsi dan fikir. Ada juga yang aku jumpa mengatakan pada era Rom karpet merah dibentangkan untuk menyambut tetamu yang terdiri daripada rakyat jelata masa Raja buat jamuan atau pesta tahunan. Tujuan sebenar karpet merah tu ialah untuk menutup kesan-kesan darah rakyat yang dibunuh ( dizalimi) oleh Raja tersebut. Ni semua coz bodek rakyat atau nak cover line so that rakyat ingat Raja tu bagus, tapi sekarang terbalik plak, sepatutnya kalau pemimpin datang tempat kita, kita patut tunjuk apa yang sebenatnya berlaku, tanah becak, longkang sumbat, serangan anai2, cat lusuh dan segala apa yang sebenarnya realiti. Ni tak semua nak nampak elok jer. Lepas pemimpin tu balik ko tanggunglah sendiri segala malapetaka tu, Yang ko cuba selindung masa dia datang sapa suruh???? Padan muko. Tukarlah mentaliti kita yang terlalu mengagungkan pemimpin (yang bengkoklah) dan cuba menjadi lebih telus dan seperkara lagi cari dan kajilah sesuatu sebelum kita ikut mengkhinzir buta.

Merakyatkan Seni: Siapakah Yang Sepatutnya Dijadikan Sasaran?

Jawapan untuk soalan ini amat biasa dan diketahui semua orang iaitu pelajar sekolah, sebaik-baiknya dari seawal-awal peringkat pembelajaran mereka. Kita biasa mendengar Pertandingan Melukis atau Mewarna untuk Kanak-kanak, Tidak ada pula Pertandingan Melukis Untuk Orang Dewasa atau Orang Tua tetapi aktivitinya tetap ada seperti Anugerah Bakat Muda Sezaman, Anugerah Philip Morris, Anugerah Seni Nokia, Anugerah Seni MRCB (relevan ker?) Bakat Muda Pahang, Citra Terengganu dan sebagainya. Tapi ia lebih menjurus kepada mereka yang mendapat pendidikan seni secara formal. MAksud saya dengan Pertandingan Melukis Orang-orang Tua ialah melibatkan emak bapak kita, Ketua Kampung, Tok Penghulu, Tok Siak, Tuan Khatib, Tuan Bilal, Konselor, Presiden Daerah, Pegawai Daerah, Tuai Rumah, Kapitan, Temenggung, Doktor Hospital dan Klinik Desa, Exco-Exco, Menteri Muda, Ketua Menteri, Menteri Besar, Gabenor, Menteri Kabinet, TPM malah untuk PM. Pernahkah terfikir di kalangan kita sebagai pekerja seni untuk berani mengorak langkah mengadakan aktiviti yang melibatkan golongan ini sebagai salah satu program merakyatkan seni??????

Tujuan saya menimbulkan persoalan ini ialah, sejak sekian lama kita menggunakan pendekatan merapati golongan pelajar sekolah nyata sekali tidak ada kesannya terhadap perkembangan seni tanahair. Kenapa berlaku demikian? Jawabannya amat mudah,: SISTEM. Ya, sistem yang diamalkan di negara kita meletakkan seni visual itu sendiri pada tahap yang paling rendah malah tidak salah mengatakan tiada dalam agenda penting. Pernahkah terfikir secara serius di benak Menteri Pelajaran atau Menteri pendidikan Seni untuk memikirkan bagaimanakah tahap pendidikan seni di sekolah atau universiti itu boleh dinaikkan sama penting atau dengan kata lain sebagai matapelajaran teras? Adakah PM atau TPM pernah terlintas di minda cerdik politik mereka untuk memikirkan secara serius sumbangan bidang ini dalam membantu ekonomi negara dan bagaimanakah ia boleh ditimbang setara dengan bidang lain dalam menentukan bajet negara? Saya berani mengatakan nil, zero, kosong, tadak, bo liau, , sik ada, ndak ada, nahi, nahii naahiiiiiiiiii …….

Jadi di sini saya sarankan agar ajensi-ajensi atau kumpulan atau sesiapa saja penganjur aktiviti seni yang berniat untuk merakyatkan seni menganjurkan aktiviti untuk menyedarkan pihak-pihak penggubal sistem ini jika ingin melihat perkembangan seni tampak itu setara dengan bidang lain dan setaraf dengan kedudukannya di negara lain di dunia. Best apa kalau ada aktiviti seperti Bengkel Mewarna Merdeka Menteri Kabinet bersama Perdana Menteri, Bengkel Batik Menteri dan Isteri atau isteri-isteri, Dialog seni bersama Tok Imam dan Pegawai daerah. Huh! gempak beb. Saya pasti jika aktiviti yang kedengarannya gila seperti ini dilakukan kehadiran peserta akan lebih baik dan hebat, manakan tidak! Ingat senang ker nak tengok Perdana Menteri, Menteri dan Isteri, Tok Imam dan Bilal serta Pegawai Daerah dan semua pemimpin sanggup duduk di kaki lima, berpanas pulak tu untuk menghasilkan karya seni mereka dengan melupakan sebentar dunia topeng, angan-angan, riak, hipokrit, opoturnis dan tikam-menikam mereka. Saya berharap sesiapa yang dilibatkan dalam penulisan ini berfikir secara tenang dan positif jika ingin melihat atau membantu perkembangan seni visual tanah air maju. Risau jugak kerana menjadi blogger ni sebelah kaki dah masuk ISA kerana ‘orang’ selalunya tidak akan mahu atau cuba untuk menerima pendapat blogger secara positif atau mengerah sedikit otak untuk memahami. TANGKAP JER. Ko mikirlah ko pun!

Friday, September 5, 2008

Struggle Tak Sudah

Untuk Membaca... Klik pada Imej. Ini adalah satu cara untuk mengelak palagiat secara copy & paste. Dengan cara ni korg kena taip baliklah hahahahahahha










Thursday, September 4, 2008

Menggunakan Potensi Natural Untuk Seni






Sesungguhnya manusia dilahirkan sebagai satu makhluk yang paling istimewa antara semua makhluk di dunia ini. Walaupun manusia itu ‘sama’ dua tangan sebagai tools, dua kaki sebagai kenderaan utama, satu jantung yang lebih baik daripada bateri sel kering, satu hati yang selalunya busuk, dua paru-paru yang biasanya diasapkan, satu perut yang tak pernah-pernah kenyang, sepotong badan yang biasanya dipenuhi lemak-lemak tepu, dua telinga yang digunakan untuk mendengar umpatan, dua lubang hidung sebagai lorong-lorong nyawa penting dan yang paling penting mempunyai satu kepala yang diisi otak untuk berfikir.



Walaupun secara fizikalnya sama (kecuali mereka yang terpilih dan dilahirkan istimewa serta yang cari pasal sehingga ada kekura
ngan), manusia masih tetap mempunyai kelebihan tersendiri dibandingkan dengan manusia lain. (secara kumpulan atau individu). Kelebihan-kelebihan ini lahir secara semulajadi sama ada dari asal keturunan mahupun keadaan alam sekeliling. Contohnya Orang Asli cukup hebat dihutan, tetapi kehebatan Orang Asli tidak sama hebatnya dengan Penan di hutan Sarawak. Orang Bajau Darat mempunyai kehebatan di atas kuda tetapi tidak mempunyai kehebatan di laut seperti Bajau Laut. Oarang Cina hebat berniaga tetapi tidak sehebat orang Melayu dengan pegangan dan etika perniagaan berlandaskan agama (secara generallah). Jadi jelas kepada kita yang kehebatan individu yang bergelar manausia atau dalam kelompok masyarakat itu sendiri dipengaruhi oleh keturunan dan persekitaran.

Menyedari akan hakikat itu, Balai Seni Lukis Negara melalui Unit Pendidikan telah mengusahakan satu program berdasarkan potensi natural ini. Orang Bajau Laut memang terkenal sebagai satu masyarakat yang cukup hebat skill lautnya seperti juga pelaut di Kepulauan Okinawa, Jepun. Skill selaman, menangkap ikan, membina bot dan sebagainya sukar ditandingi oleh masyarakat lain. Bajau Laut kebanyakannya tinggal di kawasan pesisir daerah Semporna di Utara Pulau Borneo. Mereka juga tinggal di sekitar pulau-pulau berdekatan. Pada asalnya mata pencarian utama Bajau Laut ialah sebagai nelayan tetapi kini etnik tersebut juga telah maju dan ada yang sudah menjadi pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, polis, tentera, pemandu bot dan sebagainya. Walaupun cara hidup sudah berubah, skil dan kebolehan seorang Bajau Laut sebagai penyelam hebat masih kekal.

Balai Seni Lukis Negara telah memilih Bajau Laut di Pulau Mabul sebagai sasaran membuktikan kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya bahwa di pulau kecil, terpencil, indah dan tenang itu ada golongan masyarakat yang boleh diberi nilai tambah dalam potensi diri yang terhasil daripada keturunan dan persekitarannya. Apakah yang boleh dilakukan dengan potensi tersebut?



Kanak-kanak Bajau Laut berusia antara 9-11 tahun telah berjaya menghasilkan Rekod Malaysia dengan menghasilkan Lukisan Kanak-Kanak Terpanjang di Dasar Laut dan apa yang lebih hebat lagi secara skin dive atau menyelam tanpa menggunakan apa-apa peralatan menyelam. Tanpa melukis rata-rata anak Bajau Laut boleh bertahan di dalam air selama antara 1-6 minit. Dengan melukis dan pengalaman kali pertama, mereka mampu bertahan antara 30 saat hingga 1 ½ minit. Walaupun pada awalnya ia nampak sukar dilakukan dan sememangnya telah dijangka oleh penganjur terutamanya urusetia teknikal BSLN tetapi kalau dah air asalnya, dalam beberapa selaman saja kami mampu menghela nafas lega dan ternyata mereka bukannya calang-calang penyelam mahupun pelukis. Dengan kedalaman air sedalam 2-3 meter dan kejernihan laut Mabul yang seperti kilauan kaca serta kemesraan kanak-kanak, penganjur bersama iaitu Borneo Diver (Mabul Resort) serta persekitaran yang tenang segala perancangan menjadi sangat mudah dan sukar dipercayai. Karya sepanjang 10.7 meter kelihatan amat gah dan menarik dan tidak dijangka. Anak-anak mabul mampu menggambarkan kehidupan di laut secra spontan dan amat real. Ini disebabkan ia adalah kehidupan seharian mereka dan benda yang mereka lihat seharian. Tarikan garisan spontan pantas dan yakin amat mengkagumkan walaupun sebelum ini pernah diadakan Lukisan Dasar Laut terpanjang Dunia oleh penyelam dewasa (full equipment) dan juga sepenuhnya olah artis professional. Nyata kespontanan kanank-kanak Mabul lebih menyerlah.

Di sini jelas kepada kita yang potensi natural sesebuah masyarakat di sesebuah kawasan mampu diberi nilai tambah dan nilai tambah terbaik ialah seni visual. Kami di BSLN begitu yakin yang hanya Anak Bajau

Laut sendiri yang mampu memecahkan rekod ini kerana menyelam merupakan ‘hak’ mereka dan nyata mustahil untuk anak-anak bandar menghasilkannya. Anak-anak Bajau Mabul! TAHNIAH daripada kami dan saat yang dilalui dalam program ini merupakan salah satu pengalaman terindah dalam hidup kami.






Kalau ada kesempatan lain saya bolEh cerita part lain pengalaman Mabul ni. Best giler!!!!!!