Monday, May 18, 2009

Satu lagu Thalanjang

Hari ni seperti biasa meneruskan satu lagi peace graf art tapi hari ni freestyle dan belum siap coz spray tak cukup. Esok baru nak gi beli & berita baik daripada Vice President program ni yang mengatakan depa interested untuk Malaysian Graf artists untuk buat satu peace graf untuk Direktorat General Belia dan Sukan mereka dan mereka akan sponsor penuh material. Siapa kata graf artists Malysia tak boleh banggakan negara? Orang kita sendiri jer yang buta seni. Eh bukan buta, tapi buat-buat tak nampak kerana dibutakan sendiri sebab taknak ambik tau pasal seni. Kesian Pak Kaduk! Anyway hari ni juga Kioue paling penat sebab ramai peserta malah urusetia minta dia ajarkan step tarian dari hip-hop hinggalah ke zapin. Sapa kata budak hip hop tak tau tarian tradisional? Kesian Mak Andeh. Satu lagi perkara manis yang berlaku hari ni ialah rupa-rupanya kat bangunan ni (Chamal Antartuk Cultural Center) ni ada studio artis. Daripada drawing, painting, sculpture dan seramik. Kebetulan They & Sei Hon nak cari toilet terus ternampak. Juma cikgu art dan dibawa melawat kesemua studio. Tapi sebelum tu aku & They diajak main ping pong dan regu aku menang walaupun diorang hantar ayam sabung diorang (cikgu arca) yang main pulas cam aku. Tak terjawab dia skill pulasan loadingan aku ahahahahaha walaupun bat ping pong dia macam ci.....tut. Tapi kalau dah hebat aku tetap hebat hahahahahaha. Pastu dalam bas balik plak kitorang dah belasah lagu Rasa Sayang (ku) dan satu bas enjoy sebab sebelum ni kitorang dok layan penyanyi daripada Kazakhstan yang memang gila nyanyi. Gila nyer sedap suara depa dan sebab tu kitorang selalu request dia untuk nyanyi. Anyway sekarang dah mula panas gila macam Malaysia dan ada beberapa peserta sakit dan ada yang pengsan tapi anak-anak matahari khatulistiwa tetap cool sebab memang lahir dengan matahari tercacak kat kepala. Bravo Malaysia. apa-apa pun enjoy the pics..... Ketemu lagi....