Thursday, September 4, 2008

Menggunakan Potensi Natural Untuk Seni






Sesungguhnya manusia dilahirkan sebagai satu makhluk yang paling istimewa antara semua makhluk di dunia ini. Walaupun manusia itu ‘sama’ dua tangan sebagai tools, dua kaki sebagai kenderaan utama, satu jantung yang lebih baik daripada bateri sel kering, satu hati yang selalunya busuk, dua paru-paru yang biasanya diasapkan, satu perut yang tak pernah-pernah kenyang, sepotong badan yang biasanya dipenuhi lemak-lemak tepu, dua telinga yang digunakan untuk mendengar umpatan, dua lubang hidung sebagai lorong-lorong nyawa penting dan yang paling penting mempunyai satu kepala yang diisi otak untuk berfikir.



Walaupun secara fizikalnya sama (kecuali mereka yang terpilih dan dilahirkan istimewa serta yang cari pasal sehingga ada kekura
ngan), manusia masih tetap mempunyai kelebihan tersendiri dibandingkan dengan manusia lain. (secara kumpulan atau individu). Kelebihan-kelebihan ini lahir secara semulajadi sama ada dari asal keturunan mahupun keadaan alam sekeliling. Contohnya Orang Asli cukup hebat dihutan, tetapi kehebatan Orang Asli tidak sama hebatnya dengan Penan di hutan Sarawak. Orang Bajau Darat mempunyai kehebatan di atas kuda tetapi tidak mempunyai kehebatan di laut seperti Bajau Laut. Oarang Cina hebat berniaga tetapi tidak sehebat orang Melayu dengan pegangan dan etika perniagaan berlandaskan agama (secara generallah). Jadi jelas kepada kita yang kehebatan individu yang bergelar manausia atau dalam kelompok masyarakat itu sendiri dipengaruhi oleh keturunan dan persekitaran.

Menyedari akan hakikat itu, Balai Seni Lukis Negara melalui Unit Pendidikan telah mengusahakan satu program berdasarkan potensi natural ini. Orang Bajau Laut memang terkenal sebagai satu masyarakat yang cukup hebat skill lautnya seperti juga pelaut di Kepulauan Okinawa, Jepun. Skill selaman, menangkap ikan, membina bot dan sebagainya sukar ditandingi oleh masyarakat lain. Bajau Laut kebanyakannya tinggal di kawasan pesisir daerah Semporna di Utara Pulau Borneo. Mereka juga tinggal di sekitar pulau-pulau berdekatan. Pada asalnya mata pencarian utama Bajau Laut ialah sebagai nelayan tetapi kini etnik tersebut juga telah maju dan ada yang sudah menjadi pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, polis, tentera, pemandu bot dan sebagainya. Walaupun cara hidup sudah berubah, skil dan kebolehan seorang Bajau Laut sebagai penyelam hebat masih kekal.

Balai Seni Lukis Negara telah memilih Bajau Laut di Pulau Mabul sebagai sasaran membuktikan kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya bahwa di pulau kecil, terpencil, indah dan tenang itu ada golongan masyarakat yang boleh diberi nilai tambah dalam potensi diri yang terhasil daripada keturunan dan persekitarannya. Apakah yang boleh dilakukan dengan potensi tersebut?



Kanak-kanak Bajau Laut berusia antara 9-11 tahun telah berjaya menghasilkan Rekod Malaysia dengan menghasilkan Lukisan Kanak-Kanak Terpanjang di Dasar Laut dan apa yang lebih hebat lagi secara skin dive atau menyelam tanpa menggunakan apa-apa peralatan menyelam. Tanpa melukis rata-rata anak Bajau Laut boleh bertahan di dalam air selama antara 1-6 minit. Dengan melukis dan pengalaman kali pertama, mereka mampu bertahan antara 30 saat hingga 1 ½ minit. Walaupun pada awalnya ia nampak sukar dilakukan dan sememangnya telah dijangka oleh penganjur terutamanya urusetia teknikal BSLN tetapi kalau dah air asalnya, dalam beberapa selaman saja kami mampu menghela nafas lega dan ternyata mereka bukannya calang-calang penyelam mahupun pelukis. Dengan kedalaman air sedalam 2-3 meter dan kejernihan laut Mabul yang seperti kilauan kaca serta kemesraan kanak-kanak, penganjur bersama iaitu Borneo Diver (Mabul Resort) serta persekitaran yang tenang segala perancangan menjadi sangat mudah dan sukar dipercayai. Karya sepanjang 10.7 meter kelihatan amat gah dan menarik dan tidak dijangka. Anak-anak mabul mampu menggambarkan kehidupan di laut secra spontan dan amat real. Ini disebabkan ia adalah kehidupan seharian mereka dan benda yang mereka lihat seharian. Tarikan garisan spontan pantas dan yakin amat mengkagumkan walaupun sebelum ini pernah diadakan Lukisan Dasar Laut terpanjang Dunia oleh penyelam dewasa (full equipment) dan juga sepenuhnya olah artis professional. Nyata kespontanan kanank-kanak Mabul lebih menyerlah.

Di sini jelas kepada kita yang potensi natural sesebuah masyarakat di sesebuah kawasan mampu diberi nilai tambah dan nilai tambah terbaik ialah seni visual. Kami di BSLN begitu yakin yang hanya Anak Bajau

Laut sendiri yang mampu memecahkan rekod ini kerana menyelam merupakan ‘hak’ mereka dan nyata mustahil untuk anak-anak bandar menghasilkannya. Anak-anak Bajau Mabul! TAHNIAH daripada kami dan saat yang dilalui dalam program ini merupakan salah satu pengalaman terindah dalam hidup kami.






Kalau ada kesempatan lain saya bolEh cerita part lain pengalaman Mabul ni. Best giler!!!!!!