Wednesday, September 17, 2008

Jangan Ikut Mem...... (khinzir) Buta

Where does the tradition of rolling out the red carpet for famous people come from?

  1. History of the red carpet tradition is part of an illustrious history that began on October 18th 1922, when Sid Grauman opened the Egyptian Theatre. That night, a frenzied crowd of thousands lined the streets to witness the spectacle of bright lights and glamorous celebrities, many hoping to catch a glimpse of Douglas Fairbanks, star of the opening night film, Robin Hood. Even the local press was swept up in the mania. "This night is a most auspicious one for Los Angeles, but it is still more auspicious for Hollywood. It marks Hollywood’s advent from the status of a small town to a city of metropolitan importance, where world premieres are shown," gushed the Hollywood Daily Citizen. Yet despite this unprecedented reaction from the public and the press, neither could have predicted that on that breezy October night in Hollywood, a tradition was being born that would come to personify the glitz and glamour of the movie industry even some 80 years later.

  1. This tradition is significantly older than most people think.
    You will find mentioning of carpets, rugs, or other cloth (e.g. jackets and cloaks) for nobility and deities to step on already in certain old myths.

    It is meant to honor them and for them to avoid getting dirty shoes. Originally there was no color associated with this form of polite welcome. If the host could afford it the color chosen was in relation to rank and colors of the main visitor. Purple and dark red are royal colors. Going for a slightly lighter red than the royal red for celebrities of common descent was a fair compromise when the red carpet for celebrities came into existence.

  1. It's too hide the blood stains in case of assassination attempts

Kita dah biasa sangat dah dengan budaya karpet merah ni. Kalau ada jer VIP ker, YB ker, -biasanya orang politiklah sebab aku tak pernah tengok gi ketua kampung tempat aku disambut ngan karpet merah akan susah payah kita kena cari, sewa malah beli untuk diorg pijak.

Tapi pernahkah kita nak tahu sejarah asal usul budaya ni. Benda ni aku jumpa kat internet dan harap2 sama-sama kita kongsi dan fikir. Ada juga yang aku jumpa mengatakan pada era Rom karpet merah dibentangkan untuk menyambut tetamu yang terdiri daripada rakyat jelata masa Raja buat jamuan atau pesta tahunan. Tujuan sebenar karpet merah tu ialah untuk menutup kesan-kesan darah rakyat yang dibunuh ( dizalimi) oleh Raja tersebut. Ni semua coz bodek rakyat atau nak cover line so that rakyat ingat Raja tu bagus, tapi sekarang terbalik plak, sepatutnya kalau pemimpin datang tempat kita, kita patut tunjuk apa yang sebenatnya berlaku, tanah becak, longkang sumbat, serangan anai2, cat lusuh dan segala apa yang sebenarnya realiti. Ni tak semua nak nampak elok jer. Lepas pemimpin tu balik ko tanggunglah sendiri segala malapetaka tu, Yang ko cuba selindung masa dia datang sapa suruh???? Padan muko. Tukarlah mentaliti kita yang terlalu mengagungkan pemimpin (yang bengkoklah) dan cuba menjadi lebih telus dan seperkara lagi cari dan kajilah sesuatu sebelum kita ikut mengkhinzir buta.

Merakyatkan Seni: Siapakah Yang Sepatutnya Dijadikan Sasaran?

Jawapan untuk soalan ini amat biasa dan diketahui semua orang iaitu pelajar sekolah, sebaik-baiknya dari seawal-awal peringkat pembelajaran mereka. Kita biasa mendengar Pertandingan Melukis atau Mewarna untuk Kanak-kanak, Tidak ada pula Pertandingan Melukis Untuk Orang Dewasa atau Orang Tua tetapi aktivitinya tetap ada seperti Anugerah Bakat Muda Sezaman, Anugerah Philip Morris, Anugerah Seni Nokia, Anugerah Seni MRCB (relevan ker?) Bakat Muda Pahang, Citra Terengganu dan sebagainya. Tapi ia lebih menjurus kepada mereka yang mendapat pendidikan seni secara formal. MAksud saya dengan Pertandingan Melukis Orang-orang Tua ialah melibatkan emak bapak kita, Ketua Kampung, Tok Penghulu, Tok Siak, Tuan Khatib, Tuan Bilal, Konselor, Presiden Daerah, Pegawai Daerah, Tuai Rumah, Kapitan, Temenggung, Doktor Hospital dan Klinik Desa, Exco-Exco, Menteri Muda, Ketua Menteri, Menteri Besar, Gabenor, Menteri Kabinet, TPM malah untuk PM. Pernahkah terfikir di kalangan kita sebagai pekerja seni untuk berani mengorak langkah mengadakan aktiviti yang melibatkan golongan ini sebagai salah satu program merakyatkan seni??????

Tujuan saya menimbulkan persoalan ini ialah, sejak sekian lama kita menggunakan pendekatan merapati golongan pelajar sekolah nyata sekali tidak ada kesannya terhadap perkembangan seni tanahair. Kenapa berlaku demikian? Jawabannya amat mudah,: SISTEM. Ya, sistem yang diamalkan di negara kita meletakkan seni visual itu sendiri pada tahap yang paling rendah malah tidak salah mengatakan tiada dalam agenda penting. Pernahkah terfikir secara serius di benak Menteri Pelajaran atau Menteri pendidikan Seni untuk memikirkan bagaimanakah tahap pendidikan seni di sekolah atau universiti itu boleh dinaikkan sama penting atau dengan kata lain sebagai matapelajaran teras? Adakah PM atau TPM pernah terlintas di minda cerdik politik mereka untuk memikirkan secara serius sumbangan bidang ini dalam membantu ekonomi negara dan bagaimanakah ia boleh ditimbang setara dengan bidang lain dalam menentukan bajet negara? Saya berani mengatakan nil, zero, kosong, tadak, bo liau, , sik ada, ndak ada, nahi, nahii naahiiiiiiiiii …….

Jadi di sini saya sarankan agar ajensi-ajensi atau kumpulan atau sesiapa saja penganjur aktiviti seni yang berniat untuk merakyatkan seni menganjurkan aktiviti untuk menyedarkan pihak-pihak penggubal sistem ini jika ingin melihat perkembangan seni tampak itu setara dengan bidang lain dan setaraf dengan kedudukannya di negara lain di dunia. Best apa kalau ada aktiviti seperti Bengkel Mewarna Merdeka Menteri Kabinet bersama Perdana Menteri, Bengkel Batik Menteri dan Isteri atau isteri-isteri, Dialog seni bersama Tok Imam dan Pegawai daerah. Huh! gempak beb. Saya pasti jika aktiviti yang kedengarannya gila seperti ini dilakukan kehadiran peserta akan lebih baik dan hebat, manakan tidak! Ingat senang ker nak tengok Perdana Menteri, Menteri dan Isteri, Tok Imam dan Bilal serta Pegawai Daerah dan semua pemimpin sanggup duduk di kaki lima, berpanas pulak tu untuk menghasilkan karya seni mereka dengan melupakan sebentar dunia topeng, angan-angan, riak, hipokrit, opoturnis dan tikam-menikam mereka. Saya berharap sesiapa yang dilibatkan dalam penulisan ini berfikir secara tenang dan positif jika ingin melihat atau membantu perkembangan seni visual tanah air maju. Risau jugak kerana menjadi blogger ni sebelah kaki dah masuk ISA kerana ‘orang’ selalunya tidak akan mahu atau cuba untuk menerima pendapat blogger secara positif atau mengerah sedikit otak untuk memahami. TANGKAP JER. Ko mikirlah ko pun!

Friday, September 5, 2008

Struggle Tak Sudah

Untuk Membaca... Klik pada Imej. Ini adalah satu cara untuk mengelak palagiat secara copy & paste. Dengan cara ni korg kena taip baliklah hahahahahahha










Thursday, September 4, 2008

Menggunakan Potensi Natural Untuk Seni






Sesungguhnya manusia dilahirkan sebagai satu makhluk yang paling istimewa antara semua makhluk di dunia ini. Walaupun manusia itu ‘sama’ dua tangan sebagai tools, dua kaki sebagai kenderaan utama, satu jantung yang lebih baik daripada bateri sel kering, satu hati yang selalunya busuk, dua paru-paru yang biasanya diasapkan, satu perut yang tak pernah-pernah kenyang, sepotong badan yang biasanya dipenuhi lemak-lemak tepu, dua telinga yang digunakan untuk mendengar umpatan, dua lubang hidung sebagai lorong-lorong nyawa penting dan yang paling penting mempunyai satu kepala yang diisi otak untuk berfikir.



Walaupun secara fizikalnya sama (kecuali mereka yang terpilih dan dilahirkan istimewa serta yang cari pasal sehingga ada kekura
ngan), manusia masih tetap mempunyai kelebihan tersendiri dibandingkan dengan manusia lain. (secara kumpulan atau individu). Kelebihan-kelebihan ini lahir secara semulajadi sama ada dari asal keturunan mahupun keadaan alam sekeliling. Contohnya Orang Asli cukup hebat dihutan, tetapi kehebatan Orang Asli tidak sama hebatnya dengan Penan di hutan Sarawak. Orang Bajau Darat mempunyai kehebatan di atas kuda tetapi tidak mempunyai kehebatan di laut seperti Bajau Laut. Oarang Cina hebat berniaga tetapi tidak sehebat orang Melayu dengan pegangan dan etika perniagaan berlandaskan agama (secara generallah). Jadi jelas kepada kita yang kehebatan individu yang bergelar manausia atau dalam kelompok masyarakat itu sendiri dipengaruhi oleh keturunan dan persekitaran.

Menyedari akan hakikat itu, Balai Seni Lukis Negara melalui Unit Pendidikan telah mengusahakan satu program berdasarkan potensi natural ini. Orang Bajau Laut memang terkenal sebagai satu masyarakat yang cukup hebat skill lautnya seperti juga pelaut di Kepulauan Okinawa, Jepun. Skill selaman, menangkap ikan, membina bot dan sebagainya sukar ditandingi oleh masyarakat lain. Bajau Laut kebanyakannya tinggal di kawasan pesisir daerah Semporna di Utara Pulau Borneo. Mereka juga tinggal di sekitar pulau-pulau berdekatan. Pada asalnya mata pencarian utama Bajau Laut ialah sebagai nelayan tetapi kini etnik tersebut juga telah maju dan ada yang sudah menjadi pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, polis, tentera, pemandu bot dan sebagainya. Walaupun cara hidup sudah berubah, skil dan kebolehan seorang Bajau Laut sebagai penyelam hebat masih kekal.

Balai Seni Lukis Negara telah memilih Bajau Laut di Pulau Mabul sebagai sasaran membuktikan kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya bahwa di pulau kecil, terpencil, indah dan tenang itu ada golongan masyarakat yang boleh diberi nilai tambah dalam potensi diri yang terhasil daripada keturunan dan persekitarannya. Apakah yang boleh dilakukan dengan potensi tersebut?



Kanak-kanak Bajau Laut berusia antara 9-11 tahun telah berjaya menghasilkan Rekod Malaysia dengan menghasilkan Lukisan Kanak-Kanak Terpanjang di Dasar Laut dan apa yang lebih hebat lagi secara skin dive atau menyelam tanpa menggunakan apa-apa peralatan menyelam. Tanpa melukis rata-rata anak Bajau Laut boleh bertahan di dalam air selama antara 1-6 minit. Dengan melukis dan pengalaman kali pertama, mereka mampu bertahan antara 30 saat hingga 1 ½ minit. Walaupun pada awalnya ia nampak sukar dilakukan dan sememangnya telah dijangka oleh penganjur terutamanya urusetia teknikal BSLN tetapi kalau dah air asalnya, dalam beberapa selaman saja kami mampu menghela nafas lega dan ternyata mereka bukannya calang-calang penyelam mahupun pelukis. Dengan kedalaman air sedalam 2-3 meter dan kejernihan laut Mabul yang seperti kilauan kaca serta kemesraan kanak-kanak, penganjur bersama iaitu Borneo Diver (Mabul Resort) serta persekitaran yang tenang segala perancangan menjadi sangat mudah dan sukar dipercayai. Karya sepanjang 10.7 meter kelihatan amat gah dan menarik dan tidak dijangka. Anak-anak mabul mampu menggambarkan kehidupan di laut secra spontan dan amat real. Ini disebabkan ia adalah kehidupan seharian mereka dan benda yang mereka lihat seharian. Tarikan garisan spontan pantas dan yakin amat mengkagumkan walaupun sebelum ini pernah diadakan Lukisan Dasar Laut terpanjang Dunia oleh penyelam dewasa (full equipment) dan juga sepenuhnya olah artis professional. Nyata kespontanan kanank-kanak Mabul lebih menyerlah.

Di sini jelas kepada kita yang potensi natural sesebuah masyarakat di sesebuah kawasan mampu diberi nilai tambah dan nilai tambah terbaik ialah seni visual. Kami di BSLN begitu yakin yang hanya Anak Bajau

Laut sendiri yang mampu memecahkan rekod ini kerana menyelam merupakan ‘hak’ mereka dan nyata mustahil untuk anak-anak bandar menghasilkannya. Anak-anak Bajau Mabul! TAHNIAH daripada kami dan saat yang dilalui dalam program ini merupakan salah satu pengalaman terindah dalam hidup kami.






Kalau ada kesempatan lain saya bolEh cerita part lain pengalaman Mabul ni. Best giler!!!!!!

Thursday, July 10, 2008

CARI MAKAN, KOMERSIAL, NILAI, KEMATIAN SENIMAN DAN SENI VISUAL.

Kebelakangan ini terdengar banyak kata-kata yang ingin menjadikan seni visual sebagai satu industri atau dengan kata lain dikomersialkan. Ia bukannya datAng dari peringkat bawahan tetapi dari pihak orang tertinggi dalam sebuah kuasa terbesar yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga kemurniannya malah dari pihak tertinggi ajensi yang khusus menjaga bidang ini. Adakah seni visual itu setaraf gula, minyak, tepung, ikan masin, jamban, malah tuala wanita sekalipun? Tahukah mereka ini apakah yang dimaksudkan dengan seni visual (khususnya seni halus), pengindustrian & pengkomersialan, dan tahukah mereka apakah akibatnya kepada seniman dan masa depan bidang ini. Dahlah dalam sistem pendidikan subjek seni visual diletak pada kedudukan paling bawah dan ada juga yang kononnya cerdik pandai seni yang tidak kenal mana kraf dan mana seni. Itu amat menyedihkan dalam sebuah negara yang sudah mencapai tahap matang dan kononnya maju dan stabil. 1, 2, mula ……Apakah itu seni komersial?

Seni komersial merupakan sub-sektor dalam perkhidmatan kreatif, dan merujuk kepada seni yang dicipta semata-mata untuk tujuan komersial, kebiasaannya pengiklanan / promosi.

Skill yang diperlukan untuk menjadi seorang artis komersial ialah kemampuan untuk mengurus informasi, pengetahuan seni halus, memvisualkan, ketulenan (originaliti), pengetahuan media dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik. Pada kebiasaannya, bahagian kesenian ini hanya kecil sahaja, iaitu terdiri daripada seorang pengarah, penolong pengarah (jika perlu) dan bilangan kakitangan rekabentuk dan produksi yang kecil. Ini adalah disebabkan artis komersial bekerja bersama dengan pelbagai orang (makhluk atau manusia dan kadang-kadang binatang serta manusia berperangai binatang pun terlibat) dan kadangkala selalunya di bawah tekanan, mereka mestilah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, efisien dan berkebolehan tinggi untuk bekerjasama dengan orang lain.

Artis komersial biasanya bekerja dalam masa standard iaitu 8-9 jam sehari selama 5 hari seminggu. Kerja lebih masa kemungkinan diperlukan untuk menyiapkan tugasan besar atau memenuhi tarikh akhir yang semakin hampir dan tidak boleh diubah seperti dalam bidang pemberitaan (news) atau motion picture media. Cuti rehat, cuti sakit, insuran kesihatan, dan pencen adalah kebajikan yang biasa diperolehi oleh artis komersial tetap. Artis yang bekerja secara kontrak biasanya tidak menerima kelebihan tersebut.

Seni Komersial merangkumi pelbagai genre, kategori serta teknik; seperti berikut:-

Adakah seni visual (halus) itu satu cabang seni komersial? Tepuk dada, tanya iman, buat kajian, renung dan buat keputusan sendiri. Terdapat beberapa kes yang semakin nyata di mana akibat ‘kata-kata besar’ seolah fatwa yang menjadi barah dalam bidang seni tempatan. Artis-artis telah mula dan mengamalkan seni mereka sebagai bahan komoditi. Adakah masuk akal sesebuah karya seni yang penuh dengan semangat, content dan latarbelakang kononnya, siap dalam masa 1 hari? Bukan satu, malah 15 -30 karya sehari. Satu pembohongan dan ketidakjujuran seorang seniman. Di manakah letaknya jiwa dan kehalusannya seperti yang tertera dalam perkataan seni halus atau seni murni atau dalam bahasa penjajah fine art itu? Kalau pun ia dalam kategori seni komersial seperti maksud di atas ia juga mustahil dilakukan kecuali solekan malah solekan seperti solekan khas untuk filem mahupun pengantin memerlukan seseorang jurusolek tersebut membuat kajian dan percubaan berulang kali terlebih dahulu . Satu karya seni yang bermakna haruslah melalui proses kajian, penyelidikan terhadap isu, akibat mahupun kesan yang akan diperolehi oleh penghayat.

Ada orang yang mengaku seniman dengan mendabik dada mengatakan saya telah 25 tahun melukis dan saya dan anak isteri saya boleh hidup dengan hasil karya yang yang saya jual. ‘Dia’ lupa apakah tanggunjawab dia sebagai seorang seniman. Tahukah beliau siapakah kolektor karya beliau? Tahukah beliau di manakah kolektor tersebut meletakkan karya beliau? Di ruang tamukah atau di jambankah atau sudah diberi kepada orang lainkah atau sudah dibakar dipusat pembakaran sampah? Adakah itu nilai yang diletak pada sesebuah karya seni? Pernahkah seniman seperti ini sedar adakah karya tersebut didebatkan atau dijadikan contoh ataupun rujukan perkembangan seni semasa? Kalau sudah 25 tahun melukis dan berjaya hidup dengan hasil lukisan, kenapakah masih hidup merempat? Kenapa seniman lain yang baru 10 tahun berkarya telah menjadi jutawan? Begitulah akibatnya kalau ‘fatwa orang besar’ yang tidak cukup penjelasan menjadi pegangan kepada seniman ‘buta’ seperti ini.

Itu kes seniman. Apakah pulak kes sang kurator? Ada di kalangan kurator yang sebelum ini lantang, ganas, rebel, brutal, melolong, menjerit, menangis (golongan seniman menangis kerana perjuangan kononnya) tanpa sedar telah membuka jalan ke atas kejatuhan seseorang seniman. Lagi naya! Setelah ditempek matanya dengan bayaran tinggi (akibat masalah ekonomi sekarang kot) telah menjadi seorang yang romantis, gediks, bungas dan ‘bangsars’. Dalam penulisan bukan main lagi kerasnya sehinggakan tidak relevan dengan karya yang dipamerkan. Atas dasar membantu teman yang baru hendak mula berniaga seni katanya, tanpa sedar telah meracuni seorang seniman yang menghampiri peghujung karier dan hayat. Hanya kerana pemilik galeri yang kononnya mempunyai senarai kolektor yang grand, gempaq, kaya gila dan lintah darat, sang kurator hebat ini telah menaikkan harga sebuah karya yang pada asalnya mempunyai harga yang standard di galeri lain. Kes ini menyebabkan kolektor setia si seniman mempertikaikan seniman tersebut yang telah meletak 2 harga berbeza di 2 galeri untuk karya yang sama sedangkan si seniman tidak tahu apa-apa. Akibatnya si kolektor ‘hardcore’ ini telah tidak berminat lagi untuk mengumpul karya seniman tersebut yang dianggapnya pembohong. Kasihan si seniman. Akibat kegilaan sang kurator si seniman menjadi mangsa.

Ini antara beberapa kes yang telah terjadi akibat daripada ‘ kata-kata fatwa’ sang berkuasa. Adakah ini yang kita mahukan dalam bidang ini? Fikirlah sendiri. Semua mempunyai pendapat sendiri dan bebas bersuara dalam negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Terpimpin (yang membawa maksud ikutlah cakap pemimpin).

Kepada teman-teman yang prihatin sama-samalah kita berfikir, renung dan hayati perkara ini, adakah kita mahu dipersoalkan oleh generasi seterusnya jika seni visual kita semakin dilupakan sebagai satu wadah dokumentasi sejarah, komen dan kritikan? Menjual karya itu tidak salah kerana semua orang perlukan duit untuk hidup, tetapi yang penting nilai karya tersebut terletak pada kualiti mesej, kesan dan akibat selain surface yang menarik tetapi mempunyai sesuatu´disebaliknya’ yang boleh mengegarkan penghayat. Ahhhhh LEGA!!!!!