Rasa tak dapek nak ngomel. What a long day! Apa pun just enjoy the pics. Hari ni kitorang berbaju batik. Tapi aku dah buka masa nak wat kerja tu. dari kiri atas ke kanan bawah sekali. Diorang yang ajak They bergambar, Kioue sama seluar ngan minah ni, our guide Taiya Sari, Polis bawak BMW multy purpose tu (negara bergunung & bergurun, sesuailah), budak sebelah They tu mulut hyper active (konfiden jer semabng ngan kitorang dalam bahasa dia, ras nak lepuk jer), Kieou at work, Sei Hon at work too & lastly me at work. Kat mana2 ko bertukang jerlah majidi oiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saturday, May 16, 2009
Aku letih sangat

Friday, May 15, 2009
Laporan hari ini dari Ankara, Turki

Sekarang jam 23.27 waktu Turki dan bermakana 4.27 waktu Malaysia, kitorang baru balik dari satu hari yang amat panjang melawat ke tapak perjumpaan. Lepas jer breakfast yang cool kerana ada kopi ataupun minuman panas (coz lepas lunch atau dinner hanya dihidangkan ayaq kosong) untuk menyegarkan badan kerana cuaca yang sejuk kami terus dibawa ke tapak acara iaitu kira-kira 40km daripada hotel (hotel kat ulu beb) iaitu ditengah-tengah bandar Ankara. Sampai kat sana jer terkejut beruk gak kitorang coz acara ni bukan main-main, depa buat serius giler dan mulanya terasa panik gak coz we came here without any detail information from the organiser.
Rupa-rupanya ia macam pesta di malaysia gak, art, craft & culture. Banyak gerai jual & pamer benda2 culture depa utk promotion dan Malaysia juga disediakan boots kat dalam bangunan tapi kitorang tak bawak apa pun. Just bawak peler (kata arwah nenek aku atau dalam bahasa lain datang berlenggang). Rupa-rupanya 90% yang datang akan perform tarian dan muziktradisional depa dan yang selebihnya buat jualan atau promosi. Only Malaysia dijemput mewakili visual art. Kita datang dengan bebudak grafiti, diberi dalam bangunan plak tu, nak mampus! Dahlah nak explain kat guide kitorang yang comel bernama Taisya Sari, dia macam blur jer. Beberapa orang pegawai daripada organiser juga turut berbincang, still blur jugak. Adoiiiiii, tapi kitorang tetap cool sebab cold gila beb. Akhirnya kitorang dijanjikan akan disediakan tempat yang lebih sesuai (kitorang prefer outdoor) oleh Mr. Ghengiz (Vise president acara ni), tapi esok baru tau keputusan. Lepas lunch (organiser tapau jer) kitorang dibawa ke AnkaMall (biggest Mall in Turki) untuk beli spray, papan(panel), beluti, tukul, screw driver, paku, skrew, cat, tinner, roller dan juga gergaji. Syurga hardware beb, besar nak mampus dan semua benda ada. Dianyer papan sekeping 4 meter X 3 meter, gilanyer besau. Kitorang spend almost 700 Lira Turki. Thats mean kali 5 = RM3000 +++. Adoi mahalnya! Tapi tak kisah, at least dah dapat material. Kayu plak tak tau bila depa nak hantar. Esok program dah nak mula. Kitorang gitau Taisya yang we ll do performance too but its a visual art performance. BOMBING YO!
Tapi bebudak yang kitorang bawak ni glamour gila, semua peserta lain nak bergambar dengan depa. Aku rasa depa nampak cam alien kot. Muka confirm tak sama ngan yang lain coz ada gak yang jawa, pastu depa botak & dressing plak tak macam orang lain. Depa ni cool gila, peramah & tu yang buat orang lain suka kat depa. Pastu tak tau nak buat apa & kitorang layan orang lain tengah practise performance, Happening giler coz most of the music kat sini up tempo, Joget Lambak! Pastu kitorang balik ke hotel untuk dinner, pastu plak layang kopi Turki sambil layan lagu Turki kat cafe. Mula-mula kitorang jer, pastu punyalah ramai orang lain masuk (dewasa). Diorang ni memang gila menari, dari bebudak sampailah yang dah botak dan beruban. Tapi still cool. Lepas penat kitorang balik bilik dan aku terus update blog ni sambil melayan dengkuran si Sei Hon. Dia ni taulah buskerz, tidur pun nak busking gak. hehehehehehe
Wednesday, May 13, 2009
Kisah selanjutnya di Turki
Ahhhhhhh akhirnya sampai gak kat sini selepas menempuhi perjalanan yang memenatkan. Dari KL 12 haribulan jam 23.59 sampai kat Dubail pukul 3.30 pagi waktu Dubai atau empat tolak empat jam waktu Malaysia. 6 jam flight beb. Transit kejap pastu ambik flight ke Istanbul, lagi empat jam, sampai kat Istanbul jam 9.30 waktu Turki dan check in domestik flight Turkish Air ke Ankara yang memakan masa 1 jam lagi. Takder benda lain nak buat selain makan, tidur, buang air, tidur balik, makan balik .......... Sampai kat Ankara melilau cari Money Changer, ada satu jer Bank, aku tukar semua Euro dan US$ aku ke Lyra Turki, artis, bob, bb & they takleh nak tukar coz duit Malaysia tak laku kat sini. Kesian depa! Pas tu kuar, tunggu guide, pening gak kepala coz tak faham bahasa diorang. Spelling, mak ko, total berbeza ngan sebutan mahupun tak iras langsung ngan bahasa inggeris. Terpaksalah contact zanita pas tu contact vice president program ni, Mr Ghengiz. At last jumpa gak & terus dibawa ke Buyuk Anadolu Hotel dekat ngan airport, jauh sangat ngan bandar. Macam kat Kuala Selangor ngan KL lah. Pas daftar, tangkap gambar utk pass, masuk bilik, mandi, buang air apa lagi makan lagilah.
Malam ni ada meeting ketua delegasi, aku pun rasa was-was gak coz negara lain punyalah ramai. Depa hantar traditional performers tapi kita urban art, hahahahahahaha, Keep on Bombing! Pas makan semua blur tak tau nak buat apa, kitorg keluar dari area hotel ni survey persekitaran yang berbukit bukau tetapi tadak pokok kecuali rumput. Diorang ni tau jerlah bebudak hyper active, macam-macam hal depa buat daripada possing kat traktor, masuk pondok tinggal tengah ladang orang, jogging, breakdancing tengah jalan dan dalam kolam kering, pastu bergambar kat cermin keselamatan jalan & macam-macam lagi. Pastu balik hotel tak tau nak buat apa, pekena Teh Turki pas tu lepak bilik tulis blog ni hehehehehhe. Bersambung......

Monday, May 11, 2009
Aku terbang lagi
Aku akan ke Anatolia, Turki bermula esok hingga 20 hb. Mei untuk represent negara ke "Great Anatolian Meeting of the World Cultures & Youth". Aku ni Youth di penghujung. Aku baru dapat berita ni Jumaat lepas dan masih blur tentang program tersebut. Sound big! Aku akan ditemani oleh Tan Sei Hon sebagai wakil Bahagian Pembangunan Seni Balai dan tiga artis grafiti iaitu They, Bob dan Bihun Sup aka Bibi Cun. Apa-apa pun korang tunggulah progres program ni esok lepas aku sampai sana. Tu pun kalau ada masa dan ekses internet. Doakan pemergian kami bebas dari selsema babi!!!!!!!!!!!!!!
Friday, May 1, 2009
Graffiti Mania Challenge @ Labuan
Subscribe to:
Posts (Atom)