Saturday, February 21, 2009

Gadis Melayu (Hoessien Enas) Kembali Ke Balai Seni Lukis Negara

Kehilangan catan Hoeissein Enas, Gadis Melayu merupakan sejarah hitam dalam sejarah Balai Seni Lukis Negara. Sehingga kini kehilangannya menjadi sebuah misteri yang maha hebat. Kini karya tersebut telah kembali ke Balai Seni Lukis Negara. Cerita selanjutnya selepas ini ..... Tunggu!!!!!

Hah! tak percaya lagi????? Sememangnya kalau karya dah hilang tu mustahil untuk ditemui kembali. Tambahan lagi sistem siasatan dan kemampuan anggota penyiasat, sistem keselamatan dan proses / prosedur kerja kita di Malaysia yang kurang mantap. Maksud Gadis Melayu telah kembali ke Balai Seni Lukis Negara ialah satu usaha kami membawanya dalam bentuk berbeza dan sebagai salah satu cara untuk memperingati peristiwa hitam tersebut dan mengingatkan semua pihak termasuk kakitangan BSLN sendiri, pelukis, pihak berkuasa dan sesiapa saja untuk lebih peka dan bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing.

BSLN telah menjemput sekumpulan anak muda yang bermediakan grafiti untuk memaparkan peristiwa tersebut di dinding pintu masuk utama BSLN. Kami hanya menceritakan sedikit rentetan kisah Gadis Melayu dan membiarkan mereka mengekspresinya dalam bentuk grafiti. Maka terhasillah karya ini.

Karya ini dihasilkan oleh 5 anak muda yang mempunyai stail berbeza dalam bergrafiti iaitu, Damis( khusus dalam 3D grafiti), Katun (dengan imej katun anime seram), Bibi Chun (gaya surealist), Tha-B dan a (realist). Walaupun mempunyai stail berbeza mereka boleh menghasilkan satu karya yang mempunyai penceritaan yang diberi tanpa kongkongan.

Anak-anak muda ini begitu komited dalam berkarya walaupun semasa proses menyembur cuaca tidak menentu dan seringkali dilanda hujan yang lebat dan menyukarkan kerja mereka kerana air yang mengenai dinding tersebut tidak membolehkan warna untuk lekat di permukaan. Walauapapun tahniah kepada 5 anak muda ini yang diketuai oleh saudara They (Mahathir Masri) atas kerjasama yang diberi.

Manakala untuk golongan yang buta seni dan sukar untuk memahami bentuk yang dipaparkan dan juga orang-orang yang tidak mahu memahami seni tetapi menerima gaji daripada organisasi seni, di bawah aku tolong korang cara nak baca dan memahami hasil karya tersebut. Dah tua pun masih nak kena ajar lagi. Kasihan sungguh!

Secara keseluruhannya ia memang bercerita tentang karya agung Gadis Melayu yang telah menggegarkan dunia seni kita sampai ke peringkat ASIA. Kemana-mana aku pegi orang tanya pasal ni. Jangan ingat bebudak ni tak buat research! Sebelum diorang spray diorang dah buat penyelidikan terperinci tentang rentetan peristiwa kehilangan tersebut.

Ditengah tu memang reproduction Gadis Melayu Hoessien Enas. Nak tau yang korang katakan setan hijau tu bukannya setan, korang ni dah teruk sangat bentuk setan pun dah tak kenal. cerita hantu suka plak tengok! Imej ngeri hijau itu membawa maksud yang perkara buruk atau peristiwa hitam kehilangan itu telah ditanggalkan dengan menggunakan simbol menarik keluar sarung spray can yang mewakili artis-artis grafiti. Maknanya Gadis Melayu dibawa balik ke Balai dan dengan peringatan jangan disarung balik imej ngeri tu. Tu peringatan kepada semua orang terutama staf Balai sendiri. Manakala imej tangan surealist membawa pisau tu me,aparkan kisah sebenar yang karya tersebut telah dipotong dari bingkainya. Tu pun tak tau ker? Manakala dua pasang mata yang di kiri dan kanan tu merupakan saksi peristiwa tersebut. Secara rambangnya mungkin mengenali si pencuri tetapi sukar mendapat bukti. Ia juga memberi peringatan kepada kita terutama staf Balai agar sentiasa berwaspada agar tidak berlaku kehilangan lagi. Tak faham juga????? Manakala imej di atas melambangkan kecemerlangan yang ingin kita gapai dalam art scene dan imej urban dibawah memaparkan salah satu bentuk atau stail grafiti yang dipanggil 3D grafiti yang melambangkan yang Balai ni pun merupakan agensi yang mengambil berat tentang karya 3D dan imej ni bukan senang untuk dibuat kerana untuk menghasilkan bentuk 3D dipermukaan 2D hampir mustahil dan begitu juga untuk melahirkan karya 3D. Ia juga melambangkan kewujudan Balai dalam suasana URBAN iaitu Kuala Lumpur. Tak faham jugak???? Pegi masuk institusi seni, belajar dari 0 balik.

Satu lagi aku nak remind kat korang untuk dipahat kat minda korang agar tau membezakan bentuk seni sebelum merancang program. Malu beb bawak ke kampung dengan istilah salah. Kita ni satu-satunya ajensi seni bertaraf nasional. Grafiti mesti merangkumi 3 ciri utama:-

1. Dinding Awam (Public Wall orang jawa panggil) bermakna kalau kat kanvas tu bukannya
grafiti. Tu dipanggil catan bermediakan spray atau ilustrasi.
2. Spray bermakna kalau gunakan plaka, cat atau akrilik bukan grafiti namanya. Tu dipanggil
mural.
3. Grafiti datang bersama budaya Hip Hop.

* Kalau nak tau tentang Lobang Baek, karya khas sempena Pameran Amal Palestine aku boleh mengajar korang membaca karya gak. Aku sebenarnya tak suka nak ngajar-ngajar ni sebab korang semua dah besar, tapi takperlah kalau korang dah memang biasa makan disuap dan sememangnya tu memang dah jadi amalan hidup korang. nanti aku suapkan lagi yer!!!!!!



(Dari kiri ke kanan) Bibi Chun, a, Bibi Chun

(Dari kiri ke kanan) Damis, Kartun, Tha-B


(Dari kiri ke kanan) a, Damis, Bibi Chun, Jurufoto Terlampau



Anapei, tokey yang bertanggungjawab membawa Gadis Melayu kembali kepenatan mengawal proses tersebut kerana takut hilang lagi.

Monday, February 16, 2009

Grafiti di Balai



Pada Wednesday, October 22, 2008 aku pernah menulis tentang angan2 aku untuk membawa art from d street ke Balai. Kerana keikhlasan kot, at last pada 14 Februari 2009 salah satu impian aku tu jadi kenyataan pabila 3 orang grafiti artis (They, Mamis & Super Sunday) telah dijemput untuk menyepray (spraying) kreativiti dan pandangan mereka di dinding yang telah aku dan teman2 sediakan sempena dengan Bazar Seni Gaza sebagai salah satu aktiviti untuk Pameran Amal Palestin.


Seperti yang aku dan rakan2 dah agak dan salah satu tujuan untuk aku bawak mereka ke balai ialah bagaimana mereka boleh menarik crowd. Yerlah, biasanya depa ni 'musang'. Spray dan lari di tengah malam. Sekarang pengunjung dapat melihat bagaimanakah proses sebenar untuk mereka menghasilkan karya seni mereka. Walaupun rata2 diseluruh dunia grafiti masih dianggap vandalism tetapi aku amat yakin yang bentuk, cara, stail dan aktiviti mereka juga boleh diarahkan ke arah positif. Biasalah orang Malaysia walau apapun yang mereka follow such as black metal ker, dark metal ker, grunge ker, realism ker, abstrak ker apa2 jer ker semuanya seolah2 hanya follow surface. Deep in their hati mereka tetap anak Malaysia yang mempunyai jatidiri yang kuat dan segalanya boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang positif. Ini yang aku pegang dan yakin terhadap golongan muda Malaysia yang dipandang negatif. Minah gothic pun kalau balik rumah atau kampung berkemban jugak weiiii. Mat dark metal pun gi solat aidilfitri beb. Hanya secacing jer yang betul2 hanyut. Mat pet pun gi masjid ari Jumaat utk ushar apa2 yang boleh dijadikan punca rezeki. Kalau tersermpak ngan aku nayalah jawabnya.

Anyway aku harap kekawan support dan doakan usaha seterusnya yang cuba aku dan rakan2 push kat golongan 'atas', iaitu untuk tourkan aktiviti ni di semua Banadaraya di Malaysia untuk memberi kesedaran kepada orang 'atas' khasnya yang selalu mengatakan benda ni vandalism dan pelajar atau semua golongan muda yang perkara ni elok kalau dilakukan dengan betul. Kami cadangkan seisi dialog, sembang seni, kritik, btekak dan apa saja cara untuk memastikan semua orang faham apakah seni grafiti. Pastu kami juga akan cuba meningglakan kesan spray kitorang kat tempat tumpuan publik di setiap lokasi tersebut dengan cara halal. InsyaAllah kami akan dokumenkan dan publishkan di akhir program untuk rujukan semua yang berminat. Amiiiinnnn


Saturday, January 17, 2009

Karya Aku Untuk Palestine



A. Tajuk: Light Up Gaza : A Life For Sale
Bahan: Korean Compress Wood, Perspex, Aerosol Spray, Bulbs

B. Tajuk: Light Up Gaza : A Life For Sale I
Bahan: Korean Compress Wood, Latex doll, Aerosol Spray, Bulbs, Fabric, Acrylic


Statement:

Aku tak 'pandai melukis', aku lebih terer bertukang, aku terdedah dengan kematian (ntahlah, semacam dah macam hobi atau interest aku). Aku suka tengok sesuatu dari sudut berbeza untuk mendapatkan punca, sebab, akibat dan jalan penyelesaian. Tu yang terkadang kekawan ingat aku negative thinking . Lantak koranglah. Yang pasti aku nak tau sesuatu lebih detail dan membuat keputusan indah - buruk, baik - jahat melalui pelbagai sudut dan aku tak suka jadi pak turut.

Dalam karya plak, bagi aku karya harus ada mesej dan dibuat bukan untuk diri sendiri (nak juallah tu!). Karya aku dibuat hanya jika ada sesuatu yang benar-benar spark dalam diri dan dah tak dapat aku nak bendung. Sebab tu aku takleh jadi 'artis Malaysia'.

A. Keranda tu adalah perkara biasa dalam situasi perang kat mana-mana. Apa-apa kotak pun jadilah, asalkan mayat boleh letak dalam tu. Aku buat keranda saiz kanak-kanak kerana dari pandangan aku apa yang terjadi ialah depa (zionis) nak bunuh kanak-kanak agar tiada lagi pejuang syahid pada masa depan, begitu juga dengan kaum wanita, kalau dah tadak kaum wanita, sapa nak beranak? Kat luar aku stensilkan dua watak 'hero' dalam cerita terbaru di Asia Barat iaitu 'Si Belukar' dan 'Si Olmert'. Kat hujung depan dan belakang simbol bomb dengan efek lilin dan perkataan Light Up Gaza (imej biasa digunakan oleh masyarakat dunia untuk memberi keamanan kepada Palestine dan disertakan gambar lilin) yang aku tukar jadi bomb dan otomatik makna lain. Kat bucu sebelah plak gambar bendera Israel yang aku tukar dengan simbol paling popular yang sebenarnya menjadi alasan untuk meyerang negara lain.

Kat dalam plak aku stensilkan 4 wajah (lelaki tua, wanita -macam haneem aku tengok dan dua kanak-kanak yang semua org pernah lihat dalam kes terbaru ni) sebagai lambang yang diorang nilah yang ingin sgt 'dimatikan' oleh zionis. Kat bahagian tgh plak imej / simbol mayat yang dikafankan dan pecahan mayat tersebut yang nampak cantik sangat dengan efek lampu pelbagai warna yang juga serasi dengan imej kat luar tu (Light Up Gaza).

B. Kat dalam work kedua tu plak aku letakkan patung latex kanak-kanak yang aku kafankan. Yang ni direct sikit. Mayat, Kafan. Darah = Syahid. Tapi kat luar plak aku gunakan imej-imej wajah-wajah sayu orang yang kehilangan insan tersayang dan ia memang aku dapatkan dari Yahoo Image for Gaza.

Untuk kedua-dua work ni aku buat special display sebab aku pernah menulis tentang setiap artis perlu memikirkan dari awal how thier works nak dipamerkan, Jadi untuk ini aku buat apa yang aku cakap & padestal ni memang custom made untuk works ni, Dan padestal bagi aku tak semestinya flat, putih, hitam dan pelbagai typical way. Untuk ni aku stensilkan gambar bangunan-bangunan yang telah dibom oleh Zionis. Look like artworks tapi jangan lupa tu hanya padestal. Nak beli boleh!!!!

Akhir kata, tu bagi akulah, korang semua bebas beri pendapat korang sendiri dan bagi aku tadak yang salah, Untung-untung statement work tersebut bertambah. Terpulanglah kat korang untuk menilai dan memberi jawapan kepada Kes baru ni. Adios, TAKBIR!!!!!

Wednesday, December 24, 2008

Puas Bercuti

Huh! terasa lega kepala selepas cuti (cuti total) panjang buat pertama kalinya sejak aku mula berkhidmat di sini. Segala beban tugas pejabat, fail-fail, surat, memo, borang, kerenah birokrasi, perkembangan seni dan apa saja yang tak per nah terfikir oleh budak kampung seperti aku, aku hibernatekan untuk hampir 20 hari. Memang aku dah rancang semua ni dengan harapan untuk refersh kembali semangat kerja aku yang dulu. Aku kembali ke kampung untuk sama-sama membantu kerja-kerja menerima menantu ketiga dalam keluarga aku selepas aku dan kakak aku. Lagipun ibuku yang melahirkan kami pun bukannya sihat sangat. Akhirnya adik aku berkahwin jugak selepas pernah putus tunang dahulu dan memilih untuk mengembalikan secara total darah melanau dalam keluarga ku selepas kami dicampurkan dengan darah melayu sebelah mak. Tapi yang bestnya semuanya adik aku dah plan sendiri dan aku dah jangka dia akan buat sesuatu yang berbeza kerana kalau aku dah gila (gila-gila jer), confirm adik pun sedikit sebanyak ada juga kegilaannya tersendiri. Tak pernah terfikir oleh ku untuk menggunakan grup kuda kepang untuk mendahului kedatangan pengantin lelaki di samping kompang (ni normallah). Lepas tu Silat Pulut oleh dua budak 9 tahun yang memberikan langkah silat yang amat mempersonakan dan selepas itu di sambung oleh tarian kuda kepang (remaja) dan kemudian ditutup dengan silat oleh Guru Muda persatuan silat tersebut. Untuk pengetahuan semua mereka didatangkan khas dari satu-satunya komuniti Jawa yang tulen di Batu 12 Kuching yang sememangnya sudah dikenali diperingkat antarabangsa dengan usaha mempertahankan warisan nenek moyang mereka. Sepanjang majlis pula diserikan dengan lagu-lagu tradisional dan moden yang diiringi oleh kumpulan Gamelan. (Kalau sekarang set Karaoke lebih popular, paling tidak pun band kampung).



Apa yang menarik perhatian aku ialah dalam set gamelan ini terdapat satu instrumen yang bagi aku tak pernah wujud dalam persembahan gamelan yang pernah aku tonton iaitu penggunaan bass. Kalau keroncong tu biasalah menggunakan Double Bass yang bagak tu, tapi yang ni lain sikit kerana ia diperbuat daripada papan lapis dan dimainkan secara mendatar (baring) dan segala teknologi pembuatanya amat basic atau raw sekali. Ia menghasilkan ritma yang amat merdu sekali dan bila aku tanya kat diorang, mereka kata sejak zaman nenek moyang mereka lagi alat itu memang dimainkan dalam set gamelan. Di sini menimbulkan satu lagi peluang kajian perbezaan penggunaan instrumen dan sejarah perkembangannya mengikut lokasi komuniti tertentu.

Selain daripada itu yang membezakan budaya kenduri di Sarawak (terutama famili dan kampung aku) dengan di kebanyakan tempat ialah persediaan kenduri yang dilakukan bersama ahli keluarga terdekat dan ia nyata amat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga berkenalan dengan ahli keluarga yang lain terutama bagi yang dah lama tak balik macam aku ni. Amalan sekarang biasanya kita tunggu jer katering sampai, makan pas tu rehat. Seperkara yang unik dalam kerja-kerja kenduri di Sarawak ialah hidangan makanan sekali serentak iaitu makanan terus dihidangkan dan semua tetamu menjamu selera secara serentak dan kalau ramai akan dihidangkan pula untuk set kedua dan bukannya seperti disini di mana tetamu boleh datang contohnya dari jam 12 - 3 petang dan makan bila-bila masa sahaja.

Selain meraikan adik ipar baru aku, aku juga menjejakkan kaki ke kampung asalku yang telah aku tinggalkan selama 10 tahun untuk membantu pakcikku yang menyambut menantu ketiga. (Aku tak ada masa dua anak pakcikku yang terdahulu berkahwin). Yang lagi best untuk acara ini ialah aku ditugaskan membantu menyediakan pelamin. Ini bukan perkara baru bagi aku kerana semasa aku masih dikampung dulu pun aku sering membantu menyediakan pelamin untuk perkahwianan atau majlis khatam Al-Quran yang diadakan oleh famili aku. Yang ni lain sikit kerana aku terlibat lebih banyak termasuklah lighting. Hehehehhehe satu-satunya kerja rutin aku dipejabat yang aku buat masa cuti ini. Kat kampung lain plak budayanya di mana kedatangan pengantin lelaki disambut dengan dentuman mercun gong xi fa chai dari tanah ke bumbung. Aku tak tau apa tujuannya dan aku rasa ia takde kaitan langsung dengan kepercayaan agama atau bangsa lain, dan ini hanyalah pengaruh daripada kehidupan yang berbilang kaum dan semata-mata untuk memeriahkan majlis.

Seperkara lagi seperti aku jangka aku sesat di pekan Kapit kerana sistem jalannya yang telah di one waykan dan aku juga sesat bila melawat rumah pakcikku kerna masa aku tinggalkan kampung hanya ada satu jalan tetapi kini ada 4 jalan menghala ke arah yang sama tapi ke bahagian lain kampung tersebut. Selain daripada kenduri, jumpa kekawan (tak ramai sebab semua dah keluar dan menjalani hidup sendiri) makan masakan makcik-makcikku yang confirm menggatalkan badanku kerana aku kini dilanda chronic allergic kepada makanan laut tetapi ku redah juga kerana aku rindu masakan mereka, aku juga meneruskan hobiku yang kronik iaitu memancing, puas gila dari air tawar ke air masin, dari anak sungai hingga kelaut. Puas gila. Sekarang aku total vegetarian dan Insyaallah badan tak busuk mati esok, heheheheheheh (bak kata sepupu akulah).

Begitulah sedikit sebayak percutian aku beberapa minggu lepas walaupun tak banyak yang aku nak kongsi ngan korang kerana sukar nak gambar dengan words segala pengalaman masa mudaku yang aku buat balik masa cuti tersebut. Orang kampunglah katakan, kat ulu plak tu. Yang pasti aku tak refresh pun untuk kembali menjadi aku yang passionate into art seperti dulu, yang kembali ini ialah aku yang sama seperti sebelum cuti hahahahahahaha. Best.


P/S :- ada masa aku sambung lagi kisah cuti aku ni. Yang kat bawah tu adalah artworks aku masa kenduri. Drp pengantin sampailah ke adik, anak-anak, makcik dan pakcik aku aku inaikan (secara freehand). Yerlah aku ni peminat setia rancangan Miami Ink & London Ink kat Astro. Nanti aku sambung ek!!!!