Tuesday, October 13, 2009

Syed Ahmad Jamal: Pelukis

Fuyoooo... lama gak aku tak memblog. Lepas raya sibuk gila dengan Pameran Syed Ahmad Jamal:Pelukis. Aku nak share pengalaman kitorang dalam menyediakan pameran tersebut, terutama pengalaman peribadi aku. Pameran ni ambik masa setahun untuk disediakan bermula dengan perjumpaan awal untuk memilih penulis, perancangan konsep, dezain dan tujuan. Banyak sangat pengalaman kami dapat dari Datuk. Apa yang aku respek Datuk ialah, dia nampak jer sombong tapi sebenarnya seorang yang mudah didekati dan peramah gila tak kira veteran, junior atau bebudak hingusan. Dia boleh sembang apa saja termasuk pasal art(dah tentulah), muzik rock, cara handle orang, berpendirian dan banyak lagi pengalaman hidup sebagai pelukis, orang yang handle senilukis maupun sebagai manusia biasa. Amat pelik camner dia boleh buat semua benda dalam satu masa sebagai artis, pentadbir, guru, penulis, pengkritik, pereka, pengarca, kawan, suami, ayah dan macam2 lagi. Bial ditanya dia kata dia ada suis On dan Off. Nak faham tanya aku kemudian secara peribadi. (rahsia kejayaan beb)

Perkara yang amat mengejutkan aku dan team ialah keupayaan beliau mengingati semua kolektor karya beliau bersama, tajuk, tahun dan ukuran. Bukan 1, bukan puluh tetapi beratus, aku nak ingat no telefon sendiri pun menggagau. Seperkara lagi contoh baik yang dapat diambil daripada Datuk ialah sifat mengumpul karya, dokumen tentang karya dan penulisan beliau. Ada pelukis muda yang masih simpan semua benda ni???? Harap2 adalah. Beliau masih mengingati semua cerita, situasi dan kenapa semua tu dia buat. Amazing gila.

Masa proses menaikkan pameran Datuk seorang yang benar2 sporting dan senang menerima pendapar orang lain dan tak berat mulut berterima kasih dan memuji hasil kerja orang lain selain suka bergurau yang sedikit sebanayak menghilangkan rasa penat bekerja walauapun dah berjaga banyak malam. Terima kasih Datuk. Masa aku tanya camner nak gantung dan susun karya songket beliau, Datuk tanya akau macamana yang sesuai dan aku suka. Masalahnya aku suka semua karya beliau. At last aku gantung semua sekali. Puas hati aku waluapun penat dan very last minute.

Seperkara lagi. bagi aku Datuk sebenarnya seorang yang betul2 contemp dan sentiasa contemp seperti yang ditulis oleh Hasnul J. pada penghujung esei beliau. Another word beliau masih membara dan panas.

Banyak sangat pengalaman yang aku dapat dalam diberi kesempatan untuk terlibat dalam pameran ni. Satu kepuasan mutlak selama 12 tahun aku bekerja kat sini dan entah bila lagi akan dapat pengalaman best camni. Moga Allah panjangkan usia dan memberi kesihatan kepada beliau agar dapat terus menyumbang kepada bidang seni negara. Terima KAsih Datuk Syed Ahmad Jamal, seorang pelukis, guru, kawan dan manusia (INSAN)

Monday, September 14, 2009

Selamat Bercuti

Esok aku akan balik ke Sarawak. Ramai member heran kenapa aku balik awal kali ni, biasanya aku balik paling awal pun 2 hari sebelum raya. Bukan apa, dah takder tiket untuk 8 orang dekat ngan raya, kalau sorang dua tu adalah. Jadi aku terbalik awal, tapi aku akan balik ke semenanjung semula raya ke3 coz tugas yang menanti, 3 pameran beb.... Kerana itulah aku rushing sikit siapkan tempahan helmet rakan-rakan dan anak buah aku. Bukan apa, aku taknak bagi duit raya coz depa dah besar jadi aku bagi buah tangan sikit unik untuk diorang gayakan raya ni iaitu helmet airbrush custom aku, heheheh. Thanks to Tony Mohd Yusuf, sifu airbrushing dari Labuan kerana tunjuk ajar mu sifu. Layanlah helmet2 mutakhir hasil kegatalan tangan aku.













p/s: Sesapa nak hantar helmet atau apa jer yang korang nak aku airbrushkan, tunggu lepas raya dan charge paling minimum di dunia akan aku letakkan. Why???? Coz aku bukan profesional dlm kerja ni, sekadar melayan hobi baru jer..... Selamat Hari Raya Semua!

Thursday, September 3, 2009

new Ramadhan products from me hahahahaha sudah gila woooooooooo











Mula ngan abstrak & bergantung ngan mold sikit2 aku dah boleh buat freehand & rasa lebih selesa. Sekarang aku dah berani wat realist hahahahahah

Wednesday, August 26, 2009

Karya fav aku terkini

Semua tahu aku dah curate show kat RA oleh 4 anak muda belia (3 jer yang available sorang dah berbini hahahahahaha). As a curator aku layan semua artworks tu setara jer tapi sebagai penghayat seni kontemporari aku minat sangat kat satu artwork yang dipamerkan iaitu karya Buden yang bertajuk Self Potrait as a Patriot. Kalau penghayat yang peka segala imej dan simbol yang digunakan akan difahami dan ia amat sinis dan berbisa kepada yang makan cili. Ia merupakan luahan hati Buden secara spontan yang reflek kepada keadaan semasa dan secara terus diluahkan ke atas permukaan. Bukannya melalui research yang mendalam tetapi semata-mata refleks kepada keadaan melalui bacaan, paparan media cetak dan elektronik dan sembang serta suara-suara sekeliling.

Memandangkan tak semua pembaca blog aku ni faham seni aku akan describe serba sedikit karya ini base on aku punya penghayatan dan juga keterangan pelukis. Lukisan potrait diri merupakan amalan biasa kepada seseorang pelukis untuk menyampaikan sesuatu yang diingini. Dalam karya ini Buden sebagai seorang warganegara yang kecil juga amat "TERINGIN" menjadi seorang patriot tetapi dia tak tahu bagaimana. Dengan cara mudah nak jadi patriot biasanya jadi askarlah, tapi sekarang negara dah aman dan tadak komunis yang nak ditembak, nak jadi polis plak, pandangan orang ramai kotor, abis nak jadi apa???? Apa yang biasa dilihat dan diketahui ialah menjadi ahli politik atau sekurang-kurangnya orang yang rapat dengan dunia politik, barulah senang nak digelar patriot. Senang dapat gelaran dan tempat. Tapi bagi Buden apa yang dia nampak ialah cara mudah nak jadi patriot ialah dengan mempunyai ciri-ciri tertentu. Bukan Buden saja yang merasa begitu, kebanyakan rakyat marhain juga memikirkan perkara yang sama. Buden hanya mewakili rasa dan suara rakyat biasa yang kalau ditanya semuanya ingin jugak menjadi patriot bangsa dan negara. Jadi kat bawah aku senaraikan ciri-ciri yang mesti ada untuk menjadi seorang Patriot yang tertera dalam karya Buden. Sila rujuk karya:




1. Harus boleh makan apa saja asalkan dapat apa yang dekehendaki.
2. Haruslah ditopang dagu dan kepalanya (subsidi).
3. Harus baca dan percaya kepada media yang dipegang oleh kerajaan (kuasa politik)
4. Harus pejam mata kepada apa saja kepincangan yang berlaku.
5. Otak harus disetreotype mengikut acuan yang ditentukan oleh yang berkuasa.
6. Pakaian kena smart (bertshirt macam buden jangan haraplah)
7. Hidung kena tinggi dan jadi cam badut.
8. Kening kenalah bersambung (kalau ikut kata orang tua degil = redah jer)
9. Kena senyum selalu walaupun palsu.
Karya ni bukanlah nak kutuk atau mempengaruhi sapa-sapa , ia sekadar pandangan pelukis yang melihat dengan jelas keadaan semata-mata. Ia juga melalui pengalaman dan kehidupan seharian yang dialami oleh pelukis. Karya ini juga bertujuan untuk menyedarkan penghayat agar melihat keadaan semasa dan memilih jalan terbaik untuk bertindak terhadap sesuatu isu. Pilihlah jalan sendiri. Kalau nak ikut jalan hina, ikutlah. Kalau rasa jalan tu salah, fikirlah cara terbaik dan betulkanlah. Read & feel the artwork!!!!!