Friday, September 14, 2007

Sekitar Persediaan & perjalanan Jejak di Jakarta



7 hb September berangkat ke Jakarta dengan harapan semuanya berjalan lancar. (dah agak memang mustahil coz flight kitorg kol 13:55 sedangkan last kargo kol 16:55. heheheheh camner tu? Takyah tanyalah dah memang manusia kerja camtu. kalau tak takdelah mantan PM selalu kata 'Melayu mudah Lupa', 'melayu malas', 'melayu tak ambik kisah' dan sebagainya. Jangan marah plak, bukan semua, segelintir jer. Sampai jer kat sana terus ke Galeri.... nah ambik ko dia nyer jamm (macet)... baru ko sayang KL. Sampai kat Galeri ropernyer pos laju (CD design Banner, dan juga kat jemputan) yang aku hantar beberapa hari sebelum ni tak sampai2. Apa ke jadahnyer nama pos laju (teringat balik kata2 tentang melayu kat atas. Langsung jer aku buat design balik, nasib baiklah laptop aku ada illustrator semi pirate ( hehehehe). Satu benda yang aku respek Indonesia, printing banner saiz mega2 ni memang murah dan cepat & kualiti tip top. Takder banyak kerenah nak syarikat bumiputeralah apalah:- yang menyebabkan harga yg murah berlipat kali ganda coz banyak sgt longkang nak kena lompat oleh Ali Baba2 tu. 8 September, pepagi dah nunggu kat galeri, dpt khabar masih tak lepas gak kargonyer, tambahan plak sabtu half day terpaksa stay kat galeri buat persediaan apa yang patut. Surat meyurat antara orang berkaitan tak lancar beb, tapi boleh lancar kalau bayar bon (RM 30K beb), mana nak cekau???? Tapi takpe, kami tetap trust wakil packer dari Malaysia untuk selesaikan semuanya.

9 September, Ahad plak tu..... Nak buat apa ek????? just walk around kat area hotel, cari wraping paper untuk balut cenderamata VIP. Macam nak gila cari riben, tak jumpa2, lastly terpaksa perah otak, nak balut penuh, buku2nya tak sama size, gerenti koyaknyer, last2 potonglah wraping paper tu kecik2 utk dijadikan riben. Ngadamlah pulak aku. Korang mesti surprise tengok riben aku hahahahahahaha. Nak hidup, orang pompuan belum tentu boleh selesaikan masalah ni, dont let your tempreture goes up hahahaha. Bosan giler beb, aku selagi karya tak sampai atau dengan kata lain, main job aku tak siap, selagi tu lah aku takkan gi mana2 melainkan standby. Sebab tu lah kebanyakkan bebudak yg ikut aku kerja luar camni mesti bosan. Suka ati koranglah, tu memang cara aku.

10 September, Isnin pepagi lagi dah bangun (memang tiap pagi pun aku bangun lebih awal daripada early bird hehehe). Gi breakfast terserempak ngan packer yang dah sedia nak ke Kementerian Luar Negeri dan terus ke Airport. Dia kata dalam kol 1 kargo keluar.Kitorang pun terus ke galerilah, ninggu beb, bagi orang penantian satu penyiksaan (sebab depa malas) bagi aku ia satu keindahan, aku sempat lagi buat wall text yang pada awalnya memang aku taknak buat tapi dah tradisi tuan rumah camtu aku pun buatlah, siap design lawa2 gi & juga aku buat design untuk buku tandatangan perasmian. Kalau kat Malaysia last minute camni takkan siapnyer, harga takyah nak fikirlah sure senyum kontraktor, walhal sama jer bagi awal ker last minute ker. Dah jadi budaya Malaysia yang last minute mesti charge lebih. Bila nak berubah dan berenti nipu orang?????? Jawapannya selagi ada orang yang berfikiran bodoh dan tak bertanggungjawab memimpin dan set up budaya hidup, selagi itulah kontraktor buat duit ngan cara tu kerana mereka tau apa2 function gomen mesti ada benda atau permintaan last minute. Tak caya cuba perhatikan di tempat masing-masing. Kalau betul lompat bintang sepuluh kali dan jerit 'horay' 11 kali masa landing.

Last-last, tunggu punya tunggu jam 17.30 petang (kalau kat Jakarta boleh dikatakan dah nak masuk malam) muncullah lori yang membawa harta yang kami tunggu. Apa lagi terus mula kerjalah beb. Depa kerja dengan cekap sekali. Lepas buka semua kargo dan keluarkan isinya , aku checked kondisi karya, Alhamdullillah very minor problem, not because of cargo but cara artis berkarya. Small matterlah. Walaupun tuan rumah kata staff semua dah balik, tapi aku rasa makin ramai staff depa yang muncul nolong, lepas aku susun semua karya depa tanpa disuruh terus mula bekerja. Walaupun teknik menggantung karya berbeza kerana material dinding tapi aku tengok diorang buat laju coz dah jadi asam garam kerja depa. Nak tau sapa tolong kitorg selain kurator dan kurator jemputan depa? jangan tak tau sekuriti guard tutup pagar, tukar baju terus datang nolong, selain daripada itu cleaner, driver dan tukang kebun pun nolong sekali, Cekap gila beb. Yang lebih dahsyat lagi Pengarah dia pun nolong..... Amacam pengarah2 di Malaysia?? Ada berani?????? Tunjukklah skill anda barulah orang bawah tabik beb. Kebanyakan karya senang digantung kecuali macam work kojek, hampeh berat, tak padan ngan size. yang Intan walaupun nampak susuah tapi senang jer dengan nasihat pak Supir galeri. Tu yang best kalau kita orang bawah kat sini jangan haraplah berani nak bagi idea. Mungkin orang atas2 kat sini pun tak nak dengar cakap orang bawah kot. Bagi aku, semua orang berhak memberi pendapat. Karya si Tan Nan Cee plak diserahkan khas kat Agung, otai dalam seni media, di punyerlah layan buat kerja leceh tu, 42 keping work kecik nak digantung sama paras sedangkan tali kat belakang tak sama panjang. Ish leceh gak, kalau ikut aku nak jer aku tampal ngan double sided. But its well done. Pulunnyer pulun jam 11.30 malam semua settle kecuali yang video by Kamal & Roopesh. Sok sambung, rasa nak tumbang dah.

Soknyer pepagi lagi dah datang balik. Boss meet up boss sana untuk settlekan pasal VIP, kitorg back to the galery tuk finil tounch, juruteknik bawak equipment yang kami mintak tanpa persoalan walaupun rasanya depa pun tak cukup peralatan, terus pasang, adjust & enjoy the works. Works Roopesh Puthiya Vanaam, Puthiya Bumi mendapat sambutan paling hangat coz lagu tamil or hindustan bukanlah sesuatu yang biasa di sana coz depa ada dangdut yang telah menjadi budaya mereka. They like it very much & apa yang ingin Roopesh sampaikan depa faham. Tengok bapak si roopesh tercungap-cungap dalam video klip make then relies what the artist wanted to say. Tahniah Roopesh. Last sekali depa tutup semua lampu then start lighting galeri ngan spotlight. Thats the right way to set up the spotlight. Camner nak buat spotlight kalau downlight & working light masih nyala? cuba fikir pakai otak yang kat kepala, jangan diletak otak tu kat lutut. Dengan cekap dan pantas depa buat walupun some track depa terpaksa tukar the whole track tapi nyata memang cekap dan bertanggungjawab, Nak tau yang pasang lampu tu sorang jer beb, tak perlu ramai pegang jawatan tu sampaikan ada yang pegang sijil chargemanlah, nak engineerlah. Kalau jiwa takde kat kerja, seribu orang pun kerja tu takkan perfect.

Then kitorg balik hotel siap2 untuk perasmian. On time supir (Pak Darma yang sepatutnya jadi driver rally, stamina dan kecoolannyer giler beb) datang jemput. Terus ke galeri, gi kafe jap coz perut tak isi lagi tehn kenal2 ngan collector, arts dan ramai lagi tetamu yang datang. Boleh tahan gak crowdnyer walupun invitation sehari sebelum. Kita di Malaysia, invitation awal sebulan atau paling lewat 1 minggu sebelum pun belum tentu orang datang. Sebelum perasmian aku diinterview oleh O-Channel yang ditayangkan malam 13 September. reporternyer punyai knowledge art yang dahsyat dan seperti biasa bagi wartawan, soalan terakhir biasanya membunuh atau perangkap. Dia cuba trick aku sentuh isu hubungan antara negara akibat daripada pelbagai kes penderaan yang berlaku dan yang terbaru wasit kaate do yang kena belasah tu. Dengan tenang gak aku jawab kami dalam bidang seni tidak pernah membiarkan kes-kes politik atau seumpamanyer membantutkan hubungan antara bangsa atau dengan kata lain seni yang akan mencantumkan semua oarang dan juga mendamaikan. Terkebil-kebil gak dia coz dari wajahnya memang dia konfiden sangat akau akan kutuk negara sendiri. Dia membuat kesilapan besar kerana aku cuma buruk pada cara berpakaian tapi bukan hati aku. Tahniah untuk diri aku dan rombongan dari Malaysia. Jawapan sama gak diberi oleh pengarah galeri sana.... frust agaknya mamat tu malam tu. Tapi takpe dia boleh cuba ngan orang lain, coz ramai orang malaysia shopping kat sana. Aku terserempak ngan makcik 3 orang yang nak balik ke Malaysia kat lobi hotel, They need 4 taxis hanya untuk muatkan kotak barang yang diorang beli, hahahahahahahahahahahahah tu lah yang orang kata besar kerak dari periuk. Asalkan makcik bahagia.

Perasmian berjalan dengan lancar & nyata audience kat sana memang faham seni dan aku serta boss dan adziim banyak ditanya dengan soalan2 berkaitan pameran dan perkembangan seni di Malaysia. kritikan dan komen terbuka memang dah jadi budaya depa. Aku seneng banget dech dengan cara itu (ooppppssss terkeluar slang dia plak). Harap2 audinces kat Malaysia sama ada pelukisnyer, kolektornyer, prof2nyer, saudagar seninyer, penulisnyer, penggeraknyer, manager2nyer, sapa sajalah belajar 'mengetahui' seni dan berdiskusi secara terbuka dan cool dalam memnuhi cita-cita membangunkan bidang ini. jangan gaduh2 dan kutuk2 belakang macam orang takde telur. Cakap depan kan ker senang orang yang kita tak puas hati tu jawab kalau betul dia salah, cakap belakang akan menimbulkan dendam dan pahala free kat orang2 yang tak bersalah. Baiknyer korang asyik nak bagi pahala free kat orang, pahala sendiri makin nyusut. Aku balik dan tidur nyenyak malam tu sebab 1 part dah selesai. Sok nak diskusi plak. Sok jugaklah aku sambung, lenguh dah tangan ni. Sessi diskusi lagi seronok, kalau tak prepare memamng buat2 pengsanlah dengan soalan2nyer. Tungguuuuuuuu