Friday, May 15, 2009

Laporan hari ini dari Ankara, Turki






Sekarang jam 23.27 waktu Turki dan bermakana 4.27 waktu Malaysia, kitorang baru balik dari satu hari yang amat panjang melawat ke tapak perjumpaan. Lepas jer breakfast yang cool kerana ada kopi ataupun minuman panas (coz lepas lunch atau dinner hanya dihidangkan ayaq kosong) untuk menyegarkan badan kerana cuaca yang sejuk kami terus dibawa ke tapak acara iaitu kira-kira 40km daripada hotel (hotel kat ulu beb) iaitu ditengah-tengah bandar Ankara. Sampai kat sana jer terkejut beruk gak kitorang coz acara ni bukan main-main, depa buat serius giler dan mulanya terasa panik gak coz we came here without any detail information from the organiser.

Rupa-rupanya ia macam pesta di malaysia gak, art, craft & culture. Banyak gerai jual & pamer benda2 culture depa utk promotion dan Malaysia juga disediakan boots kat dalam bangunan tapi kitorang tak bawak apa pun. Just bawak peler (kata arwah nenek aku atau dalam bahasa lain datang berlenggang). Rupa-rupanya 90% yang datang akan perform tarian dan muziktradisional depa dan yang selebihnya buat jualan atau promosi. Only Malaysia dijemput mewakili visual art. Kita datang dengan bebudak grafiti, diberi dalam bangunan plak tu, nak mampus! Dahlah nak explain kat guide kitorang yang comel bernama Taisya Sari, dia macam blur jer. Beberapa orang pegawai daripada organiser juga turut berbincang, still blur jugak. Adoiiiiii, tapi kitorang tetap cool sebab cold gila beb. Akhirnya kitorang dijanjikan akan disediakan tempat yang lebih sesuai (kitorang prefer outdoor) oleh Mr. Ghengiz (Vise president acara ni), tapi esok baru tau keputusan. Lepas lunch (organiser tapau jer) kitorang dibawa ke AnkaMall (biggest Mall in Turki) untuk beli spray, papan(panel), beluti, tukul, screw driver, paku, skrew, cat, tinner, roller dan juga gergaji. Syurga hardware beb, besar nak mampus dan semua benda ada. Dianyer papan sekeping 4 meter X 3 meter, gilanyer besau. Kitorang spend almost 700 Lira Turki. Thats mean kali 5 = RM3000 +++. Adoi mahalnya! Tapi tak kisah, at least dah dapat material. Kayu plak tak tau bila depa nak hantar. Esok program dah nak mula. Kitorang gitau Taisya yang we ll do performance too but its a visual art performance. BOMBING YO!

Tapi bebudak yang kitorang bawak ni glamour gila, semua peserta lain nak bergambar dengan depa. Aku rasa depa nampak cam alien kot. Muka confirm tak sama ngan yang lain coz ada gak yang jawa, pastu depa botak & dressing plak tak macam orang lain. Depa ni cool gila, peramah & tu yang buat orang lain suka kat depa. Pastu tak tau nak buat apa & kitorang layan orang lain tengah practise performance, Happening giler coz most of the music kat sini up tempo, Joget Lambak! Pastu kitorang balik ke hotel untuk dinner, pastu plak layang kopi Turki sambil layan lagu Turki kat cafe. Mula-mula kitorang jer, pastu punyalah ramai orang lain masuk (dewasa). Diorang ni memang gila menari, dari bebudak sampailah yang dah botak dan beruban. Tapi still cool. Lepas penat kitorang balik bilik dan aku terus update blog ni sambil melayan dengkuran si Sei Hon. Dia ni taulah buskerz, tidur pun nak busking gak. hehehehehehe