Seminggu dua ni tetiba aku rasa rindu sangat kat kampung kelahiran aku, nun di ulu Sungai Rejang, Kapit, yang penduduknya terdiri daripada 80% Iban, 10% Orang Ulu, 5% Melayu (tu pun ramai yang dah campo) dan selebihnya termasuklah Cina, Melanau, India (aku rasa bergantung kepada Cikgu, Dr. atau Polis luar yang berkhidmat (posting) di situ). Aku dalam kategori yang last + yang 5% tu. Bangga lahir sebagai Melanau. Tetiba juga aku teringat dengan kata-kata pertama dari roomate tatkala aku berkenalan dengan beliau ketika masuk ke menara gading( Gajah pun susah nak nampak, camno dapat gading ni plak) 19 tahun lepas. Bob kata"Orang Sarawak ni ngada-ngada, cakap Melayu semua campo omputih". Aku pun heran dan bengan gak, baru kenal dah nak tunjuk kerek. Tapi dalam hati tu kecut gak sebab Bob ni budak Kelantan, bersaiz 6 kaki lebih tinggi dan berisipadu lemak berlebihan (obessiti) dan penuh berparut. Gedebelah tu. Aku pun pelik camner si giant ni tau bahasa Sarawak ni campo bahasa inggeris. Lepas dia citer barulah aku faham yang dia ni nak gurau jer. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kem Penrissen, Batu 7 1/2 , Jalan Kuching Serian. Anak Sojar rupanya, Lepas Bob sound tu baru aku perasan apa yang dikatakan tu betul gak. Orang Sarawak kalau kata main bola (bola sepak) tu main bol / ball, kalau laci tu drower, Almari plak, kabed (cupboard), sepak lambung) bola tu lop (loop), tengok wayang nangga (tengok) tokis (talkies) :- asalnya dulu kalau wayang pacak Jabatan Penerangan tu krewnya menggunakan walkie talkie untuk berhubung, jadi daripada perkataan tulah jadinya tokis tu. Manakala dalam bahasa Iban anjing dipanggil udok selain daripada ukui atau asu. Udok / Udog berasal daripada perkataan dog. Dan sebab itulah orang Sarawak dulu-dulu kurang bermasalah menonton filem barat dan makcik aku yang sekolah takat darjah tiga tak pernah baca subtitle malah tengok citer hindustan pun tak baca subtitle. Tapi akibat daripada pelarasan penggunaan Bahasa Malaysia pada hujung 70 an kebanyakan generasi baru sudah loose bahasa Inggerisnya, Nasib baiklah keputusan SPM bagi matapelajaran Bahasa Malaysia masih cemerlang. Tau kenapa? Sebab bagi orang Sarawak, Bahasa Malaysia merupakan subjek seperti subjek-subjek lain yang perlu dipelajari dengan tekun kerana ia bukanlah bahasa harian, jadi penguasaan Bahasa Malaysia lebih baik berbanding di Semenanjung kerana di sini mereka lebih terdedah kepada bahasa kenegerian yang lebih kurang sama dengan Bahasa Malaysia dan mengakibatkan penumpuan terhadap subjek tersebut kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari Sarawak dan pelajar Cina serta India. Untuk pengetahuan aku dah masuk darjah satu since aku berumur 5 tahun dan masa umur 6 tahun aku masuk darjah 2 (keduanya bahasa pengantar Bahasa Inggeris) dan masa umur 7 tahun aku masuk darjah satu yang betul dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar (kira golongan kedua terawallah) sebab Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar hanya sampai ke tempat aku pada tahun 1976 tetapi sekolah aku tak leh nak buat sebab masa tu masih amalkan tahun lompat iaitu pada satu satu tahun akan ada darjah 1, 3 dan 5 dan pada tahun berikutnya 2, 4 dan 6. Murid tak ramai. Yang aku masuk sekolah awal tu sebab mak aku Guru Besar hehehehehehehehe dan kalau dibior kat umah kalau tak jadi hantu (anak atuk) jadi pondan sebab adik beradik aku yang lain semua pompuan sebelum yang dua bongsu tu lahir (2 lelaki).
Masa aku sekolah aktiviti harian aku lepas sekolah hanyalah main, main, main. Tiap hari lepas balik sekolah main badminton, takraw, bola sepak dan last sekali sebelum maghrib main bot tarik (permainan tradisi kat kampung aku) dan juga main perang kat sungai (baling ngan tanah liat) serta apa lagi kalau tak mandi sungai. Panjang betul rasanya maktu masa tu. sebelah malam lepas Isyak belajar silat plak. Tapi bab mengaji ni wajib tiap hari paling kurang 2 kali sehari dan paling banyak 5 kali sehari iaitu hujung minggu dan cuti sekolah. Sebab tu aku darjah 3 aku dah khatam 3 kali dan Darjah 5 kali ke 5. Bestkan masa tu, banyak betul aktiviti boleh dibuat dalam masa sehari.
Begitulah rutin aku sampai ke sekolah menengah malahan bertambah lagi dengan aktiviti remaja seperti breakdance, jamming dan aktiviti sukan yang aku gila juga turut bertambah seperti tennis, softball, hoki, basketball dan juga olahraga. Sukan dan aktiviti luar termasuk berkelab dan berpersatuan lebih penting bagi aku dibandingkan belajar. Nasib baiklah otak aku ni ok gak (sayang tak guna betul-betul, ntah ntah sekarang dah jadi orang yang lebih baik, tapi aku syukur apa yang ada). Jadi dalam sijil berhenti sekolah aku lebih banyak pencapaian dalam sukan dan persatuan daripada pelajaran. 1989 masuk tingkatan 6, aduiiiiiiiiii malasnya nak belajar, aku rela naik kerusi siap-siap masa cikgu masuk sebab confirm aku tak boleh jawab soalannyer dan biasanya memang aku taknak jawab sebab malas. Mendiang kakak angkat (Nora) aku selalu piat telinga dan motivate. Tak jalan gak sebabnya aku memang tak minat bab2 membaca ni sebab tingkatan 6 semua subjeknya kena baca buku tebal-tebal. Kakak angkat aku isikan borang ITM berdasarkan kecenderunagn aku kat bidang senilukis dan subjek tu jer yang aku dapat pangkat 1 pun hehehehehe. Dapat ITM semua borang tawaran aku sign sendiri (tiru sign bapak). Part nak pegi kena gak gitau orang tua. Dah kena smash topek. 29 Disember 1989 aku sah bergelar pelajar ITM Shah Alam dalam bidang seni lukis dan senireka. Blur gila beb masa mula masuk kerana kali pertama aku ke semenanjung. Pada masa yang sama jugak kakak angkat aku meninggla dunia dan aku hanya mengetahuinya selepas 14 hari kerana Minggu Silaturahim (MSR) masa aku diadakan selama 2 minggu. Apanyer bengong pengurusan ITM masa tu. OC pun kena bantai sebab bebudak dah imune lama sangat kena dera. Hahahaha Padan Muka. Sejak itulah aku jarang sekali balik kampung kerana kos belon (kapalterbang) mahal walaupun masa belajar kerap gak, Pantang cuti bapak dah belikan tiket walaupun terkadang terpaksa beli tiket kelas bisnes sebab tiket abis. Ngabihkan duit orang tua jer. Pas dapat kerja lagilah jarang balik sebab tugas dan kos. Last sekali aku balik kampung ialah dalam tahun 1998, pejam celik dah 10 tahun. Gila lama tu! Walaupun aku ada gak balik tapi ke Kuching jer sebab orang tua dah pindah Kuching tapi tak pernah jejak kampung dah. Ntah mana pegi kekawan lama aku kat sekolah dulu. Ntah hidup ker, ntah dah mati ker? Yang aku tau tiap kali aku balik Kuching ada jer mak sampaikan berita yang atuk ni dah meninggal, pakcik ni dah meninggal malahan yang muda-muda dan tak pernah aku jumpa pun dah meninggal. Aku kalau balik ke kampuang, letak jer beg ambik motor adik aku terus jer keliling kampung, jumpa orang-orang tua coz kat kampung aku tu semua sedara (melayu datang ke kampung tersebut sebagai pendatang dari daerah lain :- sure kawin sesama sendiri). Tapi semua mereka tu dah takder sekarang. Jadi bila fikir-fikirkan balik aku takut satu hari nanti takder orang kenal kat aku dah kat kampung sebabnya anak-anak sepupu aku pun aku tak pernah tengok, ada yang dah masuk sekolah menengah pun. Teruknya aku. Jadi tetiba jer rasa rindu tu meluap-luap untuk balik. Aku pun teringin nak jenguk balik sekolah yang aku dah tinggalkan selama 20 tahun lebih tu. Ntah-ntah cikgu-cikgu aku pun dah takder. Tapi takper, sebelum aku 'pejam' baik aku balik dan jengah. Cuti pun banyak lagi ni (80 hari). Insyaallah balik dari kampung aku akan dapat semangat balik dalam memperjuangkan bidang seni visual ni setelah 1 tahun mogok. Aku percaya suasana kampung ku yang tenang, berudara bersih dan ikatan masyarakat yang erat dapat memulihkan semangat aku, ditambah dengan tempat-tempat berkelah, berkhemah, bersukan, berburu, bersekodeng, bersilat, berlepak, merempit dan berjamming yang pernah aku lalui dulu. Harap-harap kekawan aku yang bersepah kat Malaysia ni juga turut balik (maklumlah ramai jadi cikgu) dan bolehlah kitorang jadi bebudak dan remaja balik. CIAO
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)