Baby Mellisa, Moto kedua aku selepas harta pertama aku dicuri beberapa tahun lepas. Model Naza Blade yang dah aku ubah rupa bentuknya dan juga warnanya. Aku suka motor ni sebab bodynya yang sexy dan banyak ruang untuk berkreativiti walaupun kurang power. Warna putih mutiara ni aku rasa paling tidak yang ke 20 lebih kali selepas beberapa warna aku bantai sebelum ni. Sampai bila ia akan berkeadaan demikian aku tak tau.
Yang ni baby baru aku, Bobber Chopper yang baru jer aku angkat beberapa minggu yang lalu. Asalnya ia merupakan Honda Shadow VLX 600. Owner lama dah modified menjadi idaman aku dan tanpa teragak-agak aku angkat. Harga jangan tanya. Kebanyakan part telah diubah seperti mudguard belakang dah di potong dan diganti dengan custom mudguard besi 8mm yang baru. Mudguard depan pun dah ditukar dengan yang lebih kecil. Sit asal gak dah dibuka dan digantikan dengan single sit ala basikal. Handle plak ditukar dengan Half Ape Bar yang tidak melenguhkan tangan dan ketiak. Cat baru dan bila ride cool sangat. Nak cuba? mai datang sini.

Sebenarnya aku bosan banget ngan topeng2 ni sedari dulu lagi. Tadak kreativiti. Masa aku gi Jepun beberapa Tahun lepas pada musim bunga kebanyakan rakyat Jepun menggunakan topeng ini untuk menghalang spora sejenis pokok yang hampir pupus yang boleh menyebabkan kanser. Topeng diorang gerek syehhhh. Jadi aku pun belasah gak topeng yang aku beli ni pagi tadi coz dah tak tau apa nak buat selepas sahur.
Yang dua ni adalah 'Projek Airbrush Satu Kepala Satu Malaysia' yang diketuai oleh Ameruddin Ahmad sebagai salah satu cabang kempen Satu Malaysia dan dengan pendekatan yang lebih 'muda' kerana kebanyakan projek anak muda susah nak join.
Yang ni pulak helmet aku sendiri yang baru jer beli minggu lepas. Semua dah tau aku tak suka benda yang nampak macam orang lain pakai, jadi tangan gatal aku apa lagi terus ambik airbrush kasi hantam sama dia.
As u know, i kan takleh lama tengok harta aku dengan sesatu design, baru jer aku pakai sekali helmet kat atas tu, sekarang ia dah berubah lagi dan nilah dia design baru yang aku bomb hari ni. Lagi charerrrr !!!!
Yang ni pun helmet aku sendiri yang rasanya sama usia ngan si Mellisa, pas visor dia pecah dan susah nak cari visor holder yang berubah ikut zaman, ia terperuk lama dalam stor aku. Lately aku keluarkan balik utk ride si bobber tu dan aku pun apa lagi mulakan hobi lama aku iaitu berkreativiti dengan art from street ni.