Friday, August 21, 2009

Art Dari Lorong dan Jalanan

AKU pernah buat artikel tentang Art from the street yang merangkumi seni grafiti, motosikal, kereta, helmet. topi, kasut, baju, seluar dan pelbagai lagi yang merupakan popular art setiap generasi dan angan-angan aku ia dipamerkan ditempat yang berprestij seperti balai. Walaupun agak sukar diterima oleh orang yang berumur yang memegang kuasa tapi tahniah kepada balai kerana telah mengambil langkah awal mendekati golongan ini seperti grafiti (sampai bawak ke Turki beb), pastu sekarang plak dengan kempen 'Satu Kepala, Satu Malaysia' besempena dengan artikel yang aku tulis sebelum ni iaitu slogan atau kiblat baru orang Malaysia "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. B Agi aku yang 1st tu ok yang ayat belakang tu menimbulkan pelbagai spekulasi nakal dalam otak aku. Kalau aku nak ulas fuyoooo banyak benda yang dapat aku tulis. Tapi tu tak penting, yang pentiang ialah aku dah mula kumpul benda-benda dari lorong ni sebagai koleksi aku sendiri dan harap satu hari nanti ia akan jejak gak kat Balai, tak kiralah selepas aku mati sekalipun; baru aku mati senyum. Kita kongsilah apa yang aku dah buat untuk diri aku dan share bakat aku dalam menghasilkan dan memilih benda-benda lorong ini sebelum aku buat atau beli.... Enjoy !


Baby Mellisa, Moto kedua aku selepas harta pertama aku dicuri beberapa tahun lepas. Model Naza Blade yang dah aku ubah rupa bentuknya dan juga warnanya. Aku suka motor ni sebab bodynya yang sexy dan banyak ruang untuk berkreativiti walaupun kurang power. Warna putih mutiara ni aku rasa paling tidak yang ke 20 lebih kali selepas beberapa warna aku bantai sebelum ni. Sampai bila ia akan berkeadaan demikian aku tak tau.

Yang ni baby baru aku, Bobber Chopper yang baru jer aku angkat beberapa minggu yang lalu. Asalnya ia merupakan Honda Shadow VLX 600. Owner lama dah modified menjadi idaman aku dan tanpa teragak-agak aku angkat. Harga jangan tanya. Kebanyakan part telah diubah seperti mudguard belakang dah di potong dan diganti dengan custom mudguard besi 8mm yang baru. Mudguard depan pun dah ditukar dengan yang lebih kecil. Sit asal gak dah dibuka dan digantikan dengan single sit ala basikal. Handle plak ditukar dengan Half Ape Bar yang tidak melenguhkan tangan dan ketiak. Cat baru dan bila ride cool sangat. Nak cuba? mai datang sini.





Sebenarnya aku bosan banget ngan topeng2 ni sedari dulu lagi. Tadak kreativiti. Masa aku gi Jepun beberapa Tahun lepas pada musim bunga kebanyakan rakyat Jepun menggunakan topeng ini untuk menghalang spora sejenis pokok yang hampir pupus yang boleh menyebabkan kanser. Topeng diorang gerek syehhhh. Jadi aku pun belasah gak topeng yang aku beli ni pagi tadi coz dah tak tau apa nak buat selepas sahur.

Yang dua ni adalah 'Projek Airbrush Satu Kepala Satu Malaysia' yang diketuai oleh Ameruddin Ahmad sebagai salah satu cabang kempen Satu Malaysia dan dengan pendekatan yang lebih 'muda' kerana kebanyakan projek anak muda susah nak join.

Yang ni pulak helmet aku sendiri yang baru jer beli minggu lepas. Semua dah tau aku tak suka benda yang nampak macam orang lain pakai, jadi tangan gatal aku apa lagi terus ambik airbrush kasi hantam sama dia.

As u know, i kan takleh lama tengok harta aku dengan sesatu design, baru jer aku pakai sekali helmet kat atas tu, sekarang ia dah berubah lagi dan nilah dia design baru yang aku bomb hari ni. Lagi charerrrr !!!!

Yang ni pun helmet aku sendiri yang rasanya sama usia ngan si Mellisa, pas visor dia pecah dan susah nak cari visor holder yang berubah ikut zaman, ia terperuk lama dalam stor aku. Lately aku keluarkan balik utk ride si bobber tu dan aku pun apa lagi mulakan hobi lama aku iaitu berkreativiti dengan art from street ni.

4 comments:

  1. wah...rajin betul la ye...sure anak-anak gembira mask diorang lain dari yang lain..tak pasal2 kawan kat sekolah nak tempah pulak nanti.. ;)

    ReplyDelete
  2. hahahahahah, always wanna be diferent & cool intan

    ReplyDelete
  3. Salam Kenal dari saya TMN SRI WANGI.
    Hasil karya anda hebat,menarik dan memberi inspirasi kepada saya untuk bergiat semula dalam penghasilan airbrush.Tkasih.

    ReplyDelete