Wednesday, August 26, 2009

Karya fav aku terkini

Semua tahu aku dah curate show kat RA oleh 4 anak muda belia (3 jer yang available sorang dah berbini hahahahahaha). As a curator aku layan semua artworks tu setara jer tapi sebagai penghayat seni kontemporari aku minat sangat kat satu artwork yang dipamerkan iaitu karya Buden yang bertajuk Self Potrait as a Patriot. Kalau penghayat yang peka segala imej dan simbol yang digunakan akan difahami dan ia amat sinis dan berbisa kepada yang makan cili. Ia merupakan luahan hati Buden secara spontan yang reflek kepada keadaan semasa dan secara terus diluahkan ke atas permukaan. Bukannya melalui research yang mendalam tetapi semata-mata refleks kepada keadaan melalui bacaan, paparan media cetak dan elektronik dan sembang serta suara-suara sekeliling.

Memandangkan tak semua pembaca blog aku ni faham seni aku akan describe serba sedikit karya ini base on aku punya penghayatan dan juga keterangan pelukis. Lukisan potrait diri merupakan amalan biasa kepada seseorang pelukis untuk menyampaikan sesuatu yang diingini. Dalam karya ini Buden sebagai seorang warganegara yang kecil juga amat "TERINGIN" menjadi seorang patriot tetapi dia tak tahu bagaimana. Dengan cara mudah nak jadi patriot biasanya jadi askarlah, tapi sekarang negara dah aman dan tadak komunis yang nak ditembak, nak jadi polis plak, pandangan orang ramai kotor, abis nak jadi apa???? Apa yang biasa dilihat dan diketahui ialah menjadi ahli politik atau sekurang-kurangnya orang yang rapat dengan dunia politik, barulah senang nak digelar patriot. Senang dapat gelaran dan tempat. Tapi bagi Buden apa yang dia nampak ialah cara mudah nak jadi patriot ialah dengan mempunyai ciri-ciri tertentu. Bukan Buden saja yang merasa begitu, kebanyakan rakyat marhain juga memikirkan perkara yang sama. Buden hanya mewakili rasa dan suara rakyat biasa yang kalau ditanya semuanya ingin jugak menjadi patriot bangsa dan negara. Jadi kat bawah aku senaraikan ciri-ciri yang mesti ada untuk menjadi seorang Patriot yang tertera dalam karya Buden. Sila rujuk karya:




1. Harus boleh makan apa saja asalkan dapat apa yang dekehendaki.
2. Haruslah ditopang dagu dan kepalanya (subsidi).
3. Harus baca dan percaya kepada media yang dipegang oleh kerajaan (kuasa politik)
4. Harus pejam mata kepada apa saja kepincangan yang berlaku.
5. Otak harus disetreotype mengikut acuan yang ditentukan oleh yang berkuasa.
6. Pakaian kena smart (bertshirt macam buden jangan haraplah)
7. Hidung kena tinggi dan jadi cam badut.
8. Kening kenalah bersambung (kalau ikut kata orang tua degil = redah jer)
9. Kena senyum selalu walaupun palsu.
Karya ni bukanlah nak kutuk atau mempengaruhi sapa-sapa , ia sekadar pandangan pelukis yang melihat dengan jelas keadaan semata-mata. Ia juga melalui pengalaman dan kehidupan seharian yang dialami oleh pelukis. Karya ini juga bertujuan untuk menyedarkan penghayat agar melihat keadaan semasa dan memilih jalan terbaik untuk bertindak terhadap sesuatu isu. Pilihlah jalan sendiri. Kalau nak ikut jalan hina, ikutlah. Kalau rasa jalan tu salah, fikirlah cara terbaik dan betulkanlah. Read & feel the artwork!!!!!

6 comments:

  1. DAN karya ini sedang dipamerkan di copenhagen hingga 5 sept wa cakap luuuu ;) idup buden! jgn lupa deal kite hehe

    ReplyDelete
  2. karya dan pemerhatian yang baik.salut.

    ReplyDelete
  3. Guru, ada beberapa AP karya ini dan TP berada dalam Koleksi Negara. Rasanya TP is the best coz ia masterpeace.

    Bro Abdullahjones, tq & saya harap lebih ramai artis yang membuat karya berISI sebegini dan mudah dibaca oleh penghayat.

    ReplyDelete
  4. aku yang angkat masuk stor work TP tu majidi hidung dia kaler merah..yang ni kaler hitam........xsilap aku lah..haha nak jugak....

    ReplyDelete
  5. Betul betul betul. Work ni dapat permintaan tinggi di pasaran, tetapi sebagai pelukis kontemporari tulen, Buden tak ambik peluang dgn keadaan ni dgn demand harga. Congrat

    ReplyDelete
  6. Wa ade TP karikatur hasnul. rare giler hehe..i love you buden!

    ReplyDelete