Tuesday, August 11, 2009

1 MALAYSIA: Kenapa Lambat Sangat?????

Kali ini aku tergerak nak respon tentang slogan atau kiblat baru rakyat Malaysia dengan pemimpin yang baru. Sana- sini aku lihat orang berlumba-lumba untuk menganjurkan program yang bertema 1Malaysia dan kebanyakannya macam tak kena jer, seolah-olah tak faham apa yang diinginkan atau saja jer nak bodek 'orang' tertentu untuk mendapat perhatian aka projek atau difinisi tersebut kurang jelas hinggakan semua benda boleh dijadikan projek 1Malaysia.

Pelik gak kan, biasanya aku menulis tentang seni tapi kali ni ada berbau taik pulak (Bagi aku hanya dunia seni jer yang berbau wangi) hehehehehe. Pendapat aku ni akan aku sokong dengan bukti yang nyata dan benar. Aku masih teringat kata-kata tok guru drawing aku Fauzan Omar tentang kenpa dia suka sangat ke Sarawak beberapa belas tahun dahulu. Katanya 'Mana ada tempat kat semenanjung ni yang dalam satu rumah ada 3 agama macam kat Sarawak." Contohnya di daerah Mukah yang majoritinya orang Melanau yang pada asalnya bekepercayaan Pagan atau Liko, tetapi dalam rumah tersebut juga ada ahli keluarga mereka yang beragama Kristian dan Islam. Takder makanan haram yang boleh dibawa masuk ke rumah tersebut sebagai respek keluarga yang beragama Islam. Dan masing-masing tetap mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa rasa jijik walaupun amalan tersebut bertentangan dengan agama mereka. Boleh tak kita kat semenanjung ni duduk camtu?

Satu kes lagi, yang ni berlaku kat aku sendiri. Aku berasal dari Kapit, satu daerah yang nun jauh kepedalaman dan segar di mana majoriti penduduknya adalah orang Iban dan Orang Ulu manakala yang Islam (termasuk juga Iban dan Orang Ulu) hanyalah kurang 10%. Kalau tolak orang Iban dan Orang Ulu yang Islam alahaiiiii boleh kira ngan jari jerlah tapi Islam kat tempat aku kuat. Masa sekolah dulu aku memang kaki jamming. Dalam band aku yang dipanggil Sixxer's ni hanya aku yang beragama Islam tapi kalau kitorang nak jamming lepas sekolah hari Jumaat atau cuti, members band aku yang lain akan bagitau aku kita jamming lepas ko solat Jumaat. Camtu gaklah kalau nak jamming hari Ahad, aku akan tunggu sehingga diorang abis sembahyang kat Gereja. Kekadang aku duduklah kat sit paling belakang dalam gereja tu atau lepak kat tangga tunggu diorang. Takder rasa pelik bagi paderi bila aku duduk situ dan dia pun tak pernah cuba nak ajak aku masuk agama diorang. Isu agama dan bangsa di daerah aku adalah isu yang kitorang letak paling tinggi sekali dan tak boleh disentuh kerana kami rasa kami satu famili. Tak pernah ada rasa benci kepada agama atau bangsa lain. Kes-kes gaduh akan segera disettlekan oleh ketua-ketua kaum tanpa melibatkan apa-apa dendam selepas tu. Semuanya kitorang lakukan dengan rasa tolak ansur.

Kalau hari Gawai atau Krismas adalah menjadi biasa kalau tengok orang Islam siap lepak tido dan bantu kekawan Iban dan Kristian dalam festival tersebut. Begitu juga kalau Raya Cina kitorang selamba jer makan makanan yang dihidangkan kerana yang masak makanan tersebut adalah mak-mak kitorang yang Islam. Bangsa dan agama lain selain daripada Islam akan menghntar keperluan untuk menyediakan makan, kueh atau kek menjelang perayaan diorang kepada kekawan Islam. Kiotrang akan buat untuk diorang dan kitorang sendiri gak yang akan makan lepas tu. Sebab tulah tak heran kalau lihat Raya Cina pun ada ketupat, kari, masak kurma, rendang dan kek lapis, kek pasir serta biskut Melayu dalam hidangan. Manakala untuk Raya puasa dan haji pulak rakan-rakan cina (tokey) akan memberi bekalan daging lembu,ayam, tepung, gula, rempah ratus dan macam-macam lagi kepada kekawan Islam sebagai persediaan hidangan raya. Kami juga turut menerima bercrack-crack minuman lemonade seperti coca cola, zepal dan segala macam. Sebab tu lah kitorang tak reti minum sirap pada hari raya. hehehehehehe kerek sehhhh. Aku plak tiap hari raya paling kurang 5 orang member agama dan bangsa lain aku ajak lepak rumah aku sepanjang raya dan diorang pun siap pakai baju Melayu dan kurung dan siap salam cium tangan dan lutut mak bapak aku lagi. tu baru aku, tak kira lagi member-member adik beradik dan sepupu sepapat aku. Pas tu bertandang raya paling kurang 2 kali kerana pagi raya tu sebagai bermaaf-maafan dan merasai hidangan tradisional manakala hari-hari lain baru celebrate dan sambil makan kek dan kueh moden. Ada korang rasa pengalaman tu?????? Jarang-jarang! Bagi orang Sarawak semua tu masih lagi diamalkan sehingga sekarang.

Even kalau kenduri kendara sekalipun jangan heran kalau tengok member bangsa dan agama lain bertungkus lumus membantu tuan rumah menyediakan keperluan. Sebab tu kebanyakan tempat di Sarawak kalau buka katering mau bungkus coz kebanyakan tempat kitorang lebih suka bergotong royong sesama sendiri. Free plak tu? Mana ada payment beb! Dapat jeling anak dara tuan rumah cukuplah. Tu pun kalau ada anak dara. Kalau tak sembang jerlah dengan nenek-nenek yang tak pernah lokek berkongsi pengalaman hidup diorang.

Kes ni lah yang aku nak kita sama-sama renungkan kenapa masyarakat Sarawak yang dianggap terkebelakang lebih berotak daripada orang kat sini?????? Kenapalah lambat sangat nak apply benda baik ni ke dalam kehidupan masyarakat Semenanjung? Rasanya payahlah beb sebab dah kematu dah mentaliti masing2 yang memang dah diasuh dengan rasa perkauman dan keagamaan. Rasanya cara terbaik ialah sponsor semua rakyat Semenanjung untuk duduk di Sarawak dengan tanggungan penuh kerajaan dalam tempoh 6 bulan ke setahun untuk mereka merasai keseronokan tersebut dan aku yakin cita-cita 1 Malaysia ni tak payahlah disupport lagi dengan projek-projek bodoh yang memang jelas takkan berhasil kerana kebanyakan projek tersebut ada udang disebalik maggi tomyam favorite aku dan terlalu membabitkan politik. Untuk benda ni, fahaman politik kena buang ke dalam longkang kerana politik akan hanya confirm menggagalkan cita-cita ni. Fikir-fikirkanlah!

p/s. 1st time jejak kaki kat semenanjung pada 28 Disember 1989 aku terkena renjatan budaya melihat orang Melayu, Cina dan India Semenanjung lebih ramai yang bawak kepala masing-masing. Makan tahun gak aku nak membiasakan diri)

2 comments:

  1. berat berat...yang ringan ringan takde ke? hehe sajian di petang hari..

    ReplyDelete
  2. Yang ringan akan menyusul. Pics airbrush helmet sebanya 4 buah yang aku siapkan dalam 2 hari.... Aku menghampiri post lama aku tentang art from the street.... Moto dah ada, helmet dah ada.... baju bundle dah ada.... apa lagi yang akan aku collect dan harap akan dipamerkan lepas aku mati agar aku tak mati celik untuk membawa genre art ni ke balai....

    ReplyDelete