Friday, July 10, 2009
Kembali beraksi dengan projek B.A.C.A. : Suara-suara Visual
Lama gak aku tak memblog sejak balik dari Turki, bukan kena H1N1 ( Hadi 1 + Najib 1 = Kerajaan Perpaduan) . Aku sihat cuma bz ngan kerja-kerja dan program ajensi aku terutama wahyu2 yang banyak dan mengalahkan wahyu sebenar.
Satu lagi projek yang aku tengah buat sekarang ialah mengkurat satu pameran domestik dan private yang pertama sejak aku terjerumus dalam bidang ni. Ia adalah tanggungjawab yang diberikan oleh Raja Ahmad Aminullah yang aku hormati dan terdiri daripada empat orang artis muda dan berbakat serta JAHAT. (sebab utama aku terima projek ni). Ia dimulakan sejak Januari lepas dan yang menarik dan peliknya ialah aku tak pernah jumpa artis-artis ni dalam proses depa menyiapkan karya kerana aku tak mau artis terganggu dengan kehadiran aku dan aku mempengaruhi karya mereka dan juga ini merupakan eksperimen aku keatas jiwa-jiwa muda ni kalau diorang dilepaskan bebas berkarya, adakah mereka deliver sepenuh jiwa apa yang terniat di hati. Sama-samalah kita tengok hasilnya nanti. Aku menulis hanya berdasarkan karya-karya mereka sebelum ni dan sedikit memerhati karya terbaru mereka dan tidak menggunakan statement diorang kerana aku rasa kalau aku sendiri kerja lebih sikit mungkin akan menambah value dalam karya mereka dengan pengisian daripada aku sendiri. Penulisan untuk pameran ini agak kasar kerana ia merupakan sifat aku dan kalau ada ilmuan2 seni yang kurang setuju dengan cara penulisan ini, aku tak ambik pot kerana aku rasa karya sebegini seharausnya ditulis sebegini dan jiwa yang ada dalam karya ini akan lebih mudah sampai dan tepat dengan bentuk penulisan sebegini, takkanlah taik kita nak gambarkan (tulis) seperti permata dan pembunuhan kita gambarkan seperti berpiknik. Tak kenakan? Apa-apa pun, kalau ikut jadualnya pameran tu diadakan 29 Jun lepas tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab pemilik galeri dan tarikh barunya ialah 18 julai ni, insyaallah. Opening maybe 24. Jom reramai layan work brutal depa. Aku tak nak tulis nama artis kerana aku nak biasakan korang mengenali karya dan berkomunikasi dengan karya tanpa mengambil tahu sapa artisnya. Enjoy the Bang!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wa sudah sneak prebiu..congrats untuk curatorawk dan tk kerana mengidolakan kite hehe ;)
ReplyDeletewow. nampaknya bos bukan diam diam sahaja...diam diam ubi berisi ni! biarkan tajam lidah dari tajam pedang..tajam lidah mungkin akan menjadi satu revolusi terhadap artis2 tu sendiri dan pelihat - pelihatnya, kalau manis lidah bak kata sedap jilat aiskrim sambil kaki di goyang - goyang melihat si nerve berjoget joget ala Robert Smith, The cure...xde apa yang berubah...selesa, nyaman, selamat...!
ReplyDelete