Thursday, July 10, 2008

CARI MAKAN, KOMERSIAL, NILAI, KEMATIAN SENIMAN DAN SENI VISUAL.

Kebelakangan ini terdengar banyak kata-kata yang ingin menjadikan seni visual sebagai satu industri atau dengan kata lain dikomersialkan. Ia bukannya datAng dari peringkat bawahan tetapi dari pihak orang tertinggi dalam sebuah kuasa terbesar yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga kemurniannya malah dari pihak tertinggi ajensi yang khusus menjaga bidang ini. Adakah seni visual itu setaraf gula, minyak, tepung, ikan masin, jamban, malah tuala wanita sekalipun? Tahukah mereka ini apakah yang dimaksudkan dengan seni visual (khususnya seni halus), pengindustrian & pengkomersialan, dan tahukah mereka apakah akibatnya kepada seniman dan masa depan bidang ini. Dahlah dalam sistem pendidikan subjek seni visual diletak pada kedudukan paling bawah dan ada juga yang kononnya cerdik pandai seni yang tidak kenal mana kraf dan mana seni. Itu amat menyedihkan dalam sebuah negara yang sudah mencapai tahap matang dan kononnya maju dan stabil. 1, 2, mula ……Apakah itu seni komersial?

Seni komersial merupakan sub-sektor dalam perkhidmatan kreatif, dan merujuk kepada seni yang dicipta semata-mata untuk tujuan komersial, kebiasaannya pengiklanan / promosi.

Skill yang diperlukan untuk menjadi seorang artis komersial ialah kemampuan untuk mengurus informasi, pengetahuan seni halus, memvisualkan, ketulenan (originaliti), pengetahuan media dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik. Pada kebiasaannya, bahagian kesenian ini hanya kecil sahaja, iaitu terdiri daripada seorang pengarah, penolong pengarah (jika perlu) dan bilangan kakitangan rekabentuk dan produksi yang kecil. Ini adalah disebabkan artis komersial bekerja bersama dengan pelbagai orang (makhluk atau manusia dan kadang-kadang binatang serta manusia berperangai binatang pun terlibat) dan kadangkala selalunya di bawah tekanan, mereka mestilah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, efisien dan berkebolehan tinggi untuk bekerjasama dengan orang lain.

Artis komersial biasanya bekerja dalam masa standard iaitu 8-9 jam sehari selama 5 hari seminggu. Kerja lebih masa kemungkinan diperlukan untuk menyiapkan tugasan besar atau memenuhi tarikh akhir yang semakin hampir dan tidak boleh diubah seperti dalam bidang pemberitaan (news) atau motion picture media. Cuti rehat, cuti sakit, insuran kesihatan, dan pencen adalah kebajikan yang biasa diperolehi oleh artis komersial tetap. Artis yang bekerja secara kontrak biasanya tidak menerima kelebihan tersebut.

Seni Komersial merangkumi pelbagai genre, kategori serta teknik; seperti berikut:-

Adakah seni visual (halus) itu satu cabang seni komersial? Tepuk dada, tanya iman, buat kajian, renung dan buat keputusan sendiri. Terdapat beberapa kes yang semakin nyata di mana akibat ‘kata-kata besar’ seolah fatwa yang menjadi barah dalam bidang seni tempatan. Artis-artis telah mula dan mengamalkan seni mereka sebagai bahan komoditi. Adakah masuk akal sesebuah karya seni yang penuh dengan semangat, content dan latarbelakang kononnya, siap dalam masa 1 hari? Bukan satu, malah 15 -30 karya sehari. Satu pembohongan dan ketidakjujuran seorang seniman. Di manakah letaknya jiwa dan kehalusannya seperti yang tertera dalam perkataan seni halus atau seni murni atau dalam bahasa penjajah fine art itu? Kalau pun ia dalam kategori seni komersial seperti maksud di atas ia juga mustahil dilakukan kecuali solekan malah solekan seperti solekan khas untuk filem mahupun pengantin memerlukan seseorang jurusolek tersebut membuat kajian dan percubaan berulang kali terlebih dahulu . Satu karya seni yang bermakna haruslah melalui proses kajian, penyelidikan terhadap isu, akibat mahupun kesan yang akan diperolehi oleh penghayat.

Ada orang yang mengaku seniman dengan mendabik dada mengatakan saya telah 25 tahun melukis dan saya dan anak isteri saya boleh hidup dengan hasil karya yang yang saya jual. ‘Dia’ lupa apakah tanggunjawab dia sebagai seorang seniman. Tahukah beliau siapakah kolektor karya beliau? Tahukah beliau di manakah kolektor tersebut meletakkan karya beliau? Di ruang tamukah atau di jambankah atau sudah diberi kepada orang lainkah atau sudah dibakar dipusat pembakaran sampah? Adakah itu nilai yang diletak pada sesebuah karya seni? Pernahkah seniman seperti ini sedar adakah karya tersebut didebatkan atau dijadikan contoh ataupun rujukan perkembangan seni semasa? Kalau sudah 25 tahun melukis dan berjaya hidup dengan hasil lukisan, kenapakah masih hidup merempat? Kenapa seniman lain yang baru 10 tahun berkarya telah menjadi jutawan? Begitulah akibatnya kalau ‘fatwa orang besar’ yang tidak cukup penjelasan menjadi pegangan kepada seniman ‘buta’ seperti ini.

Itu kes seniman. Apakah pulak kes sang kurator? Ada di kalangan kurator yang sebelum ini lantang, ganas, rebel, brutal, melolong, menjerit, menangis (golongan seniman menangis kerana perjuangan kononnya) tanpa sedar telah membuka jalan ke atas kejatuhan seseorang seniman. Lagi naya! Setelah ditempek matanya dengan bayaran tinggi (akibat masalah ekonomi sekarang kot) telah menjadi seorang yang romantis, gediks, bungas dan ‘bangsars’. Dalam penulisan bukan main lagi kerasnya sehinggakan tidak relevan dengan karya yang dipamerkan. Atas dasar membantu teman yang baru hendak mula berniaga seni katanya, tanpa sedar telah meracuni seorang seniman yang menghampiri peghujung karier dan hayat. Hanya kerana pemilik galeri yang kononnya mempunyai senarai kolektor yang grand, gempaq, kaya gila dan lintah darat, sang kurator hebat ini telah menaikkan harga sebuah karya yang pada asalnya mempunyai harga yang standard di galeri lain. Kes ini menyebabkan kolektor setia si seniman mempertikaikan seniman tersebut yang telah meletak 2 harga berbeza di 2 galeri untuk karya yang sama sedangkan si seniman tidak tahu apa-apa. Akibatnya si kolektor ‘hardcore’ ini telah tidak berminat lagi untuk mengumpul karya seniman tersebut yang dianggapnya pembohong. Kasihan si seniman. Akibat kegilaan sang kurator si seniman menjadi mangsa.

Ini antara beberapa kes yang telah terjadi akibat daripada ‘ kata-kata fatwa’ sang berkuasa. Adakah ini yang kita mahukan dalam bidang ini? Fikirlah sendiri. Semua mempunyai pendapat sendiri dan bebas bersuara dalam negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Terpimpin (yang membawa maksud ikutlah cakap pemimpin).

Kepada teman-teman yang prihatin sama-samalah kita berfikir, renung dan hayati perkara ini, adakah kita mahu dipersoalkan oleh generasi seterusnya jika seni visual kita semakin dilupakan sebagai satu wadah dokumentasi sejarah, komen dan kritikan? Menjual karya itu tidak salah kerana semua orang perlukan duit untuk hidup, tetapi yang penting nilai karya tersebut terletak pada kualiti mesej, kesan dan akibat selain surface yang menarik tetapi mempunyai sesuatu´disebaliknya’ yang boleh mengegarkan penghayat. Ahhhhh LEGA!!!!!