Wednesday, November 26, 2008

Seorang Lagi Pelukis Pergi

Petang semalam Dato' Chuah Tean Teng, pelopor lukisan batik (fine art) telah pergi buat selama-lamanya. Yang amat menyedihkan ialah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) sedang dalam peringkat akhir untuk mengadakan pameran sempena memperingati sumbangan beliau dalam dunia seni tempatan dan dikurasikan oleh Kurator brutal Tan Sei Hon. Pada ketika karyanya baru sahaja memulakan perjalanan ke BSLN untuk dipamerkan, beliau telah pergi buat selama-lamanya. Sumbangan dan pengalaman yang beliau curahkan untuk perkembangan seni lukis tempatan amat sukar untuk di cari ganti. RIP

Monday, November 24, 2008

NakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkBaalllikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!

Seminggu dua ni tetiba aku rasa rindu sangat kat kampung kelahiran aku, nun di ulu Sungai Rejang, Kapit, yang penduduknya terdiri daripada 80% Iban, 10% Orang Ulu, 5% Melayu (tu pun ramai yang dah campo) dan selebihnya termasuklah Cina, Melanau, India (aku rasa bergantung kepada Cikgu, Dr. atau Polis luar yang berkhidmat (posting) di situ). Aku dalam kategori yang last + yang 5% tu. Bangga lahir sebagai Melanau. Tetiba juga aku teringat dengan kata-kata pertama dari roomate tatkala aku berkenalan dengan beliau ketika masuk ke menara gading( Gajah pun susah nak nampak, camno dapat gading ni plak) 19 tahun lepas. Bob kata"Orang Sarawak ni ngada-ngada, cakap Melayu semua campo omputih". Aku pun heran dan bengan gak, baru kenal dah nak tunjuk kerek. Tapi dalam hati tu kecut gak sebab Bob ni budak Kelantan, bersaiz 6 kaki lebih tinggi dan berisipadu lemak berlebihan (obessiti) dan penuh berparut. Gedebelah tu. Aku pun pelik camner si giant ni tau bahasa Sarawak ni campo bahasa inggeris. Lepas dia citer barulah aku faham yang dia ni nak gurau jer. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kem Penrissen, Batu 7 1/2 , Jalan Kuching Serian. Anak Sojar rupanya, Lepas Bob sound tu baru aku perasan apa yang dikatakan tu betul gak. Orang Sarawak kalau kata main bola (bola sepak) tu main bol / ball, kalau laci tu drower, Almari plak, kabed (cupboard), sepak lambung) bola tu lop (loop), tengok wayang nangga (tengok) tokis (talkies) :- asalnya dulu kalau wayang pacak Jabatan Penerangan tu krewnya menggunakan walkie talkie untuk berhubung, jadi daripada perkataan tulah jadinya tokis tu. Manakala dalam bahasa Iban anjing dipanggil udok selain daripada ukui atau asu. Udok / Udog berasal daripada perkataan dog. Dan sebab itulah orang Sarawak dulu-dulu kurang bermasalah menonton filem barat dan makcik aku yang sekolah takat darjah tiga tak pernah baca subtitle malah tengok citer hindustan pun tak baca subtitle. Tapi akibat daripada pelarasan penggunaan Bahasa Malaysia pada hujung 70 an kebanyakan generasi baru sudah loose bahasa Inggerisnya, Nasib baiklah keputusan SPM bagi matapelajaran Bahasa Malaysia masih cemerlang. Tau kenapa? Sebab bagi orang Sarawak, Bahasa Malaysia merupakan subjek seperti subjek-subjek lain yang perlu dipelajari dengan tekun kerana ia bukanlah bahasa harian, jadi penguasaan Bahasa Malaysia lebih baik berbanding di Semenanjung kerana di sini mereka lebih terdedah kepada bahasa kenegerian yang lebih kurang sama dengan Bahasa Malaysia dan mengakibatkan penumpuan terhadap subjek tersebut kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari Sarawak dan pelajar Cina serta India. Untuk pengetahuan aku dah masuk darjah satu since aku berumur 5 tahun dan masa umur 6 tahun aku masuk darjah 2 (keduanya bahasa pengantar Bahasa Inggeris) dan masa umur 7 tahun aku masuk darjah satu yang betul dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar (kira golongan kedua terawallah) sebab Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar hanya sampai ke tempat aku pada tahun 1976 tetapi sekolah aku tak leh nak buat sebab masa tu masih amalkan tahun lompat iaitu pada satu satu tahun akan ada darjah 1, 3 dan 5 dan pada tahun berikutnya 2, 4 dan 6. Murid tak ramai. Yang aku masuk sekolah awal tu sebab mak aku Guru Besar hehehehehehehehe dan kalau dibior kat umah kalau tak jadi hantu (anak atuk) jadi pondan sebab adik beradik aku yang lain semua pompuan sebelum yang dua bongsu tu lahir (2 lelaki).

Masa aku sekolah aktiviti harian aku lepas sekolah hanyalah main, main, main. Tiap hari lepas balik sekolah main badminton, takraw, bola sepak dan last sekali sebelum maghrib main bot tarik (permainan tradisi kat kampung aku) dan juga main perang kat sungai (baling ngan tanah liat) serta apa lagi kalau tak mandi sungai. Panjang betul rasanya maktu masa tu. sebelah malam lepas Isyak belajar silat plak. Tapi bab mengaji ni wajib tiap hari paling kurang 2 kali sehari dan paling banyak 5 kali sehari iaitu hujung minggu dan cuti sekolah. Sebab tu aku darjah 3 aku dah khatam 3 kali dan Darjah 5 kali ke 5. Bestkan masa tu, banyak betul aktiviti boleh dibuat dalam masa sehari.

Begitulah rutin aku sampai ke sekolah menengah malahan bertambah lagi dengan aktiviti remaja seperti breakdance, jamming dan aktiviti sukan yang aku gila juga turut bertambah seperti tennis, softball, hoki, basketball dan juga olahraga. Sukan dan aktiviti luar termasuk berkelab dan berpersatuan lebih penting bagi aku dibandingkan belajar. Nasib baiklah otak aku ni ok gak (sayang tak guna betul-betul, ntah ntah sekarang dah jadi orang yang lebih baik, tapi aku syukur apa yang ada). Jadi dalam sijil berhenti sekolah aku lebih banyak pencapaian dalam sukan dan persatuan daripada pelajaran. 1989 masuk tingkatan 6, aduiiiiiiiiii malasnya nak belajar, aku rela naik kerusi siap-siap masa cikgu masuk sebab confirm aku tak boleh jawab soalannyer dan biasanya memang aku taknak jawab sebab malas. Mendiang kakak angkat (Nora) aku selalu piat telinga dan motivate. Tak jalan gak sebabnya aku memang tak minat bab2 membaca ni sebab tingkatan 6 semua subjeknya kena baca buku tebal-tebal. Kakak angkat aku isikan borang ITM berdasarkan kecenderunagn aku kat bidang senilukis dan subjek tu jer yang aku dapat pangkat 1 pun hehehehehe. Dapat ITM semua borang tawaran aku sign sendiri (tiru sign bapak). Part nak pegi kena gak gitau orang tua. Dah kena smash topek. 29 Disember 1989 aku sah bergelar pelajar ITM Shah Alam dalam bidang seni lukis dan senireka. Blur gila beb masa mula masuk kerana kali pertama aku ke semenanjung. Pada masa yang sama jugak kakak angkat aku meninggla dunia dan aku hanya mengetahuinya selepas 14 hari kerana Minggu Silaturahim (MSR) masa aku diadakan selama 2 minggu. Apanyer bengong pengurusan ITM masa tu. OC pun kena bantai sebab bebudak dah imune lama sangat kena dera. Hahahaha Padan Muka. Sejak itulah aku jarang sekali balik kampung kerana kos belon (kapalterbang) mahal walaupun masa belajar kerap gak, Pantang cuti bapak dah belikan tiket walaupun terkadang terpaksa beli tiket kelas bisnes sebab tiket abis. Ngabihkan duit orang tua jer. Pas dapat kerja lagilah jarang balik sebab tugas dan kos. Last sekali aku balik kampung ialah dalam tahun 1998, pejam celik dah 10 tahun. Gila lama tu! Walaupun aku ada gak balik tapi ke Kuching jer sebab orang tua dah pindah Kuching tapi tak pernah jejak kampung dah. Ntah mana pegi kekawan lama aku kat sekolah dulu. Ntah hidup ker, ntah dah mati ker? Yang aku tau tiap kali aku balik Kuching ada jer mak sampaikan berita yang atuk ni dah meninggal, pakcik ni dah meninggal malahan yang muda-muda dan tak pernah aku jumpa pun dah meninggal. Aku kalau balik ke kampuang, letak jer beg ambik motor adik aku terus jer keliling kampung, jumpa orang-orang tua coz kat kampung aku tu semua sedara (melayu datang ke kampung tersebut sebagai pendatang dari daerah lain :- sure kawin sesama sendiri). Tapi semua mereka tu dah takder sekarang. Jadi bila fikir-fikirkan balik aku takut satu hari nanti takder orang kenal kat aku dah kat kampung sebabnya anak-anak sepupu aku pun aku tak pernah tengok, ada yang dah masuk sekolah menengah pun. Teruknya aku. Jadi tetiba jer rasa rindu tu meluap-luap untuk balik. Aku pun teringin nak jenguk balik sekolah yang aku dah tinggalkan selama 20 tahun lebih tu. Ntah-ntah cikgu-cikgu aku pun dah takder. Tapi takper, sebelum aku 'pejam' baik aku balik dan jengah. Cuti pun banyak lagi ni (80 hari). Insyaallah balik dari kampung aku akan dapat semangat balik dalam memperjuangkan bidang seni visual ni setelah 1 tahun mogok. Aku percaya suasana kampung ku yang tenang, berudara bersih dan ikatan masyarakat yang erat dapat memulihkan semangat aku, ditambah dengan tempat-tempat berkelah, berkhemah, bersukan, berburu, bersekodeng, bersilat, berlepak, merempit dan berjamming yang pernah aku lalui dulu. Harap-harap kekawan aku yang bersepah kat Malaysia ni juga turut balik (maklumlah ramai jadi cikgu) dan bolehlah kitorang jadi bebudak dan remaja balik. CIAO

Tuesday, November 11, 2008

Pulau Pinang : Tak ku Sangka Rupanya berubah

Weekend lepas aku dijemput sebagai salah seorang Juri Pertandingan Senilukis sempena Pesta Pulau Pinang 2008 yang akan berlangsung tak lama lagi. Aku dah 4 tahun tak pegi Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Last sekali aku ke sana dalam tahun 2004 untuk Pameran Saksi. Masa tu Pengarahnya masih orang tua tu dan Noni (Pengarah sekarang) masih Penolong Kurator. Staf pun tak ramai, pameran pun boring.

Jadi bila aku diarahkan oleh boss aku untuk mewakili Balai sebagai Juri aku pun setuju tapi aku tak aspek apa-apa yang menarik tentang karya pelukis Pulau Pinang. Lagipun dah lama sangat aku tak ke sana. Aku drived alone dari KL petang Sabtu dan dari jambatan lagi aku dah nampak banyaknya bangunan baru kat pulau tu. Aku memang dah agak akan sesat punya, coz tiap kali aku ke penang aku akan sesat. Tapi aku tak pernah risau sebab selagi aku berada dalam pulau tu aku takkan sampai ke Siam. Petang tu ada perasmian Pameran Retrospektif Lee Joo For kat BSLPP. Aku cuba untuk sampai awal tapi tak berjaya. Malam, aku ronda (survey jalan) agar esoknya tak tersesat nak ke seisi penjurian. Tempat-tempat makan yang aku pernah lepak dulu semua dah takde. Jadi aku singgahlah makan kat kedai tom yam kat Bayan Lepas. Ok gaklah.

Hari Ahadnya pagi-pagi aku dah bangun tapi masih takder harap apa-apa yang istimewa masa penjurian nanti. Once sampai seperti biasa, sesat lagi mana aku nak parking. hehehehehe tak abis-abis nyusahkan Noni (dia jer yang aku kenal kat BSLPP). Staf lain semua orang baru, aku ni dah masuk senja. Elok jer lepas aku masuk ikut pintu belakang aku dihidangkan dengan ratusan karya pelukis Pulau Pinang yang sedikit sebanyak mengejutkan aku. Lepak kejap juri lain pun sampai, Tu dia ko, Otai Fauzan Omar (Tok Guru aku), Mat Yee (Matahati), Azhar Manan(Otai sculpture) dan Encik Tan Lye Hoe (Artis veteran P. Pinang yang buat aku terkejut tentang pemikiran beliau yang sangat brutal dalam art dan berbeza dengan orang yang seusia dengan beliau) Baru aku rasa fresh giler dengan line-up Juri yang dipilih. Apa lagi kitorg pun meneruskan acara yang paling aku suka, iaitu merejek (reject) karya-karya yang lapuk dan tak sesuai dengan tema pertandingan dan jiwa kami. Kami mencari karya-karya yang fresh dan berbau 'harum' dan mempunyai rasa yang baru dan material baru serta lebih dekat kepada penghayat dan akan meninggalkan kesan kepada penghayat selepas balik dari pameran tersebut. Penganjur meminta kami memilih 80 buah karya yang mana boleh dimuatkan didinding galeri BSLPP tetapi kami hanya dapat 40 hahahahahaha, rongaklah dinding ko Noni oiiii. Aku gitau Noni kalau aku dah rejek aku takkan masukkan balik, tapi dia bilang AF (Akademi Fantasia) boleh dan aku bilang dalam art takder MAWI. Fauzan pun taknak bertanggungjawab dengan penambahan selepas rejek hehehehehe. Penin sekejap si Noni. Atas rasa tanggungjawab kepada penganjur beberapa karya dimasukkan semula untuk pameran dan ia merupakan kerja yang paling susah sekali.

Selepas semua selesai 3 karya untuk tiga tempat teratas rupanya memang dah terpahat dalam kepala semua Juri dan ini amat meudahkan kerja, 5 hadiah saguhati pun memang dah confirm, rupanya kami ada chemistry. Senang gila kerja. Ketiga-tiga karya yang menang merupakan instalsi dan aku cakap kat Mat Yee dan Azhar, kenapa karya-karya seperti ni tak masuk Bakat Muda Sezaman????? Jahat, tajam, ngilu, tembak dan direct. Disember 2008 aku difahamkan pameran tersebut akan dirasmikan dan aku harap pelukis-pelukis Lembah Kelang ni tengoklah karya-karya yang kami rasa akan menjadi gelanggang baru dan bernafas baru dalam art scene Malaysia dan tidak tepu seperti di KL yang banyak topengnya daripada 'kesucian' seni itu sendiri.

Aku balik dengan perasaan happy kerana aku telah mendapat steroid baru dalam bidang seni yang aku hybernate selama lebih setahun. Kepada pelukis-pelukis muda Pulau Pinang teruskanlah kenaifan kamu dalam berkarya kerana ia lebih jujur dan mulia. Kepada penduplikator seni daripada ikon-ikon hebat negara, maaflah kamu takder dalam list aku dan aku tetap akan merejek karya-karya yang meniru atau cuba untuk menjadi ikon-ikon ini. Korang boleh cari kerja lainlah. Kepada Noni, TAHNIAH lah kerana telah berjaya merobah BSLPP menjadi sebuah organisasi yang bernafas baru dan maju seperti sekarang, kalau dulu tu aku nak masuk pun tak sampai hati.

Tak sabar rasanya memiliki karya tempat ketiga yang amat berani dan Insyaallah akan menjadi milik aku dalam beberapa bulan lagi. Amaran untuk Noni, kalau ko tak kasi jual itu karya kat aku, aku akan bakaq galeri hang. Bukan kaya tapi karya tu murah dan cool gila beb, Aku memang dah plan nak ikat perut aku dan keluarga untuk dapatkan karya tu. Seperkara lagi aku dah jumpa pelukis pelukis yang menghasilkan karya seperti cita-cita aku dalam artikel sebelum ni iaitu street art. Noni ko simpan ek detail diorang, manalah tau impian aku akan jadi kenyataan. Tungguuuuuu!!!!!

Thursday, November 6, 2008

KOLEKSI SAYA!

Alhamdulillah, Pameran Karya Saya: Rahime Harun telah selesai dirasmikan oleh Tan Sri Dr Muhayidin Yassin. Gila babas crowd dia. Tahniah kepada Charown dan anak2 buah yang telah bertungkus lumus menyiapkan pameran tersebut walaupun Menteri tengah berucap.

'Koleksi Saya' seperti yang aku ketahui daripada dokumen bersama ahli keluarga Rahime pada awalnya selain daripada minat mengumpul karya seni tersebut kerana nilainya, juga mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu membantu artis terus bertahan (pada awal karier mereka sebagai pelukis). Rahime dapat mengesan bakat pelukis sedari awal penglibatan mereka dan beliau percaya bahawa artis2 tersebut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang tersebut dan beliau membeli karya mereka sebagai motivasi untuk artis2 tersebut bertahan dan terus hidup, Ada di antara artis2 tersebut sudah berkahwin dan mempunyai anak dan hidup melarat tetapi terus berkarya dan percaya dengan jalan yang mereka pilih. Alhamdulillah mereka berjaya walaupun pada peringkat awalnya untuk membeli makanan mahupun susu anak pun mereka tidak mampu. Keadaan ini akan tetap berterusan kerana bidang seni di negara ini tetap sama situasinya. Ada bakat yang terbiar begitu saja kerana tuntutan hidup.

Aku memang ingin membantu tetapi aku tidak mampu kerana sememangnya sudah menjadi sumpahan bekerja dengan kerajaan tidak akan menjadi kaya kerana slogannya pun dah 'Berkhidmat Untuk Masyarakat'. Tiada bonus berlebihan untuk orang yang bekerja lebih kuat. Semuanya sama saja. Jadi ini jalan yang aku pilih maka aku tetap tidak akan mampu membantu secara wang ringgit. Tetapi aku cuba sedaya yang mampu juga untuk membantu.




Karya untuk dijual.
Pelukis Ili Farhana,
Tajuk: aku tak jumpa.
Media : Akrilik on canvas,
Tahun: Tak silap 2004,
Ukuran: 75.5 cm X 152.5 cm


Sila tinggalkan no hp anda untuk saya hubungi untuk mengetahui harga yang beliau letak dan kepada sesiapa yang berminat akan diminta untuk terus berhubung dengan pelukis ini dengan kadar segera.