Thursday, July 10, 2008

CARI MAKAN, KOMERSIAL, NILAI, KEMATIAN SENIMAN DAN SENI VISUAL.

Kebelakangan ini terdengar banyak kata-kata yang ingin menjadikan seni visual sebagai satu industri atau dengan kata lain dikomersialkan. Ia bukannya datAng dari peringkat bawahan tetapi dari pihak orang tertinggi dalam sebuah kuasa terbesar yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga kemurniannya malah dari pihak tertinggi ajensi yang khusus menjaga bidang ini. Adakah seni visual itu setaraf gula, minyak, tepung, ikan masin, jamban, malah tuala wanita sekalipun? Tahukah mereka ini apakah yang dimaksudkan dengan seni visual (khususnya seni halus), pengindustrian & pengkomersialan, dan tahukah mereka apakah akibatnya kepada seniman dan masa depan bidang ini. Dahlah dalam sistem pendidikan subjek seni visual diletak pada kedudukan paling bawah dan ada juga yang kononnya cerdik pandai seni yang tidak kenal mana kraf dan mana seni. Itu amat menyedihkan dalam sebuah negara yang sudah mencapai tahap matang dan kononnya maju dan stabil. 1, 2, mula ……Apakah itu seni komersial?

Seni komersial merupakan sub-sektor dalam perkhidmatan kreatif, dan merujuk kepada seni yang dicipta semata-mata untuk tujuan komersial, kebiasaannya pengiklanan / promosi.

Skill yang diperlukan untuk menjadi seorang artis komersial ialah kemampuan untuk mengurus informasi, pengetahuan seni halus, memvisualkan, ketulenan (originaliti), pengetahuan media dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik. Pada kebiasaannya, bahagian kesenian ini hanya kecil sahaja, iaitu terdiri daripada seorang pengarah, penolong pengarah (jika perlu) dan bilangan kakitangan rekabentuk dan produksi yang kecil. Ini adalah disebabkan artis komersial bekerja bersama dengan pelbagai orang (makhluk atau manusia dan kadang-kadang binatang serta manusia berperangai binatang pun terlibat) dan kadangkala selalunya di bawah tekanan, mereka mestilah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, efisien dan berkebolehan tinggi untuk bekerjasama dengan orang lain.

Artis komersial biasanya bekerja dalam masa standard iaitu 8-9 jam sehari selama 5 hari seminggu. Kerja lebih masa kemungkinan diperlukan untuk menyiapkan tugasan besar atau memenuhi tarikh akhir yang semakin hampir dan tidak boleh diubah seperti dalam bidang pemberitaan (news) atau motion picture media. Cuti rehat, cuti sakit, insuran kesihatan, dan pencen adalah kebajikan yang biasa diperolehi oleh artis komersial tetap. Artis yang bekerja secara kontrak biasanya tidak menerima kelebihan tersebut.

Seni Komersial merangkumi pelbagai genre, kategori serta teknik; seperti berikut:-

Adakah seni visual (halus) itu satu cabang seni komersial? Tepuk dada, tanya iman, buat kajian, renung dan buat keputusan sendiri. Terdapat beberapa kes yang semakin nyata di mana akibat ‘kata-kata besar’ seolah fatwa yang menjadi barah dalam bidang seni tempatan. Artis-artis telah mula dan mengamalkan seni mereka sebagai bahan komoditi. Adakah masuk akal sesebuah karya seni yang penuh dengan semangat, content dan latarbelakang kononnya, siap dalam masa 1 hari? Bukan satu, malah 15 -30 karya sehari. Satu pembohongan dan ketidakjujuran seorang seniman. Di manakah letaknya jiwa dan kehalusannya seperti yang tertera dalam perkataan seni halus atau seni murni atau dalam bahasa penjajah fine art itu? Kalau pun ia dalam kategori seni komersial seperti maksud di atas ia juga mustahil dilakukan kecuali solekan malah solekan seperti solekan khas untuk filem mahupun pengantin memerlukan seseorang jurusolek tersebut membuat kajian dan percubaan berulang kali terlebih dahulu . Satu karya seni yang bermakna haruslah melalui proses kajian, penyelidikan terhadap isu, akibat mahupun kesan yang akan diperolehi oleh penghayat.

Ada orang yang mengaku seniman dengan mendabik dada mengatakan saya telah 25 tahun melukis dan saya dan anak isteri saya boleh hidup dengan hasil karya yang yang saya jual. ‘Dia’ lupa apakah tanggunjawab dia sebagai seorang seniman. Tahukah beliau siapakah kolektor karya beliau? Tahukah beliau di manakah kolektor tersebut meletakkan karya beliau? Di ruang tamukah atau di jambankah atau sudah diberi kepada orang lainkah atau sudah dibakar dipusat pembakaran sampah? Adakah itu nilai yang diletak pada sesebuah karya seni? Pernahkah seniman seperti ini sedar adakah karya tersebut didebatkan atau dijadikan contoh ataupun rujukan perkembangan seni semasa? Kalau sudah 25 tahun melukis dan berjaya hidup dengan hasil lukisan, kenapakah masih hidup merempat? Kenapa seniman lain yang baru 10 tahun berkarya telah menjadi jutawan? Begitulah akibatnya kalau ‘fatwa orang besar’ yang tidak cukup penjelasan menjadi pegangan kepada seniman ‘buta’ seperti ini.

Itu kes seniman. Apakah pulak kes sang kurator? Ada di kalangan kurator yang sebelum ini lantang, ganas, rebel, brutal, melolong, menjerit, menangis (golongan seniman menangis kerana perjuangan kononnya) tanpa sedar telah membuka jalan ke atas kejatuhan seseorang seniman. Lagi naya! Setelah ditempek matanya dengan bayaran tinggi (akibat masalah ekonomi sekarang kot) telah menjadi seorang yang romantis, gediks, bungas dan ‘bangsars’. Dalam penulisan bukan main lagi kerasnya sehinggakan tidak relevan dengan karya yang dipamerkan. Atas dasar membantu teman yang baru hendak mula berniaga seni katanya, tanpa sedar telah meracuni seorang seniman yang menghampiri peghujung karier dan hayat. Hanya kerana pemilik galeri yang kononnya mempunyai senarai kolektor yang grand, gempaq, kaya gila dan lintah darat, sang kurator hebat ini telah menaikkan harga sebuah karya yang pada asalnya mempunyai harga yang standard di galeri lain. Kes ini menyebabkan kolektor setia si seniman mempertikaikan seniman tersebut yang telah meletak 2 harga berbeza di 2 galeri untuk karya yang sama sedangkan si seniman tidak tahu apa-apa. Akibatnya si kolektor ‘hardcore’ ini telah tidak berminat lagi untuk mengumpul karya seniman tersebut yang dianggapnya pembohong. Kasihan si seniman. Akibat kegilaan sang kurator si seniman menjadi mangsa.

Ini antara beberapa kes yang telah terjadi akibat daripada ‘ kata-kata fatwa’ sang berkuasa. Adakah ini yang kita mahukan dalam bidang ini? Fikirlah sendiri. Semua mempunyai pendapat sendiri dan bebas bersuara dalam negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Terpimpin (yang membawa maksud ikutlah cakap pemimpin).

Kepada teman-teman yang prihatin sama-samalah kita berfikir, renung dan hayati perkara ini, adakah kita mahu dipersoalkan oleh generasi seterusnya jika seni visual kita semakin dilupakan sebagai satu wadah dokumentasi sejarah, komen dan kritikan? Menjual karya itu tidak salah kerana semua orang perlukan duit untuk hidup, tetapi yang penting nilai karya tersebut terletak pada kualiti mesej, kesan dan akibat selain surface yang menarik tetapi mempunyai sesuatu´disebaliknya’ yang boleh mengegarkan penghayat. Ahhhhh LEGA!!!!!

8 comments:

  1. aku rasa apa yang kau cakap ada benarnya...tetapi apa boleh buat kerana ada golongan pelukis menjadikan lukisan untuk sumber pendapatan maka oleh itu ia harus dikomersialkan...namun aku sebagai seorang pelukis juga tidak begitu bersetuju dengan sebilangan pelukis yang melukis mengikut kehendak pembeli kerana bagi aku lukisan itu tidak akan mempunyai makna yang tersirat yang ingin disampaikan...aku juga tidak bersetuju dengan sesetengah kurator dan pemilik galeri yang menaikkan harga sesuka hati tanpa pengetahuan pelukis...mereka nak cekik pelukis ker...memang mereka ada buyer yang gempak tapi tolong la jangan tindas pelukis...apa akan jadi pada artscene kalau harga lukisan terlalu mahal tetapi tidak mempunyai nilai...aku pernah pergi ke sebuah exhibition dan sangat terkejut kerana melihat sebuah karya yang bernilai 16k mampu dijual walhal karya tersebut hanya dibuat contengan dengan charcoal dia atas board dan tidak mempunyai finishing langsung...pelik pelik

    ReplyDelete
  2. What should we do? Takder satu kuasa yang boleh mengawal benda-benda ni kerana Dasar Demokrasi Terpimpin, Kemanakah perginya Art Council yang telah wujud dulu. Kalau nak wujud balik pun janganlah dibawah kuasa 'Orang yang berkuasa'. Biarlah ia menjadi satu badan yang benar-benar bebas. Tengoklah kat negara lain di mana Art Councilnya amat berkesan mengawal segalanya, terutamanya kebajikan pelukis. 'Diorang' tu buta kot. Melawat serata dunia, kedai-kedai souvenir yang 'diorg' nampak.

    ReplyDelete
  3. Siapa sebenarnya yang menjadi player pada penentuan harga sesebuah karya? Adakah pelukis, kurator, kolektor atau pemilik galeri? Adakah status galeri turut mempengaruhi harga sesebuah karya?

    Artscene tempatan nampak riuh tetapi dalam keriuhan itu adakah ia memberi makna mendalam kepada kami sebagai khalayak?

    ReplyDelete
  4. makan untuk hidup. lukis untuk hidup la :)

    ReplyDelete
  5. emm hidup pun untuk makan. lukis pun untuk makan la ;)

    ReplyDelete
  6. memang makan utk, hidup, tapi bukannya hidup untuk makan. Saudara pun tau lukis untuk makan / hidup dan kalau mengaku seorang seniman adakah setakat itu sahaja? Baik buka kedai roti canai & teh tarik saja.

    ReplyDelete
  7. Para ketiga terakhir memang releven dengan pengalaman aku sebagai kurator baru2 ini. Tanpa menyelidik lebih dalam (dan hmm..berlandaskan informasi secondary dari mana lah agaknya) ada pulak manusia yang menuduh harga lukisan seorang pelukis veteran sengaja dinaikkan mendadak melalui sebuah pameran di zon Bangsar kerana sifat-sifat materialistik. Izinkan aku terangkan (jika teks ini sememangnya ada tempias pada aku le), kadang-kadang kenaikan itu perlu untuk mengangkat status pelukis at certain occasion. Bayangkan karya si A berharga RM 5 ribu dipamer bersebelahan karya si B berharga RM15 ribu. Sedangkan kedua-duanya dari generasi, status dan pengalaman yang setara dan dari segi kualiti karya si A yang lebih melepasi standard par excellence (dan karya dibingkai semula dengan frame yang berkualiti.) Kenaikan itu sebenarnya mengangkat lagi dignity pelukis A. Sebagai kolektor hardcore, sudah tentu mereka rasa bangga bila karya pelukis yg dihimpun sudah mula naik nilainya.

    Begitu juga karya Yee I lann yang berjaya terjual pada harga RM117,000 melalui auction di luar negara tempohari begitu drastik perbezaan dgn harga sebenar yang tidak mencecah RM 10 ribu pun. Jadi apakah ini akan menjatuhkan kariernya pada masa akan datang?

    Kes terkini, pameran solo Syed Ahmad Jamal di sebuah galeri dalam zon Ampang lebih kelihatan merbahaya dari segi etika jika mahu disentuh tentang kesan kenaikan harga mendadak ini. Harga lukisan yang pernah dipamer pada tahun lepas naik 2-3 kali ganda. Ada beberapa yang berharga setengah juta ringgit sekeping. Cuba beritahu, adakah ini bakal menjatuhkan pelukis itu nanti? Adakah para kolektor akan rasa tertipu la pulak?
    Apa kesannya kepada pelukis, kurator dan galeri?

    Aku masih confuse..

    ReplyDelete
  8. Karya di auction???? Auction dengan galeri komersial berbeza idolaku. Harus diingat bukan senang nak masuk auction kerena ia memerlukan back-up yang teramat kuat iaitu dari segi kritikan. penulisan, perbincangan terhadap karya tersebut. Jadi kenaikan di auction membabitkan tawaran harga base on perkara tersebut. Ini kalau di galeri komerSIAL ia tidaknya melalui proses debat tersebut, tetapi keuntungan semata. Berkenaan SAJ aku taknak komen sebab aku tak menghayati pameran tersebut, tapi bagi aku secara lojiknyalah, SAJ tu bukankah Seniman Negara. Ko pikirlah sendiri. Entah apo nak jadi.... pendapat akujerlah kan, ko pun totap kurator idolaku...

    ReplyDelete