Jawapan untuk soalan ini amat biasa dan diketahui semua orang iaitu pelajar sekolah, sebaik-baiknya dari seawal-awal peringkat pembelajaran mereka. Kita biasa mendengar Pertandingan Melukis atau Mewarna untuk Kanak-kanak, Tidak ada pula Pertandingan Melukis Untuk Orang Dewasa atau Orang Tua tetapi aktivitinya tetap ada seperti Anugerah Bakat Muda Sezaman, Anugerah Philip Morris, Anugerah Seni Nokia, Anugerah Seni MRCB (relevan ker?) Bakat Muda Pahang, Citra Terengganu dan sebagainya. Tapi ia lebih menjurus kepada mereka yang mendapat pendidikan seni secara formal. MAksud saya dengan Pertandingan Melukis Orang-orang Tua ialah melibatkan emak bapak kita, Ketua Kampung, Tok Penghulu, Tok Siak, Tuan Khatib, Tuan Bilal, Konselor, Presiden Daerah, Pegawai Daerah, Tuai Rumah, Kapitan, Temenggung, Doktor Hospital dan Klinik Desa, Exco-Exco, Menteri Muda, Ketua Menteri, Menteri Besar, Gabenor, Menteri Kabinet, TPM malah untuk PM. Pernahkah terfikir di kalangan kita sebagai pekerja seni untuk berani mengorak langkah mengadakan aktiviti yang melibatkan golongan ini sebagai salah satu program merakyatkan seni??????
Tujuan saya menimbulkan persoalan ini ialah, sejak sekian lama kita menggunakan pendekatan merapati golongan pelajar sekolah nyata sekali tidak ada kesannya terhadap perkembangan seni tanahair. Kenapa berlaku demikian? Jawabannya amat mudah,: SISTEM. Ya, sistem yang diamalkan di negara kita meletakkan seni visual itu sendiri pada tahap yang paling rendah malah tidak salah mengatakan tiada dalam agenda penting. Pernahkah terfikir secara serius di benak Menteri Pelajaran atau Menteri pendidikan Seni untuk memikirkan bagaimanakah tahap pendidikan seni di sekolah atau universiti itu boleh dinaikkan sama penting atau dengan kata lain sebagai matapelajaran teras? Adakah PM atau TPM pernah terlintas di minda cerdik politik mereka untuk memikirkan secara serius sumbangan bidang ini dalam membantu ekonomi negara dan bagaimanakah ia boleh ditimbang setara dengan bidang lain dalam menentukan bajet negara? Saya berani mengatakan nil, zero, kosong, tadak, bo liau, , sik ada, ndak ada, nahi, nahii naahiiiiiiiiii …….
Jadi di sini saya sarankan agar ajensi-ajensi atau kumpulan atau sesiapa saja penganjur aktiviti seni yang berniat untuk merakyatkan seni menganjurkan aktiviti untuk menyedarkan pihak-pihak penggubal sistem ini jika ingin melihat perkembangan seni tampak itu setara dengan bidang lain dan setaraf dengan kedudukannya di negara lain di dunia. Best apa kalau ada aktiviti seperti Bengkel Mewarna Merdeka Menteri Kabinet bersama Perdana Menteri, Bengkel Batik Menteri dan Isteri atau isteri-isteri, Dialog seni bersama Tok Imam dan Pegawai daerah. Huh! gempak beb. Saya pasti jika aktiviti yang kedengarannya gila seperti ini dilakukan kehadiran peserta akan lebih baik dan hebat, manakan tidak! Ingat senang ker nak tengok Perdana Menteri, Menteri dan Isteri, Tok Imam dan Bilal serta Pegawai Daerah dan semua pemimpin sanggup duduk di kaki lima, berpanas pulak tu untuk menghasilkan karya seni mereka dengan melupakan sebentar dunia topeng, angan-angan, riak, hipokrit, opoturnis dan tikam-menikam mereka. Saya berharap sesiapa yang dilibatkan dalam penulisan ini berfikir secara tenang dan positif jika ingin melihat atau membantu perkembangan seni visual tanah air maju. Risau jugak kerana menjadi blogger ni sebelah kaki dah masuk ISA kerana ‘orang’ selalunya tidak akan mahu atau
yep, merakyatkan seni sampai semua nak disenikan dari senam seni ke silat seni..lalala mungkin itu yang maksudnya seni kekinian aka kontemporary art or konetemporary art (seni konethang), wowo kena tapis gak komen ni, nanti isa plak..banyak bloger jahat skrang..hehe
ReplyDeleteRasanya memang dalam seni kontemporer gaklah kot tapi yang kategori menhancorkan seni tu sendiri... emmmhhh setarah rendahnya ngan orang2 yang cuba mengindustrikan seni tu dengan hanaya melihat segi jual beli karya tersebut tanpa pikirkan apakah yang patut dijual belikan, fizikalnya semata atau value atau nilai seni tu??????? Ni tak, masih terngian-ngian kat telinga aku ucapan seseorg ' kita di kem ini amat menggalakkan para pelukis menghasilkan banyak lukisan dan kami akanmemasarkan lukisan-lukisan itu ke luar negara'. Berasap telinga aku beb. Dia ingat lukisan tu macam bakul atau songket kat kraftangan tu ker! Adoiiiii lepas, Tsunami, datang gempa bumi, pastu gunung berapi, pastu wabak chiku.... apa ntah, pas tu kurap. pastu kayap, pastu kudis buta... pasni apa plak penyakitnya. Sampai bilakah Malaysia ni akan kekal dengan sistem memilih pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi tadak ilmu dalam bidang yang dipimpin???? Tanyalah kat dinding... rasanya dinding batu dan kayu lebih pandai dan tahu jawapannya.
ReplyDelete