Tuesday, November 11, 2008

Pulau Pinang : Tak ku Sangka Rupanya berubah

Weekend lepas aku dijemput sebagai salah seorang Juri Pertandingan Senilukis sempena Pesta Pulau Pinang 2008 yang akan berlangsung tak lama lagi. Aku dah 4 tahun tak pegi Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Last sekali aku ke sana dalam tahun 2004 untuk Pameran Saksi. Masa tu Pengarahnya masih orang tua tu dan Noni (Pengarah sekarang) masih Penolong Kurator. Staf pun tak ramai, pameran pun boring.

Jadi bila aku diarahkan oleh boss aku untuk mewakili Balai sebagai Juri aku pun setuju tapi aku tak aspek apa-apa yang menarik tentang karya pelukis Pulau Pinang. Lagipun dah lama sangat aku tak ke sana. Aku drived alone dari KL petang Sabtu dan dari jambatan lagi aku dah nampak banyaknya bangunan baru kat pulau tu. Aku memang dah agak akan sesat punya, coz tiap kali aku ke penang aku akan sesat. Tapi aku tak pernah risau sebab selagi aku berada dalam pulau tu aku takkan sampai ke Siam. Petang tu ada perasmian Pameran Retrospektif Lee Joo For kat BSLPP. Aku cuba untuk sampai awal tapi tak berjaya. Malam, aku ronda (survey jalan) agar esoknya tak tersesat nak ke seisi penjurian. Tempat-tempat makan yang aku pernah lepak dulu semua dah takde. Jadi aku singgahlah makan kat kedai tom yam kat Bayan Lepas. Ok gaklah.

Hari Ahadnya pagi-pagi aku dah bangun tapi masih takder harap apa-apa yang istimewa masa penjurian nanti. Once sampai seperti biasa, sesat lagi mana aku nak parking. hehehehehe tak abis-abis nyusahkan Noni (dia jer yang aku kenal kat BSLPP). Staf lain semua orang baru, aku ni dah masuk senja. Elok jer lepas aku masuk ikut pintu belakang aku dihidangkan dengan ratusan karya pelukis Pulau Pinang yang sedikit sebanyak mengejutkan aku. Lepak kejap juri lain pun sampai, Tu dia ko, Otai Fauzan Omar (Tok Guru aku), Mat Yee (Matahati), Azhar Manan(Otai sculpture) dan Encik Tan Lye Hoe (Artis veteran P. Pinang yang buat aku terkejut tentang pemikiran beliau yang sangat brutal dalam art dan berbeza dengan orang yang seusia dengan beliau) Baru aku rasa fresh giler dengan line-up Juri yang dipilih. Apa lagi kitorg pun meneruskan acara yang paling aku suka, iaitu merejek (reject) karya-karya yang lapuk dan tak sesuai dengan tema pertandingan dan jiwa kami. Kami mencari karya-karya yang fresh dan berbau 'harum' dan mempunyai rasa yang baru dan material baru serta lebih dekat kepada penghayat dan akan meninggalkan kesan kepada penghayat selepas balik dari pameran tersebut. Penganjur meminta kami memilih 80 buah karya yang mana boleh dimuatkan didinding galeri BSLPP tetapi kami hanya dapat 40 hahahahahaha, rongaklah dinding ko Noni oiiii. Aku gitau Noni kalau aku dah rejek aku takkan masukkan balik, tapi dia bilang AF (Akademi Fantasia) boleh dan aku bilang dalam art takder MAWI. Fauzan pun taknak bertanggungjawab dengan penambahan selepas rejek hehehehehe. Penin sekejap si Noni. Atas rasa tanggungjawab kepada penganjur beberapa karya dimasukkan semula untuk pameran dan ia merupakan kerja yang paling susah sekali.

Selepas semua selesai 3 karya untuk tiga tempat teratas rupanya memang dah terpahat dalam kepala semua Juri dan ini amat meudahkan kerja, 5 hadiah saguhati pun memang dah confirm, rupanya kami ada chemistry. Senang gila kerja. Ketiga-tiga karya yang menang merupakan instalsi dan aku cakap kat Mat Yee dan Azhar, kenapa karya-karya seperti ni tak masuk Bakat Muda Sezaman????? Jahat, tajam, ngilu, tembak dan direct. Disember 2008 aku difahamkan pameran tersebut akan dirasmikan dan aku harap pelukis-pelukis Lembah Kelang ni tengoklah karya-karya yang kami rasa akan menjadi gelanggang baru dan bernafas baru dalam art scene Malaysia dan tidak tepu seperti di KL yang banyak topengnya daripada 'kesucian' seni itu sendiri.

Aku balik dengan perasaan happy kerana aku telah mendapat steroid baru dalam bidang seni yang aku hybernate selama lebih setahun. Kepada pelukis-pelukis muda Pulau Pinang teruskanlah kenaifan kamu dalam berkarya kerana ia lebih jujur dan mulia. Kepada penduplikator seni daripada ikon-ikon hebat negara, maaflah kamu takder dalam list aku dan aku tetap akan merejek karya-karya yang meniru atau cuba untuk menjadi ikon-ikon ini. Korang boleh cari kerja lainlah. Kepada Noni, TAHNIAH lah kerana telah berjaya merobah BSLPP menjadi sebuah organisasi yang bernafas baru dan maju seperti sekarang, kalau dulu tu aku nak masuk pun tak sampai hati.

Tak sabar rasanya memiliki karya tempat ketiga yang amat berani dan Insyaallah akan menjadi milik aku dalam beberapa bulan lagi. Amaran untuk Noni, kalau ko tak kasi jual itu karya kat aku, aku akan bakaq galeri hang. Bukan kaya tapi karya tu murah dan cool gila beb, Aku memang dah plan nak ikat perut aku dan keluarga untuk dapatkan karya tu. Seperkara lagi aku dah jumpa pelukis pelukis yang menghasilkan karya seperti cita-cita aku dalam artikel sebelum ni iaitu street art. Noni ko simpan ek detail diorang, manalah tau impian aku akan jadi kenyataan. Tungguuuuuu!!!!!

6 comments:

  1. alaaa.... x de gambor ke boss.

    Kegelisahan utk melihat karya/ idea2 baru dari Penang ni cukup menangihkan jiwa aku untuk menontonnya.

    ReplyDelete
  2. tu yang baguihnya. Jadi korang kenalah melancong ke Penang sempena Pesta Pulau Pinang bulan 12 ni. hehehehe, Bantulah memajukan ekonomi dan industri pelancongan Pulau Pinang hahahahahampeh

    ReplyDelete
  3. laa aritu org noni call gak mintak jadi pengadil. kata late november so wa rejek le sbb takde..kalau tak boleh gak menghuruharakan proses pemilihan :)

    ReplyDelete
  4. sy pun kadang slalu jugak buat street art...smbil bawak pen aku leretkan di wall balai...kira macam " bak was here" la...boleh ka itu macam? haha

    ReplyDelete
  5. Thts a great idea, aku pun teringin gak nak buat benda tu kat moto ko, boleh ker? Ker boleh?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete