Lagi 1 jam kami akan bergerak ke Airport Ankara untuk naik flight ke Istanbul di mana kami akan bermalam kerana flight kami seterusnya ialah esok jam 2350 ke Changi Singapura. Kami akan menginap di Mystic Hotel Istanbul kat area Old City and cost us about Euro 125 + Euro, teksi 40 korang kalilah 6, taulah mahal dia. Tu hotel paling murah yang aku dapat book kat internet coz penganjur dah tak ambik tau dah hal peserta coz the meeting dah abis.
Hari ni tak tau nak buat apa, coz majoriti peserta dah balik dan kami hanya lepak kat lobi & nyembang. Perjalanan balik ini kitorang dah agak akan menyiksakan coz campo semua sekali thats mean 3 hari. Mak ko penat tak ingat. Masa datang ari tu pun gila H1N1 dia nyer letih. Harap-harap tak kena kuarantin bila sampai KL. Jumpa semua di KL.
Thursday, May 21, 2009
Turki Lagi
Semalam aku tak larat nak post report Turki aku coz too tired & terbungkang kat bilik. Semalam last program iaitu konsert penutup but aku ngan sei hon balik bilik petangnya dan sei hon plan nak pergi balik ke tapak but tertinggal bas. hahahahahaha. Tiga artis tu stay kat tapak & entertain peminat depa. Depa gila babi nyer famous kat sini. Thats becoz depa pandai mengembek bila masuk kandang kambing, dan lari bila masuk kandang rimau. Semalam juga depa buat final touch work diorang yang amat dikagumi dan mendapat sambutan yang amat baik daripad pelawat dan dengar khabarnya penganjur akan cuba menggunakan karya tersebut untuk diprint di atas badan bas disini dan karya tersebut juga kami hadiahkan kepada Pusat Kebudayaan Antartuk (Pusat Seni Visual) sebagai kenangan. Grup kitorang mendapat ramai kawan yang baik dan jujur daripada peserta, urusetia mahupun orang biasa.Antara mereka yang tipa hari lepak ngan kitorang ialah Sargeant (mamat Kurdish yang player), Arzur yang cute sebab dia hyper active & jujur, dua beradik yang bijak Chidam dan Didam yang merupakan urusetia dan memberi banyak info pasal Turki dan merupakan pelajar dalam bidang ElectronBio Engeneering dan Biology. Yang menarik ke atas Didam yang menjadi daya tarikan kepada artis kita (terutama KIOUE) ialah dia memiliki mata kucing, light gray dengan anak mata warna hitam dan kornea jernih bergaris kekuningan. Even orang Turki sendiri tertarik dengan mata pelik dia. But they are really a good friends. Ada juga beberapa lagi teman yang aku susah nak ingat nama coz memang aku susah nak ingat nama orang, lagipun nama Turki ni mak aihhhh payah nak sebut kalau kita pengamal sambal belacan. Anyway hari ni ramai peserta dah balik dan tinggal kami dan beberapa negara lagi yang melangut kat hotel ni. Tapi petang tadi tiga artis tu sempat main bola ngan peserta-peserta Mongolia. Walaupun kat Malaysia isu Malaysia-Mongolia panas tapi kami kat sini amat akrab. Mungkin sebab artis kurang ambik peduli hal-hal bodoh camni. Peserta dari Mongolia merupakan pensyarah muda dalam bidang Muzik yang hari2 lepak ngan sei hon walaupun amat susah bagi dia berbahasa Inggeris tapi dia namapak begitu bersemangat untuk berkawan dengan grup kita. Semalam juga kami (Malaysia, Pakistan dan Lituania) dibawa melawat sebuah kawasan Istana lama yang terletak nun jauh diatas bukit yang masih didiami oleh penduduk asal. Cool gila tempat dia. Kami dapat melihat seluruh Ankara dari puncak tembok-tembok lama (1927) tersebut. Bendera Malaysia pun berkibar kat atas tu yang membuat tapak aku ngilu coz angin yang kuat dan datang ikut suka dia dan dari arah yang suka ati dia gak. Risau gak terbang.
Tadi, Lepas depa main bola kitorang ambik teksi ke bandar Ankara dengan bayaran 60 Turki Lira iaitu kira-kira RM240. Ambik ko, teksi kecik masuk 5 orang, pastu driver tak pandai bahasa inggeris, pas tu perangai sebarang jer, minta rokok, pastu suka ati berenti tengah jalan, tahan bas, ambik charger hp, pastu jalan lagi, berenti tengah highway cabut wiper yang rosak, jalan lagi, pastu aku tak tau apa2 coz aku tertidur stim bau gas NGV lepas driver tu isi gas kat petrol station. Betul-betul lawak perangai orang Turki, Sebarang jer hidup depa. Suka ati jer nak langgar undang-undang, tapi tetap cool. Aku pun dah booking hotel & transport untuk Istambul esok yang mahal nak mampus dan aku harap semuanya berjalan lancar hingga sampai rumah jumpa isteri dan anak-anak. Yang aku rindu sangat ialah motor aku dan Gudang Garam Surya. Tak sabar rasanya nak balik. Layan pics lagi.
Tadi, Lepas depa main bola kitorang ambik teksi ke bandar Ankara dengan bayaran 60 Turki Lira iaitu kira-kira RM240. Ambik ko, teksi kecik masuk 5 orang, pastu driver tak pandai bahasa inggeris, pas tu perangai sebarang jer, minta rokok, pastu suka ati berenti tengah jalan, tahan bas, ambik charger hp, pastu jalan lagi, berenti tengah highway cabut wiper yang rosak, jalan lagi, pastu aku tak tau apa2 coz aku tertidur stim bau gas NGV lepas driver tu isi gas kat petrol station. Betul-betul lawak perangai orang Turki, Sebarang jer hidup depa. Suka ati jer nak langgar undang-undang, tapi tetap cool. Aku pun dah booking hotel & transport untuk Istambul esok yang mahal nak mampus dan aku harap semuanya berjalan lancar hingga sampai rumah jumpa isteri dan anak-anak. Yang aku rindu sangat ialah motor aku dan Gudang Garam Surya. Tak sabar rasanya nak balik. Layan pics lagi.
Monday, May 18, 2009
Satu lagu Thalanjang
Hari ni seperti biasa meneruskan satu lagi peace graf art tapi hari ni freestyle dan belum siap coz spray tak cukup. Esok baru nak gi beli & berita baik daripada Vice President program ni yang mengatakan depa interested untuk Malaysian Graf artists untuk buat satu peace graf untuk Direktorat General Belia dan Sukan mereka dan mereka akan sponsor penuh material. Siapa kata graf artists Malysia tak boleh banggakan negara? Orang kita sendiri jer yang buta seni. Eh bukan buta, tapi buat-buat tak nampak kerana dibutakan sendiri sebab taknak ambik tau pasal seni. Kesian Pak Kaduk! Anyway hari ni juga Kioue paling penat sebab ramai peserta malah urusetia minta dia ajarkan step tarian dari hip-hop hinggalah ke zapin. Sapa kata budak hip hop tak tau tarian tradisional? Kesian Mak Andeh. Satu lagi perkara manis yang berlaku hari ni ialah rupa-rupanya kat bangunan ni (Chamal Antartuk Cultural Center) ni ada studio artis. Daripada drawing, painting, sculpture dan seramik. Kebetulan They & Sei Hon nak cari toilet terus ternampak. Juma cikgu art dan dibawa melawat kesemua studio. Tapi sebelum tu aku & They diajak main ping pong dan regu aku menang walaupun diorang hantar ayam sabung diorang (cikgu arca) yang main pulas cam aku. Tak terjawab dia skill pulasan loadingan aku ahahahahaha walaupun bat ping pong dia macam ci.....tut. Tapi kalau dah hebat aku tetap hebat hahahahahaha. Pastu dalam bas balik plak kitorang dah belasah lagu Rasa Sayang (ku) dan satu bas enjoy sebab sebelum ni kitorang dok layan penyanyi daripada Kazakhstan yang memang gila nyanyi. Gila nyer sedap suara depa dan sebab tu kitorang selalu request dia untuk nyanyi. Anyway sekarang dah mula panas gila macam Malaysia dan ada beberapa peserta sakit dan ada yang pengsan tapi anak-anak matahari khatulistiwa tetap cool sebab memang lahir dengan matahari tercacak kat kepala. Bravo Malaysia. apa-apa pun enjoy the pics..... Ketemu lagi....
Sunday, May 17, 2009
Thalanjang di Ankara, Turki
Hari ni hari keempat kitorang kat sini. Hari yang ditunggu-tunggu oleh kami dan juga ramai kenalan baru. Mereka dok tertanya-tanya, Malaysia nak buat apa. Gerai tak bukak bukak pun. Tapi hari-hari nampak kat area acara. Hah tu lah taktik menggeramkan orang namanya. Sesampai jer kat area tu, kami diskus lokasi mana nak berperang coz tempat yang diberi penganjur dah kena conquer oleh permainan rakyat Turki. Last-last kitorang redah jer kawasan dekat dengan laluan utama masuk sebelah kauter informasi. Lepas prepare apa yang patut They ada idea plak untuk bendera Malaysia. At last terbina satu karya instalsi selain berfungsi sebagai tiang bendera. Cayalah bro. Pastu apa lagi Bibi Cun pun mula mengebom imej wayang kulit Purwo. Pastu Kioue plak, They plak tengah tunggu hantu jawa dari Johor datang merasuk badan dia. Ada ker patut hantu tu ambik flight transit banyak sangat. Nak murah katanya. Sepanjang hari diorang berperang dengan gangguan dari peminat-peminat nak bergambar, kanak-kanak jahat nak mampus dan juga orang-orang yang terpegun dengan benda Allah tu. Perang punya perang, sampai lalai, buku sketch Bibi Cun yang mengandungi master-master graf dia selama 8 tahun telah dicuri. tension gila mamat tu. Aku ngantuk dah ni, Layan gambarlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)