Thursday, May 21, 2009

Turki Lagi

Semalam aku tak larat nak post report Turki aku coz too tired & terbungkang kat bilik. Semalam last program iaitu konsert penutup but aku ngan sei hon balik bilik petangnya dan sei hon plan nak pergi balik ke tapak but tertinggal bas. hahahahahaha. Tiga artis tu stay kat tapak & entertain peminat depa. Depa gila babi nyer famous kat sini. Thats becoz depa pandai mengembek bila masuk kandang kambing, dan lari bila masuk kandang rimau. Semalam juga depa buat final touch work diorang yang amat dikagumi dan mendapat sambutan yang amat baik daripad pelawat dan dengar khabarnya penganjur akan cuba menggunakan karya tersebut untuk diprint di atas badan bas disini dan karya tersebut juga kami hadiahkan kepada Pusat Kebudayaan Antartuk (Pusat Seni Visual) sebagai kenangan. Grup kitorang mendapat ramai kawan yang baik dan jujur daripada peserta, urusetia mahupun orang biasa.Antara mereka yang tipa hari lepak ngan kitorang ialah Sargeant (mamat Kurdish yang player), Arzur yang cute sebab dia hyper active & jujur, dua beradik yang bijak Chidam dan Didam yang merupakan urusetia dan memberi banyak info pasal Turki dan merupakan pelajar dalam bidang ElectronBio Engeneering dan Biology. Yang menarik ke atas Didam yang menjadi daya tarikan kepada artis kita (terutama KIOUE) ialah dia memiliki mata kucing, light gray dengan anak mata warna hitam dan kornea jernih bergaris kekuningan. Even orang Turki sendiri tertarik dengan mata pelik dia. But they are really a good friends. Ada juga beberapa lagi teman yang aku susah nak ingat nama coz memang aku susah nak ingat nama orang, lagipun nama Turki ni mak aihhhh payah nak sebut kalau kita pengamal sambal belacan. Anyway hari ni ramai peserta dah balik dan tinggal kami dan beberapa negara lagi yang melangut kat hotel ni. Tapi petang tadi tiga artis tu sempat main bola ngan peserta-peserta Mongolia. Walaupun kat Malaysia isu Malaysia-Mongolia panas tapi kami kat sini amat akrab. Mungkin sebab artis kurang ambik peduli hal-hal bodoh camni. Peserta dari Mongolia merupakan pensyarah muda dalam bidang Muzik yang hari2 lepak ngan sei hon walaupun amat susah bagi dia berbahasa Inggeris tapi dia namapak begitu bersemangat untuk berkawan dengan grup kita. Semalam juga kami (Malaysia, Pakistan dan Lituania) dibawa melawat sebuah kawasan Istana lama yang terletak nun jauh diatas bukit yang masih didiami oleh penduduk asal. Cool gila tempat dia. Kami dapat melihat seluruh Ankara dari puncak tembok-tembok lama (1927) tersebut. Bendera Malaysia pun berkibar kat atas tu yang membuat tapak aku ngilu coz angin yang kuat dan datang ikut suka dia dan dari arah yang suka ati dia gak. Risau gak terbang.

Tadi, Lepas depa main bola kitorang ambik teksi ke bandar Ankara dengan bayaran 60 Turki Lira iaitu kira-kira RM240. Ambik ko, teksi kecik masuk 5 orang, pastu driver tak pandai bahasa inggeris, pas tu perangai sebarang jer, minta rokok, pastu suka ati berenti tengah jalan, tahan bas, ambik charger hp, pastu jalan lagi, berenti tengah highway cabut wiper yang rosak, jalan lagi, pastu aku tak tau apa2 coz aku tertidur stim bau gas NGV lepas driver tu isi gas kat petrol station. Betul-betul lawak perangai orang Turki, Sebarang jer hidup depa. Suka ati jer nak langgar undang-undang, tapi tetap cool. Aku pun dah booking hotel & transport untuk Istambul esok yang mahal nak mampus dan aku harap semuanya berjalan lancar hingga sampai rumah jumpa isteri dan anak-anak. Yang aku rindu sangat ialah motor aku dan Gudang Garam Surya. Tak sabar rasanya nak balik. Layan pics lagi.





















3 comments:

  1. aiyak gambar mgd dgn aweq xda upload ka? hehe

    ReplyDelete
  2. aiyak!!!!!! Lu betullah sial, wa sampai lupa nak bergambar ngan awek sebab sibuk jadi cameraman. Lu betullah gambanglah ingatkan gua. TQ sial!

    ReplyDelete
  3. best...best. hu hu hu. kat sini je x best

    ReplyDelete