Wednesday, May 13, 2009

Kisah selanjutnya di Turki

Ahhhhhhh akhirnya sampai gak kat sini selepas menempuhi perjalanan yang memenatkan. Dari KL 12 haribulan jam 23.59 sampai kat Dubail pukul 3.30 pagi waktu Dubai atau empat tolak empat jam waktu Malaysia. 6 jam flight beb. Transit kejap pastu ambik flight ke Istanbul, lagi empat jam, sampai kat Istanbul jam 9.30 waktu Turki dan check in domestik flight Turkish Air ke Ankara yang memakan masa 1 jam lagi. Takder benda lain nak buat selain makan, tidur, buang air, tidur balik, makan balik .......... Sampai kat Ankara melilau cari Money Changer, ada satu jer Bank, aku tukar semua Euro dan US$ aku ke Lyra Turki, artis, bob, bb & they takleh nak tukar coz duit Malaysia tak laku kat sini. Kesian depa! Pas tu kuar, tunggu guide, pening gak kepala coz tak faham bahasa diorang. Spelling, mak ko, total berbeza ngan sebutan mahupun tak iras langsung ngan bahasa inggeris. Terpaksalah contact zanita pas tu contact vice president program ni, Mr Ghengiz. At last jumpa gak & terus dibawa ke Buyuk Anadolu Hotel dekat ngan airport, jauh sangat ngan bandar. Macam kat Kuala Selangor ngan KL lah. Pas daftar, tangkap gambar utk pass, masuk bilik, mandi, buang air apa lagi makan lagilah.

Malam ni ada meeting ketua delegasi, aku pun rasa was-was gak coz negara lain punyalah ramai. Depa hantar traditional performers tapi kita urban art, hahahahahahaha, Keep on Bombing! Pas makan semua blur tak tau nak buat apa, kitorg keluar dari area hotel ni survey persekitaran yang berbukit bukau tetapi tadak pokok kecuali rumput. Diorang ni tau jerlah bebudak hyper active, macam-macam hal depa buat daripada possing kat traktor, masuk pondok tinggal tengah ladang orang, jogging, breakdancing tengah jalan dan dalam kolam kering, pastu bergambar kat cermin keselamatan jalan & macam-macam lagi. Pastu balik hotel tak tau nak buat apa, pekena Teh Turki pas tu lepak bilik tulis blog ni hehehehehhe. Bersambung......






2 comments: