Wednesday, October 28, 2009

Kes biasa... bila nasib artis akan terbela?- DELETED-

DELETED - DELETED - DELETED - DELETED - DELETED - DELETED - DELETED - DELETED -



Penulisan asal terpaksa dikeluarkan untuk penambahbaikan agar ia lebih menyeluruh dan nampak keperluannya untuk art scene kita kerana yang asal hanya melibatkan satu kes dan terdapat banyak lagi kes yang berlaku di luar sana dan ada yang telah kronik. Insyaallah saya akan cuba menyampaikannya kepada khalayak sebaik mungkin untuk dikongsi bersama.


Akan Datang:- Siri KES BIASA :pandangan peribadi aku tentang :-


a. Bila Nasib Artis Akan Terbela? (kesilapan orang sekeliling dan kelemahan artis)
b. Bila Nasib Galeri Akan Terbela? (Kesilapan artis dan kolektor)
c. Bila Nasib Kolektor Akan Terbela? (Kesilapan artis dan galeri)


Kes yang aku tonjolkan adalah kejadian biasa yang berlaku dalam art scene kita. Ia tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi semata-mata dengan harapan Akta Pembangunan Seni diwujudkan segera dan semua orang yang terlibat mendapat manfaatnya.

Tuesday, October 13, 2009

Syed Ahmad Jamal: Pelukis

Fuyoooo... lama gak aku tak memblog. Lepas raya sibuk gila dengan Pameran Syed Ahmad Jamal:Pelukis. Aku nak share pengalaman kitorang dalam menyediakan pameran tersebut, terutama pengalaman peribadi aku. Pameran ni ambik masa setahun untuk disediakan bermula dengan perjumpaan awal untuk memilih penulis, perancangan konsep, dezain dan tujuan. Banyak sangat pengalaman kami dapat dari Datuk. Apa yang aku respek Datuk ialah, dia nampak jer sombong tapi sebenarnya seorang yang mudah didekati dan peramah gila tak kira veteran, junior atau bebudak hingusan. Dia boleh sembang apa saja termasuk pasal art(dah tentulah), muzik rock, cara handle orang, berpendirian dan banyak lagi pengalaman hidup sebagai pelukis, orang yang handle senilukis maupun sebagai manusia biasa. Amat pelik camner dia boleh buat semua benda dalam satu masa sebagai artis, pentadbir, guru, penulis, pengkritik, pereka, pengarca, kawan, suami, ayah dan macam2 lagi. Bial ditanya dia kata dia ada suis On dan Off. Nak faham tanya aku kemudian secara peribadi. (rahsia kejayaan beb)

Perkara yang amat mengejutkan aku dan team ialah keupayaan beliau mengingati semua kolektor karya beliau bersama, tajuk, tahun dan ukuran. Bukan 1, bukan puluh tetapi beratus, aku nak ingat no telefon sendiri pun menggagau. Seperkara lagi contoh baik yang dapat diambil daripada Datuk ialah sifat mengumpul karya, dokumen tentang karya dan penulisan beliau. Ada pelukis muda yang masih simpan semua benda ni???? Harap2 adalah. Beliau masih mengingati semua cerita, situasi dan kenapa semua tu dia buat. Amazing gila.

Masa proses menaikkan pameran Datuk seorang yang benar2 sporting dan senang menerima pendapar orang lain dan tak berat mulut berterima kasih dan memuji hasil kerja orang lain selain suka bergurau yang sedikit sebanayak menghilangkan rasa penat bekerja walauapun dah berjaga banyak malam. Terima kasih Datuk. Masa aku tanya camner nak gantung dan susun karya songket beliau, Datuk tanya akau macamana yang sesuai dan aku suka. Masalahnya aku suka semua karya beliau. At last aku gantung semua sekali. Puas hati aku waluapun penat dan very last minute.

Seperkara lagi. bagi aku Datuk sebenarnya seorang yang betul2 contemp dan sentiasa contemp seperti yang ditulis oleh Hasnul J. pada penghujung esei beliau. Another word beliau masih membara dan panas.

Banyak sangat pengalaman yang aku dapat dalam diberi kesempatan untuk terlibat dalam pameran ni. Satu kepuasan mutlak selama 12 tahun aku bekerja kat sini dan entah bila lagi akan dapat pengalaman best camni. Moga Allah panjangkan usia dan memberi kesihatan kepada beliau agar dapat terus menyumbang kepada bidang seni negara. Terima KAsih Datuk Syed Ahmad Jamal, seorang pelukis, guru, kawan dan manusia (INSAN)