Fuyoooo... lama gak aku tak memblog. Lepas raya sibuk gila dengan Pameran Syed Ahmad Jamal:Pelukis. Aku nak share pengalaman kitorang dalam menyediakan pameran tersebut, terutama pengalaman peribadi aku. Pameran ni ambik masa setahun untuk disediakan bermula dengan perjumpaan awal untuk memilih penulis, perancangan konsep, dezain dan tujuan. Banyak sangat pengalaman kami dapat dari Datuk. Apa yang aku respek Datuk ialah, dia nampak jer sombong tapi sebenarnya seorang yang mudah didekati dan peramah gila tak kira veteran, junior atau bebudak hingusan. Dia boleh sembang apa saja termasuk pasal art(dah tentulah), muzik rock, cara handle orang, berpendirian dan banyak lagi pengalaman hidup sebagai pelukis, orang yang handle senilukis maupun sebagai manusia biasa. Amat pelik camner dia boleh buat semua benda dalam satu masa sebagai artis, pentadbir, guru, penulis, pengkritik, pereka, pengarca, kawan, suami, ayah dan macam2 lagi. Bial ditanya dia kata dia ada suis On dan Off. Nak faham tanya aku kemudian secara peribadi. (rahsia kejayaan beb)
Perkara yang amat mengejutkan aku dan team ialah keupayaan beliau mengingati semua kolektor karya beliau bersama, tajuk, tahun dan ukuran. Bukan 1, bukan puluh tetapi beratus, aku nak ingat no telefon sendiri pun menggagau. Seperkara lagi contoh baik yang dapat diambil daripada Datuk ialah sifat mengumpul karya, dokumen tentang karya dan penulisan beliau. Ada pelukis muda yang masih simpan semua benda ni???? Harap2 adalah. Beliau masih mengingati semua cerita, situasi dan kenapa semua tu dia buat. Amazing gila.
Masa proses menaikkan pameran Datuk seorang yang benar2 sporting dan senang menerima pendapar orang lain dan tak berat mulut berterima kasih dan memuji hasil kerja orang lain selain suka bergurau yang sedikit sebanayak menghilangkan rasa penat bekerja walauapun dah berjaga banyak malam. Terima kasih Datuk. Masa aku tanya camner nak gantung dan susun karya songket beliau, Datuk tanya akau macamana yang sesuai dan aku suka. Masalahnya aku suka semua karya beliau. At last aku gantung semua sekali. Puas hati aku waluapun penat dan very last minute.
Seperkara lagi. bagi aku Datuk sebenarnya seorang yang betul2 contemp dan sentiasa contemp seperti yang ditulis oleh Hasnul J. pada penghujung esei beliau. Another word beliau masih membara dan panas.
Banyak sangat pengalaman yang aku dapat dalam diberi kesempatan untuk terlibat dalam pameran ni. Satu kepuasan mutlak selama 12 tahun aku bekerja kat sini dan entah bila lagi akan dapat pengalaman best camni. Moga Allah panjangkan usia dan memberi kesihatan kepada beliau agar dapat terus menyumbang kepada bidang seni negara. Terima KAsih Datuk Syed Ahmad Jamal, seorang pelukis, guru, kawan dan manusia (INSAN)
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada gak work dia yang ada masalah (minor problem with paint layer) ingatkan berkesempatan untuk follow dia masa nak buat proses inpainting. tapi tak dapat sebab beliau busy sangat masa hari last preparation tu. alih-alih kitaorang yang buat. :)
ReplyDeletekorang kan dah hebat, korang buatlah
ReplyDeletecongrats on d outcome of 'PELUKIS'.. altho' sayang, hall itu agak kurang selesa untuk sketches2 hebat Datuk, yg giler byk tu untuk bernafas... don't u think? tu semua sketches yg dari 'TRUNK' datuk kan?
ReplyDeleten Datuk SAJ is d most funny & warm kind-hearted insan, n yes, jgn main2 sama memory dia ttg collection, helaian list of collectors dia yg hampir lunyai tu, semua dia hafal!!!!! sayangnye satu, dia sering disalah erti, dia mmg tak sombong lebih2 lagi twrds young artists, cume dia pun segan ar nk bersama lingkungan mude ni.... tp rasanya, kekadang artist muda yg berprasangka... sedih tak ramai artis muda hadir pada opening, even yg middle age artist yg famous amous pun takde turun bagi support to him. hurm, wut to do, UNRESOLVED mistery!
anyhow, salute Datuk SAJ, love ya so much latuk! 'salam, cium tgn...' moga panjang umur, selamat ilahi.
Thanks Anon.... Sebenarnya rekaletak pameran kami tiada kuasa, Honestly, saya sebagai orang yg bodoh tidak berpuashati dengan layout tersebut kerana banyak lagi karya datuk x dpt dipamerkan. Tapi apakan daya kami kerana seorang Prof Madya yang mempunyai galeri sendiri yang kononnya hebat merupakan consultant keoada design pameran ini. Terlalu banyak teori dan konsep menyebabkan logik dan kepraktikan hilang. Lagi sekali sapalah kami yang bertahap kuli ini???? Generation gap, prasangka dan bathil masih wujud dalam scene kita. Rasa amat beruntung kerana berpeluang mengenali artis hebat seperti ini dalam hayat meraka. Al-Fatihah juga buat guruku Allayarham Redza Piyadasa yang banyak mengajar orang bodoh seperti aku ini walaupun secara percuma hanya....
ReplyDeletehehe...sy heBARD ka,? terima kasih mgd...
ReplyDeleteawak hey bad....
ReplyDeleteawak hey bad....
ReplyDeletealahai..bila lah nak gi tgk show yg melambak kat balai ni..lutut nek masih longgar lepas landing aritu :P blog sendiri pun tak terupdate lagi ni. btw sorry, tak sempat cari benda lipat-lipat 2 meter masa kat sana. production zaman bila tuh, tah ada lagi ke tak pun..seingat wa zaman jepun dulu ade le hehe
ReplyDeleteLu silaplah.... benda tu always upgrading dgn material baru, dulu dr kayu dalam inci then dah ada yang plastik, latestnyer drp aloi semua dah dalam cm...... Ia senjata terbaik utk mempercepatkan kerja mendirikan pameran.
ReplyDeleteaku cam kenal je prof madya yang dimaksudkan.
ReplyDeletehehe :p
Bed:- Eloklah kenal, utk kesenangan kerja masa depan
ReplyDeleteLM- tak kisah sapa pun, sebab blog ini utk berkongsi pengalaman seni