Wednesday, December 24, 2008

Puas Bercuti

Huh! terasa lega kepala selepas cuti (cuti total) panjang buat pertama kalinya sejak aku mula berkhidmat di sini. Segala beban tugas pejabat, fail-fail, surat, memo, borang, kerenah birokrasi, perkembangan seni dan apa saja yang tak per nah terfikir oleh budak kampung seperti aku, aku hibernatekan untuk hampir 20 hari. Memang aku dah rancang semua ni dengan harapan untuk refersh kembali semangat kerja aku yang dulu. Aku kembali ke kampung untuk sama-sama membantu kerja-kerja menerima menantu ketiga dalam keluarga aku selepas aku dan kakak aku. Lagipun ibuku yang melahirkan kami pun bukannya sihat sangat. Akhirnya adik aku berkahwin jugak selepas pernah putus tunang dahulu dan memilih untuk mengembalikan secara total darah melanau dalam keluarga ku selepas kami dicampurkan dengan darah melayu sebelah mak. Tapi yang bestnya semuanya adik aku dah plan sendiri dan aku dah jangka dia akan buat sesuatu yang berbeza kerana kalau aku dah gila (gila-gila jer), confirm adik pun sedikit sebanyak ada juga kegilaannya tersendiri. Tak pernah terfikir oleh ku untuk menggunakan grup kuda kepang untuk mendahului kedatangan pengantin lelaki di samping kompang (ni normallah). Lepas tu Silat Pulut oleh dua budak 9 tahun yang memberikan langkah silat yang amat mempersonakan dan selepas itu di sambung oleh tarian kuda kepang (remaja) dan kemudian ditutup dengan silat oleh Guru Muda persatuan silat tersebut. Untuk pengetahuan semua mereka didatangkan khas dari satu-satunya komuniti Jawa yang tulen di Batu 12 Kuching yang sememangnya sudah dikenali diperingkat antarabangsa dengan usaha mempertahankan warisan nenek moyang mereka. Sepanjang majlis pula diserikan dengan lagu-lagu tradisional dan moden yang diiringi oleh kumpulan Gamelan. (Kalau sekarang set Karaoke lebih popular, paling tidak pun band kampung).



Apa yang menarik perhatian aku ialah dalam set gamelan ini terdapat satu instrumen yang bagi aku tak pernah wujud dalam persembahan gamelan yang pernah aku tonton iaitu penggunaan bass. Kalau keroncong tu biasalah menggunakan Double Bass yang bagak tu, tapi yang ni lain sikit kerana ia diperbuat daripada papan lapis dan dimainkan secara mendatar (baring) dan segala teknologi pembuatanya amat basic atau raw sekali. Ia menghasilkan ritma yang amat merdu sekali dan bila aku tanya kat diorang, mereka kata sejak zaman nenek moyang mereka lagi alat itu memang dimainkan dalam set gamelan. Di sini menimbulkan satu lagi peluang kajian perbezaan penggunaan instrumen dan sejarah perkembangannya mengikut lokasi komuniti tertentu.

Selain daripada itu yang membezakan budaya kenduri di Sarawak (terutama famili dan kampung aku) dengan di kebanyakan tempat ialah persediaan kenduri yang dilakukan bersama ahli keluarga terdekat dan ia nyata amat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga berkenalan dengan ahli keluarga yang lain terutama bagi yang dah lama tak balik macam aku ni. Amalan sekarang biasanya kita tunggu jer katering sampai, makan pas tu rehat. Seperkara yang unik dalam kerja-kerja kenduri di Sarawak ialah hidangan makanan sekali serentak iaitu makanan terus dihidangkan dan semua tetamu menjamu selera secara serentak dan kalau ramai akan dihidangkan pula untuk set kedua dan bukannya seperti disini di mana tetamu boleh datang contohnya dari jam 12 - 3 petang dan makan bila-bila masa sahaja.

Selain meraikan adik ipar baru aku, aku juga menjejakkan kaki ke kampung asalku yang telah aku tinggalkan selama 10 tahun untuk membantu pakcikku yang menyambut menantu ketiga. (Aku tak ada masa dua anak pakcikku yang terdahulu berkahwin). Yang lagi best untuk acara ini ialah aku ditugaskan membantu menyediakan pelamin. Ini bukan perkara baru bagi aku kerana semasa aku masih dikampung dulu pun aku sering membantu menyediakan pelamin untuk perkahwianan atau majlis khatam Al-Quran yang diadakan oleh famili aku. Yang ni lain sikit kerana aku terlibat lebih banyak termasuklah lighting. Hehehehhehe satu-satunya kerja rutin aku dipejabat yang aku buat masa cuti ini. Kat kampung lain plak budayanya di mana kedatangan pengantin lelaki disambut dengan dentuman mercun gong xi fa chai dari tanah ke bumbung. Aku tak tau apa tujuannya dan aku rasa ia takde kaitan langsung dengan kepercayaan agama atau bangsa lain, dan ini hanyalah pengaruh daripada kehidupan yang berbilang kaum dan semata-mata untuk memeriahkan majlis.

Seperkara lagi seperti aku jangka aku sesat di pekan Kapit kerana sistem jalannya yang telah di one waykan dan aku juga sesat bila melawat rumah pakcikku kerna masa aku tinggalkan kampung hanya ada satu jalan tetapi kini ada 4 jalan menghala ke arah yang sama tapi ke bahagian lain kampung tersebut. Selain daripada kenduri, jumpa kekawan (tak ramai sebab semua dah keluar dan menjalani hidup sendiri) makan masakan makcik-makcikku yang confirm menggatalkan badanku kerana aku kini dilanda chronic allergic kepada makanan laut tetapi ku redah juga kerana aku rindu masakan mereka, aku juga meneruskan hobiku yang kronik iaitu memancing, puas gila dari air tawar ke air masin, dari anak sungai hingga kelaut. Puas gila. Sekarang aku total vegetarian dan Insyaallah badan tak busuk mati esok, heheheheheheh (bak kata sepupu akulah).

Begitulah sedikit sebayak percutian aku beberapa minggu lepas walaupun tak banyak yang aku nak kongsi ngan korang kerana sukar nak gambar dengan words segala pengalaman masa mudaku yang aku buat balik masa cuti tersebut. Orang kampunglah katakan, kat ulu plak tu. Yang pasti aku tak refresh pun untuk kembali menjadi aku yang passionate into art seperti dulu, yang kembali ini ialah aku yang sama seperti sebelum cuti hahahahahahaha. Best.


P/S :- ada masa aku sambung lagi kisah cuti aku ni. Yang kat bawah tu adalah artworks aku masa kenduri. Drp pengantin sampailah ke adik, anak-anak, makcik dan pakcik aku aku inaikan (secara freehand). Yerlah aku ni peminat setia rancangan Miami Ink & London Ink kat Astro. Nanti aku sambung ek!!!!












Wednesday, November 26, 2008

Seorang Lagi Pelukis Pergi

Petang semalam Dato' Chuah Tean Teng, pelopor lukisan batik (fine art) telah pergi buat selama-lamanya. Yang amat menyedihkan ialah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) sedang dalam peringkat akhir untuk mengadakan pameran sempena memperingati sumbangan beliau dalam dunia seni tempatan dan dikurasikan oleh Kurator brutal Tan Sei Hon. Pada ketika karyanya baru sahaja memulakan perjalanan ke BSLN untuk dipamerkan, beliau telah pergi buat selama-lamanya. Sumbangan dan pengalaman yang beliau curahkan untuk perkembangan seni lukis tempatan amat sukar untuk di cari ganti. RIP

Monday, November 24, 2008

NakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkBaalllikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!

Seminggu dua ni tetiba aku rasa rindu sangat kat kampung kelahiran aku, nun di ulu Sungai Rejang, Kapit, yang penduduknya terdiri daripada 80% Iban, 10% Orang Ulu, 5% Melayu (tu pun ramai yang dah campo) dan selebihnya termasuklah Cina, Melanau, India (aku rasa bergantung kepada Cikgu, Dr. atau Polis luar yang berkhidmat (posting) di situ). Aku dalam kategori yang last + yang 5% tu. Bangga lahir sebagai Melanau. Tetiba juga aku teringat dengan kata-kata pertama dari roomate tatkala aku berkenalan dengan beliau ketika masuk ke menara gading( Gajah pun susah nak nampak, camno dapat gading ni plak) 19 tahun lepas. Bob kata"Orang Sarawak ni ngada-ngada, cakap Melayu semua campo omputih". Aku pun heran dan bengan gak, baru kenal dah nak tunjuk kerek. Tapi dalam hati tu kecut gak sebab Bob ni budak Kelantan, bersaiz 6 kaki lebih tinggi dan berisipadu lemak berlebihan (obessiti) dan penuh berparut. Gedebelah tu. Aku pun pelik camner si giant ni tau bahasa Sarawak ni campo bahasa inggeris. Lepas dia citer barulah aku faham yang dia ni nak gurau jer. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kem Penrissen, Batu 7 1/2 , Jalan Kuching Serian. Anak Sojar rupanya, Lepas Bob sound tu baru aku perasan apa yang dikatakan tu betul gak. Orang Sarawak kalau kata main bola (bola sepak) tu main bol / ball, kalau laci tu drower, Almari plak, kabed (cupboard), sepak lambung) bola tu lop (loop), tengok wayang nangga (tengok) tokis (talkies) :- asalnya dulu kalau wayang pacak Jabatan Penerangan tu krewnya menggunakan walkie talkie untuk berhubung, jadi daripada perkataan tulah jadinya tokis tu. Manakala dalam bahasa Iban anjing dipanggil udok selain daripada ukui atau asu. Udok / Udog berasal daripada perkataan dog. Dan sebab itulah orang Sarawak dulu-dulu kurang bermasalah menonton filem barat dan makcik aku yang sekolah takat darjah tiga tak pernah baca subtitle malah tengok citer hindustan pun tak baca subtitle. Tapi akibat daripada pelarasan penggunaan Bahasa Malaysia pada hujung 70 an kebanyakan generasi baru sudah loose bahasa Inggerisnya, Nasib baiklah keputusan SPM bagi matapelajaran Bahasa Malaysia masih cemerlang. Tau kenapa? Sebab bagi orang Sarawak, Bahasa Malaysia merupakan subjek seperti subjek-subjek lain yang perlu dipelajari dengan tekun kerana ia bukanlah bahasa harian, jadi penguasaan Bahasa Malaysia lebih baik berbanding di Semenanjung kerana di sini mereka lebih terdedah kepada bahasa kenegerian yang lebih kurang sama dengan Bahasa Malaysia dan mengakibatkan penumpuan terhadap subjek tersebut kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari Sarawak dan pelajar Cina serta India. Untuk pengetahuan aku dah masuk darjah satu since aku berumur 5 tahun dan masa umur 6 tahun aku masuk darjah 2 (keduanya bahasa pengantar Bahasa Inggeris) dan masa umur 7 tahun aku masuk darjah satu yang betul dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar (kira golongan kedua terawallah) sebab Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar hanya sampai ke tempat aku pada tahun 1976 tetapi sekolah aku tak leh nak buat sebab masa tu masih amalkan tahun lompat iaitu pada satu satu tahun akan ada darjah 1, 3 dan 5 dan pada tahun berikutnya 2, 4 dan 6. Murid tak ramai. Yang aku masuk sekolah awal tu sebab mak aku Guru Besar hehehehehehehehe dan kalau dibior kat umah kalau tak jadi hantu (anak atuk) jadi pondan sebab adik beradik aku yang lain semua pompuan sebelum yang dua bongsu tu lahir (2 lelaki).

Masa aku sekolah aktiviti harian aku lepas sekolah hanyalah main, main, main. Tiap hari lepas balik sekolah main badminton, takraw, bola sepak dan last sekali sebelum maghrib main bot tarik (permainan tradisi kat kampung aku) dan juga main perang kat sungai (baling ngan tanah liat) serta apa lagi kalau tak mandi sungai. Panjang betul rasanya maktu masa tu. sebelah malam lepas Isyak belajar silat plak. Tapi bab mengaji ni wajib tiap hari paling kurang 2 kali sehari dan paling banyak 5 kali sehari iaitu hujung minggu dan cuti sekolah. Sebab tu aku darjah 3 aku dah khatam 3 kali dan Darjah 5 kali ke 5. Bestkan masa tu, banyak betul aktiviti boleh dibuat dalam masa sehari.

Begitulah rutin aku sampai ke sekolah menengah malahan bertambah lagi dengan aktiviti remaja seperti breakdance, jamming dan aktiviti sukan yang aku gila juga turut bertambah seperti tennis, softball, hoki, basketball dan juga olahraga. Sukan dan aktiviti luar termasuk berkelab dan berpersatuan lebih penting bagi aku dibandingkan belajar. Nasib baiklah otak aku ni ok gak (sayang tak guna betul-betul, ntah ntah sekarang dah jadi orang yang lebih baik, tapi aku syukur apa yang ada). Jadi dalam sijil berhenti sekolah aku lebih banyak pencapaian dalam sukan dan persatuan daripada pelajaran. 1989 masuk tingkatan 6, aduiiiiiiiiii malasnya nak belajar, aku rela naik kerusi siap-siap masa cikgu masuk sebab confirm aku tak boleh jawab soalannyer dan biasanya memang aku taknak jawab sebab malas. Mendiang kakak angkat (Nora) aku selalu piat telinga dan motivate. Tak jalan gak sebabnya aku memang tak minat bab2 membaca ni sebab tingkatan 6 semua subjeknya kena baca buku tebal-tebal. Kakak angkat aku isikan borang ITM berdasarkan kecenderunagn aku kat bidang senilukis dan subjek tu jer yang aku dapat pangkat 1 pun hehehehehe. Dapat ITM semua borang tawaran aku sign sendiri (tiru sign bapak). Part nak pegi kena gak gitau orang tua. Dah kena smash topek. 29 Disember 1989 aku sah bergelar pelajar ITM Shah Alam dalam bidang seni lukis dan senireka. Blur gila beb masa mula masuk kerana kali pertama aku ke semenanjung. Pada masa yang sama jugak kakak angkat aku meninggla dunia dan aku hanya mengetahuinya selepas 14 hari kerana Minggu Silaturahim (MSR) masa aku diadakan selama 2 minggu. Apanyer bengong pengurusan ITM masa tu. OC pun kena bantai sebab bebudak dah imune lama sangat kena dera. Hahahaha Padan Muka. Sejak itulah aku jarang sekali balik kampung kerana kos belon (kapalterbang) mahal walaupun masa belajar kerap gak, Pantang cuti bapak dah belikan tiket walaupun terkadang terpaksa beli tiket kelas bisnes sebab tiket abis. Ngabihkan duit orang tua jer. Pas dapat kerja lagilah jarang balik sebab tugas dan kos. Last sekali aku balik kampung ialah dalam tahun 1998, pejam celik dah 10 tahun. Gila lama tu! Walaupun aku ada gak balik tapi ke Kuching jer sebab orang tua dah pindah Kuching tapi tak pernah jejak kampung dah. Ntah mana pegi kekawan lama aku kat sekolah dulu. Ntah hidup ker, ntah dah mati ker? Yang aku tau tiap kali aku balik Kuching ada jer mak sampaikan berita yang atuk ni dah meninggal, pakcik ni dah meninggal malahan yang muda-muda dan tak pernah aku jumpa pun dah meninggal. Aku kalau balik ke kampuang, letak jer beg ambik motor adik aku terus jer keliling kampung, jumpa orang-orang tua coz kat kampung aku tu semua sedara (melayu datang ke kampung tersebut sebagai pendatang dari daerah lain :- sure kawin sesama sendiri). Tapi semua mereka tu dah takder sekarang. Jadi bila fikir-fikirkan balik aku takut satu hari nanti takder orang kenal kat aku dah kat kampung sebabnya anak-anak sepupu aku pun aku tak pernah tengok, ada yang dah masuk sekolah menengah pun. Teruknya aku. Jadi tetiba jer rasa rindu tu meluap-luap untuk balik. Aku pun teringin nak jenguk balik sekolah yang aku dah tinggalkan selama 20 tahun lebih tu. Ntah-ntah cikgu-cikgu aku pun dah takder. Tapi takper, sebelum aku 'pejam' baik aku balik dan jengah. Cuti pun banyak lagi ni (80 hari). Insyaallah balik dari kampung aku akan dapat semangat balik dalam memperjuangkan bidang seni visual ni setelah 1 tahun mogok. Aku percaya suasana kampung ku yang tenang, berudara bersih dan ikatan masyarakat yang erat dapat memulihkan semangat aku, ditambah dengan tempat-tempat berkelah, berkhemah, bersukan, berburu, bersekodeng, bersilat, berlepak, merempit dan berjamming yang pernah aku lalui dulu. Harap-harap kekawan aku yang bersepah kat Malaysia ni juga turut balik (maklumlah ramai jadi cikgu) dan bolehlah kitorang jadi bebudak dan remaja balik. CIAO

Tuesday, November 11, 2008

Pulau Pinang : Tak ku Sangka Rupanya berubah

Weekend lepas aku dijemput sebagai salah seorang Juri Pertandingan Senilukis sempena Pesta Pulau Pinang 2008 yang akan berlangsung tak lama lagi. Aku dah 4 tahun tak pegi Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Last sekali aku ke sana dalam tahun 2004 untuk Pameran Saksi. Masa tu Pengarahnya masih orang tua tu dan Noni (Pengarah sekarang) masih Penolong Kurator. Staf pun tak ramai, pameran pun boring.

Jadi bila aku diarahkan oleh boss aku untuk mewakili Balai sebagai Juri aku pun setuju tapi aku tak aspek apa-apa yang menarik tentang karya pelukis Pulau Pinang. Lagipun dah lama sangat aku tak ke sana. Aku drived alone dari KL petang Sabtu dan dari jambatan lagi aku dah nampak banyaknya bangunan baru kat pulau tu. Aku memang dah agak akan sesat punya, coz tiap kali aku ke penang aku akan sesat. Tapi aku tak pernah risau sebab selagi aku berada dalam pulau tu aku takkan sampai ke Siam. Petang tu ada perasmian Pameran Retrospektif Lee Joo For kat BSLPP. Aku cuba untuk sampai awal tapi tak berjaya. Malam, aku ronda (survey jalan) agar esoknya tak tersesat nak ke seisi penjurian. Tempat-tempat makan yang aku pernah lepak dulu semua dah takde. Jadi aku singgahlah makan kat kedai tom yam kat Bayan Lepas. Ok gaklah.

Hari Ahadnya pagi-pagi aku dah bangun tapi masih takder harap apa-apa yang istimewa masa penjurian nanti. Once sampai seperti biasa, sesat lagi mana aku nak parking. hehehehehe tak abis-abis nyusahkan Noni (dia jer yang aku kenal kat BSLPP). Staf lain semua orang baru, aku ni dah masuk senja. Elok jer lepas aku masuk ikut pintu belakang aku dihidangkan dengan ratusan karya pelukis Pulau Pinang yang sedikit sebanyak mengejutkan aku. Lepak kejap juri lain pun sampai, Tu dia ko, Otai Fauzan Omar (Tok Guru aku), Mat Yee (Matahati), Azhar Manan(Otai sculpture) dan Encik Tan Lye Hoe (Artis veteran P. Pinang yang buat aku terkejut tentang pemikiran beliau yang sangat brutal dalam art dan berbeza dengan orang yang seusia dengan beliau) Baru aku rasa fresh giler dengan line-up Juri yang dipilih. Apa lagi kitorg pun meneruskan acara yang paling aku suka, iaitu merejek (reject) karya-karya yang lapuk dan tak sesuai dengan tema pertandingan dan jiwa kami. Kami mencari karya-karya yang fresh dan berbau 'harum' dan mempunyai rasa yang baru dan material baru serta lebih dekat kepada penghayat dan akan meninggalkan kesan kepada penghayat selepas balik dari pameran tersebut. Penganjur meminta kami memilih 80 buah karya yang mana boleh dimuatkan didinding galeri BSLPP tetapi kami hanya dapat 40 hahahahahaha, rongaklah dinding ko Noni oiiii. Aku gitau Noni kalau aku dah rejek aku takkan masukkan balik, tapi dia bilang AF (Akademi Fantasia) boleh dan aku bilang dalam art takder MAWI. Fauzan pun taknak bertanggungjawab dengan penambahan selepas rejek hehehehehe. Penin sekejap si Noni. Atas rasa tanggungjawab kepada penganjur beberapa karya dimasukkan semula untuk pameran dan ia merupakan kerja yang paling susah sekali.

Selepas semua selesai 3 karya untuk tiga tempat teratas rupanya memang dah terpahat dalam kepala semua Juri dan ini amat meudahkan kerja, 5 hadiah saguhati pun memang dah confirm, rupanya kami ada chemistry. Senang gila kerja. Ketiga-tiga karya yang menang merupakan instalsi dan aku cakap kat Mat Yee dan Azhar, kenapa karya-karya seperti ni tak masuk Bakat Muda Sezaman????? Jahat, tajam, ngilu, tembak dan direct. Disember 2008 aku difahamkan pameran tersebut akan dirasmikan dan aku harap pelukis-pelukis Lembah Kelang ni tengoklah karya-karya yang kami rasa akan menjadi gelanggang baru dan bernafas baru dalam art scene Malaysia dan tidak tepu seperti di KL yang banyak topengnya daripada 'kesucian' seni itu sendiri.

Aku balik dengan perasaan happy kerana aku telah mendapat steroid baru dalam bidang seni yang aku hybernate selama lebih setahun. Kepada pelukis-pelukis muda Pulau Pinang teruskanlah kenaifan kamu dalam berkarya kerana ia lebih jujur dan mulia. Kepada penduplikator seni daripada ikon-ikon hebat negara, maaflah kamu takder dalam list aku dan aku tetap akan merejek karya-karya yang meniru atau cuba untuk menjadi ikon-ikon ini. Korang boleh cari kerja lainlah. Kepada Noni, TAHNIAH lah kerana telah berjaya merobah BSLPP menjadi sebuah organisasi yang bernafas baru dan maju seperti sekarang, kalau dulu tu aku nak masuk pun tak sampai hati.

Tak sabar rasanya memiliki karya tempat ketiga yang amat berani dan Insyaallah akan menjadi milik aku dalam beberapa bulan lagi. Amaran untuk Noni, kalau ko tak kasi jual itu karya kat aku, aku akan bakaq galeri hang. Bukan kaya tapi karya tu murah dan cool gila beb, Aku memang dah plan nak ikat perut aku dan keluarga untuk dapatkan karya tu. Seperkara lagi aku dah jumpa pelukis pelukis yang menghasilkan karya seperti cita-cita aku dalam artikel sebelum ni iaitu street art. Noni ko simpan ek detail diorang, manalah tau impian aku akan jadi kenyataan. Tungguuuuuu!!!!!

Thursday, November 6, 2008

KOLEKSI SAYA!

Alhamdulillah, Pameran Karya Saya: Rahime Harun telah selesai dirasmikan oleh Tan Sri Dr Muhayidin Yassin. Gila babas crowd dia. Tahniah kepada Charown dan anak2 buah yang telah bertungkus lumus menyiapkan pameran tersebut walaupun Menteri tengah berucap.

'Koleksi Saya' seperti yang aku ketahui daripada dokumen bersama ahli keluarga Rahime pada awalnya selain daripada minat mengumpul karya seni tersebut kerana nilainya, juga mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu membantu artis terus bertahan (pada awal karier mereka sebagai pelukis). Rahime dapat mengesan bakat pelukis sedari awal penglibatan mereka dan beliau percaya bahawa artis2 tersebut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang tersebut dan beliau membeli karya mereka sebagai motivasi untuk artis2 tersebut bertahan dan terus hidup, Ada di antara artis2 tersebut sudah berkahwin dan mempunyai anak dan hidup melarat tetapi terus berkarya dan percaya dengan jalan yang mereka pilih. Alhamdulillah mereka berjaya walaupun pada peringkat awalnya untuk membeli makanan mahupun susu anak pun mereka tidak mampu. Keadaan ini akan tetap berterusan kerana bidang seni di negara ini tetap sama situasinya. Ada bakat yang terbiar begitu saja kerana tuntutan hidup.

Aku memang ingin membantu tetapi aku tidak mampu kerana sememangnya sudah menjadi sumpahan bekerja dengan kerajaan tidak akan menjadi kaya kerana slogannya pun dah 'Berkhidmat Untuk Masyarakat'. Tiada bonus berlebihan untuk orang yang bekerja lebih kuat. Semuanya sama saja. Jadi ini jalan yang aku pilih maka aku tetap tidak akan mampu membantu secara wang ringgit. Tetapi aku cuba sedaya yang mampu juga untuk membantu.




Karya untuk dijual.
Pelukis Ili Farhana,
Tajuk: aku tak jumpa.
Media : Akrilik on canvas,
Tahun: Tak silap 2004,
Ukuran: 75.5 cm X 152.5 cm


Sila tinggalkan no hp anda untuk saya hubungi untuk mengetahui harga yang beliau letak dan kepada sesiapa yang berminat akan diminta untuk terus berhubung dengan pelukis ini dengan kadar segera.

Thursday, October 23, 2008

Kembali Beraksi

Kejap lagi aku akan kembali ke Kolumpo, Kota yang moden tapi dipenuhi oleh lumpo dalam benak dan jiwa kebanyakan penghuninya. Mengejar material dan nama. Sejak berada di sini kepala hotak aku tak pernah lekang memikirkan beban yang anak2 buah aku harus tanggung untuk mendirikan 2 pameran serentak ( Koleksi Saya: Rahimie Harun dan Seni Kaca dari Norway - Entah bila depa apply aku pun tak tau). Aku percaya Charown dan Erry boleh buat tapi aku juga tau kemampuan mereka menahan tekanan dari orang2 yang mengendalikan pameran tersebut.

Bukan senang nak kerja ngan orang2 yang bersijil tinggi dan lama bekerja dari kita, tambahan lagi berkedudukan lebih tinggi dari kita, perempuan plak tu. Mereka rasa diri mereka hebat dan amat sulit untuk menerima cadangan walaupun ia betul dan terang-terang memang dah logik. Mereka menolak pengalaman anak buah yang sememangnya terbukti lebih hebat walaupun bukan di ajensi terkenal kerana mereka membuat kerja2 sendiri dan di bawah permukaan sebelum naik ke balai. Aku tau semua tu, sebab tu pengalaman mereka aku respek, tapi tidak bagiorang lain sebab mereka taknak tau hal orang. Bukan bermakna jaga tepi kain tapi kaji kebolehan mereka sebelum ini. Lantaklah, itu cara mereka, insyaallah aku akan cuba untuk sentiasa bekerjasama kerana aku masih nak belajar banyak lagi dalam bidang ini dan dari sesiapa saja, untuk diri aku dan dikongsi dengan orang lain juga terutama anak2 buah aku. Aku takkan suap, tapi ko fikirlah sendiri camner nak dapat ilmu tu.

Aku harap sesampainyai alu di ruang tu aku nak tengok senyuman puas di muka diorang dan pameran tersebut elok terletak kerana kena ingat sebelum ni pameran di situ alhamdulillah mendapat feedback baik dari audiences dan seharusnya yang ini lebih baik atau sekurang-kurangnya menyamai standard tu.

Oklah aku nak berkemas & check kereta buruk aku tu sebelum up up on the highway...... C U 2moro. Vrrrrroooooooommmmmmmmmmmmmm

Wednesday, October 22, 2008

ArTfRoMsTrEeT / Art@Street

Aku teringin sesangat nak curate benda ni kat balai tapi aku sedar bukan senang nak convince orang atas (sesapa jer yang dok kat atas tapi bukan semua - 99%)yang berkepala tradisional. Walaupun aku bukannya muda tapi jiwa aku tetap muda dan alhamdulillah setakat ni masih terbuka untuk menerima pop culture seperti ini dan insyaallah akan kekal camni. Dah lama sangat aku peratikan benda-benda ni dan amat tertarik untuk membawanya ke balai. Aku panggil seni jalanan: yang merangkumi seni grafiti, motor (custom/airbrushing), kereta, vespa, skuter, skateboard, gitar termasuklah fesyen atau pakaian yang merangkumi helmet, t-shirt, jaket, kasut dan aku yakin akan tetap bertambah selagi ada remaja dan juga golongan 'gila auto' seperti aku walaupun tak mampu hahahahahahahampeh.
Aku pernah baca statement seorang daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur Kota Metropolitan kononnya yang sampai bila-bila dia tidak akan menganggap contengan dinding itu seni tetapi vandalisme semata-mata. Camner ek diorang pilih dia jadi Datuk Bandar dengan knowledge secetek tu??????? Kawan-kawan kot. Ada gak orang atas dalam agensi seni juga berpendapat yang sama tetapi ada gak bekas-bekas orang atas dalam ajensi seni yang nampak kolot tapi lebih terbuka minda daripada yang berstatus Datuk, Dato', Dr, Profesor dan pemegang Master (Master of Puppets jer kot). Apa-apa pun aku anggap semua ni sebagai cabaran untuk aku teruskan niat aku ni selagi aku masih boleh berjuang. Kalau tak kat balai pun aku harap ada orang lain yang boleh bantu aku curate benda ni kat tempat depa. Baru korang tau ! Hehehehehehehenjut. (2Bkontiniu)

Wall


Bikes







Vespa & Scotters










Cars

Helmets


Caps



Shoes




Shirts


Skates






Guitars