Thursday, October 23, 2008

Kembali Beraksi

Kejap lagi aku akan kembali ke Kolumpo, Kota yang moden tapi dipenuhi oleh lumpo dalam benak dan jiwa kebanyakan penghuninya. Mengejar material dan nama. Sejak berada di sini kepala hotak aku tak pernah lekang memikirkan beban yang anak2 buah aku harus tanggung untuk mendirikan 2 pameran serentak ( Koleksi Saya: Rahimie Harun dan Seni Kaca dari Norway - Entah bila depa apply aku pun tak tau). Aku percaya Charown dan Erry boleh buat tapi aku juga tau kemampuan mereka menahan tekanan dari orang2 yang mengendalikan pameran tersebut.

Bukan senang nak kerja ngan orang2 yang bersijil tinggi dan lama bekerja dari kita, tambahan lagi berkedudukan lebih tinggi dari kita, perempuan plak tu. Mereka rasa diri mereka hebat dan amat sulit untuk menerima cadangan walaupun ia betul dan terang-terang memang dah logik. Mereka menolak pengalaman anak buah yang sememangnya terbukti lebih hebat walaupun bukan di ajensi terkenal kerana mereka membuat kerja2 sendiri dan di bawah permukaan sebelum naik ke balai. Aku tau semua tu, sebab tu pengalaman mereka aku respek, tapi tidak bagiorang lain sebab mereka taknak tau hal orang. Bukan bermakna jaga tepi kain tapi kaji kebolehan mereka sebelum ini. Lantaklah, itu cara mereka, insyaallah aku akan cuba untuk sentiasa bekerjasama kerana aku masih nak belajar banyak lagi dalam bidang ini dan dari sesiapa saja, untuk diri aku dan dikongsi dengan orang lain juga terutama anak2 buah aku. Aku takkan suap, tapi ko fikirlah sendiri camner nak dapat ilmu tu.

Aku harap sesampainyai alu di ruang tu aku nak tengok senyuman puas di muka diorang dan pameran tersebut elok terletak kerana kena ingat sebelum ni pameran di situ alhamdulillah mendapat feedback baik dari audiences dan seharusnya yang ini lebih baik atau sekurang-kurangnya menyamai standard tu.

Oklah aku nak berkemas & check kereta buruk aku tu sebelum up up on the highway...... C U 2moro. Vrrrrroooooooommmmmmmmmmmmmm

10 comments:

  1. berhati2 di highway...biar lambat asal selamat sampai...

    ReplyDelete
  2. semoga selamat sampai dengan selamat..

    ReplyDelete
  3. Mmmmm.....hari berganti hari demi hari.Jangkaan pameran mudah, tidak sangka menjadi begitu rumit. Sesebuah pameran yang berjaya mungkin dari seorang yang bergelar kurator yang hebat...(hebat pengalaman,ilmu,visual, konsep & interpertasi).Tapi entah lah...Kalau dah 4 kurator untuk sebuah pameran, pastu masing2 nak buat konsep masing2 pulak tu..tolak-tarik, gantung-turun-gantung, alih-simpan-alih, boleh pengsan aku dibuatnya. anak buah mengeluh..aku kata;'bersabar la dulu...'. Kalau kurang research/ tak tau nak buat -tak salah merujuk pada yg pakar. ego tu kena simpan la sikit... ha ha ha

    Pameran NORWEGIAN CONTEMPORARY GLASS tu mengambil masa skit. Karya yang tiba tidak serentak. Keadaan packingnya amat meragukan dan tidak profesional sehinggkan banyak karya kaca dan seramik yang pecah, padalstal pulak nak tukar warna putih balik. Mungkin bos boleh berbincang dengan wakil kedutaannya nanti (2 wakil kedutaan akan hadir bersama setiap hari jam 10.30am semasa proses menaikkan pameran ini). Beberapa work perlu dilitupi ngan cover/prospek.

    Esok ptg aku ngan Erry g kursus. Mungkin anuar akan membantu bos menaikkan pameran nati.

    Adiossprontos....

    ReplyDelete
  4. wa hebat la ko char, dah menampakkan keprofesionallan ko mengekang masalah...

    en magd tak pi mancing ko? takdak aktiviti mancing ko?

    ReplyDelete
  5. hehe chek tngok kot kot bumbung ada bocor bos. t antar makmal sy buat konservasi..,.hehe

    ReplyDelete
  6. bumbung bocor tarak, tapi kepala orang bocor ada. Boleh kasi korek dan tampal filler tak? Suka ati jer kata org melonggok sedangkan pada masa sama dia pun melonggok tapi bukan dengan golongan kebanyakan macam kita ni lah tapi golongan yang terlebih dahulu Tuihan tanya esok tanggungjawab sebagai ketua dan pendidik di dunia ni, Ko jawablah. Baik ko flashback apa ko dah lakukan pada org bawahan sebelum ko mati.

    ReplyDelete
  7. ok. mesti datang ke pameran koleksi nanti. :)

    ReplyDelete
  8. salam,

    Terimas atas usaha kalian dalam mengusahakan pameran-pameran di BSN.

    Memang bukan mudah untuk menganjurkan sebuah pameran seni tapi tanpa org2 seperti saudara dan rakan2.

    Keep up the good work.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, ada juga orang yg appreciate kerja kitorg.Kitoprg cuba sedaya upaya utk give the best to the nation but kekadang terlalu byk kekangan dan faham2 jerlah gomen. Anyway we ll try our very best to give the best!

    ReplyDelete