Wednesday, October 22, 2008

ArTfRoMsTrEeT / Art@Street

Aku teringin sesangat nak curate benda ni kat balai tapi aku sedar bukan senang nak convince orang atas (sesapa jer yang dok kat atas tapi bukan semua - 99%)yang berkepala tradisional. Walaupun aku bukannya muda tapi jiwa aku tetap muda dan alhamdulillah setakat ni masih terbuka untuk menerima pop culture seperti ini dan insyaallah akan kekal camni. Dah lama sangat aku peratikan benda-benda ni dan amat tertarik untuk membawanya ke balai. Aku panggil seni jalanan: yang merangkumi seni grafiti, motor (custom/airbrushing), kereta, vespa, skuter, skateboard, gitar termasuklah fesyen atau pakaian yang merangkumi helmet, t-shirt, jaket, kasut dan aku yakin akan tetap bertambah selagi ada remaja dan juga golongan 'gila auto' seperti aku walaupun tak mampu hahahahahahahampeh.
Aku pernah baca statement seorang daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur Kota Metropolitan kononnya yang sampai bila-bila dia tidak akan menganggap contengan dinding itu seni tetapi vandalisme semata-mata. Camner ek diorang pilih dia jadi Datuk Bandar dengan knowledge secetek tu??????? Kawan-kawan kot. Ada gak orang atas dalam agensi seni juga berpendapat yang sama tetapi ada gak bekas-bekas orang atas dalam ajensi seni yang nampak kolot tapi lebih terbuka minda daripada yang berstatus Datuk, Dato', Dr, Profesor dan pemegang Master (Master of Puppets jer kot). Apa-apa pun aku anggap semua ni sebagai cabaran untuk aku teruskan niat aku ni selagi aku masih boleh berjuang. Kalau tak kat balai pun aku harap ada orang lain yang boleh bantu aku curate benda ni kat tempat depa. Baru korang tau ! Hehehehehehehenjut. (2Bkontiniu)

Wall


Bikes







Vespa & Scotters










Cars

Helmets


Caps



Shoes




Shirts


Skates






Guitars

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat bro...kasi buat la...
    ape kate bro panggil vokalis bloodshed skali wat exhibition...die ade buat airbrush kat tshirt...sempoi tu

    ReplyDelete
  3. Kadangkala pameran sebegini dari luahan rasa orang-orang muda perlu diberi peluang di pamerkan di Balai. Sepatutnyalah...

    tapi apakandaya..., jika tidak semua bersependapat yang sama.agak sukar meyakinkan orang atasan tentang idea2 baru sebegini.Lebih2 lagi kita dibawah ni. Cukup lah jika dalam setahun ada sekali pameran sebegini. Barulah ada kelainan skitt......

    ReplyDelete
  4. haiyaa ..YKP kan ade..hehe promot sket..kitorang pun pernah kejesama dgn band Bittersweet buat pertandingan vespa paling estetik (ada kat website).nak buat seribu daya beb. kita buat festival clothing sekali nak..budak2 indie ramai dah tanya ni..haa tajuknya the 'INDIE ART ATTACK' ke.. Indon art attack boleh gak sebab depa lagi banyak produk camtu hehe

    ReplyDelete
  5. ye x ye erk...ykp kan ade...kak haneem, band grave nak turun kl bulan 11 kalo x silap, kalo diorg jadi turun kak haneem turun x hehehe

    ReplyDelete
  6. hellamak..malangnya saya lak takde 2 minggu terakhir bulan sebeleh..brape hb tu haha meh kita communicate kat blog ni biar author nye pening

    ReplyDelete
  7. hehehe...29 Nov...tapi x conform...kat singapore dah conform 30 Nov...bia author penin huhuhu...kalo kat kl dah confom mesti pegi yeehaaaaaa

    ReplyDelete
  8. YKP kecik beb, kalau nak buat kat YKP kat auto show dah byk buat. Gua kalau boleh nak bawak ke satu tahap yang lebih tinggi, buat kat balai tu.... Ko dua orang nak kena block ngan aku ker??????????????

    ReplyDelete
  9. betul jugak tu..ykp tak grand le..hmm buat je lah kat balai tingkat paling atas sekali. memang sah tinggi.

    ReplyDelete
  10. Pendk jom rentap lagi petang ni, tak puas belasah ko semalam

    ReplyDelete
  11. haha kami kalah sebab xmakan kangkung je..kalau x leh pukul je uncle majidi tuh...hahha

    ReplyDelete
  12. Kan ker kat tiang net tu ada lubang simpanan makanan korang. Master korang dok tunggu sampai lemau kangkung tu.

    ReplyDelete
  13. melihat helmet yang canggih dgn airbrush..teringat kat helmet zaman merempit di kampung... paint pakai spray biasa je pun... buat hati org lain bengkak...termasuk la buah hati zaman sekolah..hahah..pastu gara2 helmet cantek..jadikla grup budak2 sekolah naik moto ada tagline kat helmet...n moto... cesh.. gara2 helmet cantek jugak..aku balik x berhelmet sebab helmet kene curik...cesh..cilakak punya pencuri...tp best gak sebab buah hati beli helmet baru siap ada tanda chenta lagi..huahahahhaaaa..huhuhu.. sedihnye sebab skrg dia dah kawen.tapi bukan dengan aku..

    ReplyDelete