Isnin, aku balik lambat dari ofis. Lebih kurang jam 11 malam dalam hujan lebat sampai rumah dan isteriku memberitahu ayah mertuaku (Syed Mahmud Barakbah) kembali kerahmatullah. Tanpa berlengah aku kejutkan putera-putera dan puteriku dan mengambil apa saja pakaian yang patut dan bertolak balik ke Kedah. Dalam poket ada RM40, minyak kereta dah nyala. Jam 12 bertolak dan melilau cari bank semua OOS. Aku nekad utk berenti kat R&R Rawang coz hanya kat highway jer ATM machine berfungsi. Tapi dalam perjalanan ke sana elok lepas Restoran jejantas (KM452.3) tetiba aku nampak batu sebesar bola sepak kat tengah jalan & tak sempat elak. GedeganG!!!!! satu letupan dari bahagian bawah keretaku dan langsung stering jadi berat dan aku dah agak tayarku pecah, aku namapak sebiji MPV mewah juga tersadai kat tepi jalan. Dengan seksa aku drive eke emergency lane dan bro MPV datang kat aku dan bertanya apa yg berlaku. Aku check tayar aku, koyak beb. Kereta dia lagi teruk airbag terkeluar, cermin depan pecah selain tayar hanco. Tak sampai 2 minit dtg sebiji wira dengan owner bertatu dan bersaiz 1 1/2 ameruddin tBY kenapa, aku tabya kereta dia kena gak ker????Tak! dia kata dia ada memebr TOW. Aku rasa bro ni punya angkara.
Aku pun keluarkan spare tyre dan jek aku, aku cuba buka, tapi cibeng keras nak mampus. Hanya satu nat boleh buka. Bro tu pun tolong aku bukak dgn spanar dia. Bukan apa, aku berdiri atas jek tu, tak gerak2 (kurus lagi aku rupanya). Faham2lah badan dia besar mana! Pada masa sama, 4 biji lagi kereta lain kena. Call PLUS hampeh lembab. Pas aku settle pasang tayar aku balik, baru PROSPEL dtg, tapi macam tak ikhlas jer, bukan nak tolong buat apa2 yang patut kat kereta yang kena tu, cuma sibuk cari batu tu dan buang. Pas tu, bro tatu tu mintak RM20, aku tak kisah sgt sebab dia dah tolong buka tayar aku tadi, tapi dalam kereta aku ada RM10 jer tu pun balance aku beli jajan dan rokok. RM40 aku dah boh minyak kat Putra Height. Aku ajak dia ke R&R Rawang dia kata jauh, dalam 5 minit sembang bro Polis Bantuan (PROSPEL) dtg dan tergesa-gesa bro tatu tu dan member dia kata takperlah 10 pun ok dan terus belah. Sampai R&R aku jumpa pak tiri aku dan dia bagi duit & isi minyak dan ada sebiji wira pun berenti pam tayar dan aku dah agak dia pun kena gak. Hanco rim sukan dia macam aku gak. Aku teruskan jugak perjalanan dgn tayar botak aku dan sampai Tapah aku dah nampak 6 jalan aku pun berenti tido. dalam 5.30 jalan balik & sampai Simpang Pulai aku dah nampak 10 plak jalan, tido lagi. Dalam 7.30 baru gerak balik dan sampai Kedah kol 11.00 dan jenazah dah nak gerak ke Masjid untuk sembahyang jenazah dan seterusnya dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan baik. Ayah seorang yang sgt baik dan merupakan Guru Besar pencen dan sangat tegas walaupun bukan ayah sebenar isteriku. Beliau telah sakit dan tidak boleh bergerak sejak 5 tahun lepas kerana sakit tua dan sejak dua tahun lepas sekali sekala bergantung kepada alat pernafasan dan segala aktiviti harian dibuat oleh mak mertua dan jururawat yang diupah dan datang 3 kali sehari. Tanggal 20 Syawal bersamaan 20 Oktober, jam 5.30 petang Allah menjemput arwah pada usia 92 tahun. Al Fatihah. (Dalam darurat camtu pun Allah boleh uji kita, banyak bersabar dan bersyukur)
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takziah. mungkin pemergiannya lebih baik dari tersiksa sakit bertahun2.. moga arwah tenang dan dtmpatkan di kalangan org2 beriman.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetakziah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. amin.
ReplyDeleteal-fatihah.
Takziah. Ujian dan dugaan yang tiba selalunya tidak dijangka. Kuat dan tabahkan hati untuk hari mendatang bos.. Moga roh ayahanda dicucuri rahmat.......
ReplyDeleteterima kasih kerana pulang ke kampung bersama-sama walaupun i tau u penat malam tu...biarpun sedey x nampak nak lihat wajah ayah sepenuhnya tapi kehadiran u dan anak2 cukup membantu diri i dlam mengharungi kehidupan ini.
ReplyDelete