Wednesday, December 24, 2008

Puas Bercuti

Huh! terasa lega kepala selepas cuti (cuti total) panjang buat pertama kalinya sejak aku mula berkhidmat di sini. Segala beban tugas pejabat, fail-fail, surat, memo, borang, kerenah birokrasi, perkembangan seni dan apa saja yang tak per nah terfikir oleh budak kampung seperti aku, aku hibernatekan untuk hampir 20 hari. Memang aku dah rancang semua ni dengan harapan untuk refersh kembali semangat kerja aku yang dulu. Aku kembali ke kampung untuk sama-sama membantu kerja-kerja menerima menantu ketiga dalam keluarga aku selepas aku dan kakak aku. Lagipun ibuku yang melahirkan kami pun bukannya sihat sangat. Akhirnya adik aku berkahwin jugak selepas pernah putus tunang dahulu dan memilih untuk mengembalikan secara total darah melanau dalam keluarga ku selepas kami dicampurkan dengan darah melayu sebelah mak. Tapi yang bestnya semuanya adik aku dah plan sendiri dan aku dah jangka dia akan buat sesuatu yang berbeza kerana kalau aku dah gila (gila-gila jer), confirm adik pun sedikit sebanyak ada juga kegilaannya tersendiri. Tak pernah terfikir oleh ku untuk menggunakan grup kuda kepang untuk mendahului kedatangan pengantin lelaki di samping kompang (ni normallah). Lepas tu Silat Pulut oleh dua budak 9 tahun yang memberikan langkah silat yang amat mempersonakan dan selepas itu di sambung oleh tarian kuda kepang (remaja) dan kemudian ditutup dengan silat oleh Guru Muda persatuan silat tersebut. Untuk pengetahuan semua mereka didatangkan khas dari satu-satunya komuniti Jawa yang tulen di Batu 12 Kuching yang sememangnya sudah dikenali diperingkat antarabangsa dengan usaha mempertahankan warisan nenek moyang mereka. Sepanjang majlis pula diserikan dengan lagu-lagu tradisional dan moden yang diiringi oleh kumpulan Gamelan. (Kalau sekarang set Karaoke lebih popular, paling tidak pun band kampung).



Apa yang menarik perhatian aku ialah dalam set gamelan ini terdapat satu instrumen yang bagi aku tak pernah wujud dalam persembahan gamelan yang pernah aku tonton iaitu penggunaan bass. Kalau keroncong tu biasalah menggunakan Double Bass yang bagak tu, tapi yang ni lain sikit kerana ia diperbuat daripada papan lapis dan dimainkan secara mendatar (baring) dan segala teknologi pembuatanya amat basic atau raw sekali. Ia menghasilkan ritma yang amat merdu sekali dan bila aku tanya kat diorang, mereka kata sejak zaman nenek moyang mereka lagi alat itu memang dimainkan dalam set gamelan. Di sini menimbulkan satu lagi peluang kajian perbezaan penggunaan instrumen dan sejarah perkembangannya mengikut lokasi komuniti tertentu.

Selain daripada itu yang membezakan budaya kenduri di Sarawak (terutama famili dan kampung aku) dengan di kebanyakan tempat ialah persediaan kenduri yang dilakukan bersama ahli keluarga terdekat dan ia nyata amat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga berkenalan dengan ahli keluarga yang lain terutama bagi yang dah lama tak balik macam aku ni. Amalan sekarang biasanya kita tunggu jer katering sampai, makan pas tu rehat. Seperkara yang unik dalam kerja-kerja kenduri di Sarawak ialah hidangan makanan sekali serentak iaitu makanan terus dihidangkan dan semua tetamu menjamu selera secara serentak dan kalau ramai akan dihidangkan pula untuk set kedua dan bukannya seperti disini di mana tetamu boleh datang contohnya dari jam 12 - 3 petang dan makan bila-bila masa sahaja.

Selain meraikan adik ipar baru aku, aku juga menjejakkan kaki ke kampung asalku yang telah aku tinggalkan selama 10 tahun untuk membantu pakcikku yang menyambut menantu ketiga. (Aku tak ada masa dua anak pakcikku yang terdahulu berkahwin). Yang lagi best untuk acara ini ialah aku ditugaskan membantu menyediakan pelamin. Ini bukan perkara baru bagi aku kerana semasa aku masih dikampung dulu pun aku sering membantu menyediakan pelamin untuk perkahwianan atau majlis khatam Al-Quran yang diadakan oleh famili aku. Yang ni lain sikit kerana aku terlibat lebih banyak termasuklah lighting. Hehehehhehe satu-satunya kerja rutin aku dipejabat yang aku buat masa cuti ini. Kat kampung lain plak budayanya di mana kedatangan pengantin lelaki disambut dengan dentuman mercun gong xi fa chai dari tanah ke bumbung. Aku tak tau apa tujuannya dan aku rasa ia takde kaitan langsung dengan kepercayaan agama atau bangsa lain, dan ini hanyalah pengaruh daripada kehidupan yang berbilang kaum dan semata-mata untuk memeriahkan majlis.

Seperkara lagi seperti aku jangka aku sesat di pekan Kapit kerana sistem jalannya yang telah di one waykan dan aku juga sesat bila melawat rumah pakcikku kerna masa aku tinggalkan kampung hanya ada satu jalan tetapi kini ada 4 jalan menghala ke arah yang sama tapi ke bahagian lain kampung tersebut. Selain daripada kenduri, jumpa kekawan (tak ramai sebab semua dah keluar dan menjalani hidup sendiri) makan masakan makcik-makcikku yang confirm menggatalkan badanku kerana aku kini dilanda chronic allergic kepada makanan laut tetapi ku redah juga kerana aku rindu masakan mereka, aku juga meneruskan hobiku yang kronik iaitu memancing, puas gila dari air tawar ke air masin, dari anak sungai hingga kelaut. Puas gila. Sekarang aku total vegetarian dan Insyaallah badan tak busuk mati esok, heheheheheheh (bak kata sepupu akulah).

Begitulah sedikit sebayak percutian aku beberapa minggu lepas walaupun tak banyak yang aku nak kongsi ngan korang kerana sukar nak gambar dengan words segala pengalaman masa mudaku yang aku buat balik masa cuti tersebut. Orang kampunglah katakan, kat ulu plak tu. Yang pasti aku tak refresh pun untuk kembali menjadi aku yang passionate into art seperti dulu, yang kembali ini ialah aku yang sama seperti sebelum cuti hahahahahahaha. Best.


P/S :- ada masa aku sambung lagi kisah cuti aku ni. Yang kat bawah tu adalah artworks aku masa kenduri. Drp pengantin sampailah ke adik, anak-anak, makcik dan pakcik aku aku inaikan (secara freehand). Yerlah aku ni peminat setia rancangan Miami Ink & London Ink kat Astro. Nanti aku sambung ek!!!!












10 comments:

  1. beb, mana gambo pelamen kawin dan kuda kepangnya? glad u had a good long break. aman ler sekejap kat balai tu hahaha..

    selamat berhijrah! alamak, wa akan berhijrah ke satu nombor puaka tahun depanlah.jeng jeng jeng :)

    ReplyDelete
  2. sabar ek! tgh kecik kan pics. byk sgt & too heavy. Ohhhh next year masuk 40 ek. Awalan wanita berubah sikap utk seketika kerana trauma nak kena sembahyang & puasa penuh dan no more xcuse. hehehehehe

    ReplyDelete
  3. wa no problem..dah menopos lama dah pon huhu emansipasi at last :-D tapi susah hati kerana jiwa masih mude remaje nih

    ReplyDelete
  4. hahah..suk ati la bercuti tek... panjang lalu coti...jeles sa nyawa...
    nasib pat juak coti raya aji ya tek.. haha.. ktk ngarap mek sik pat cuti tek nak.. yalah koh..doa org teraniaya ya makbul agik bah..lagikk pun paknek tolong doakan sekali.. hahahahhah... udah shopping barang sekolah nembiak tek?? iksh..rindu juak time agik sekolah lok.. nang ngelepar dlm kedey berbeli barang k skolah.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. bestnyer balik kampung.....dah fresh dan bertenaga untuk bekerja balik ditengah2 manusia semenanjung?...bolehlah bukak kedai inai decoration lepas ni ek..

    ReplyDelete
  6. bro,
    selamat tahun baru, semoga bertambah semangat baru dengan joran dan kekili lama..

    ReplyDelete
  7. bro,
    selamat tahun baru, semoga bertambah semangat baru dengan joran dan kekili lama..

    ReplyDelete
  8. Opppsss, Selamat tahun baru too. Joran pun baru bro hahahahahahahahaha. Kekili pun tgh cari yg baru gak. Berazam nak lagi hardcore pas ni. Art boleh letak sikit tepilah, buat bingung jer. Tunggu Singa Laut lepas kandang baru focus back.

    ReplyDelete
  9. kewl la lu punya inai design

    ReplyDelete
  10. Hmm... Interesting inai design.. Have no idea that you can paint such design la...

    ReplyDelete