Saturday, January 17, 2009

Karya Aku Untuk Palestine



A. Tajuk: Light Up Gaza : A Life For Sale
Bahan: Korean Compress Wood, Perspex, Aerosol Spray, Bulbs

B. Tajuk: Light Up Gaza : A Life For Sale I
Bahan: Korean Compress Wood, Latex doll, Aerosol Spray, Bulbs, Fabric, Acrylic


Statement:

Aku tak 'pandai melukis', aku lebih terer bertukang, aku terdedah dengan kematian (ntahlah, semacam dah macam hobi atau interest aku). Aku suka tengok sesuatu dari sudut berbeza untuk mendapatkan punca, sebab, akibat dan jalan penyelesaian. Tu yang terkadang kekawan ingat aku negative thinking . Lantak koranglah. Yang pasti aku nak tau sesuatu lebih detail dan membuat keputusan indah - buruk, baik - jahat melalui pelbagai sudut dan aku tak suka jadi pak turut.

Dalam karya plak, bagi aku karya harus ada mesej dan dibuat bukan untuk diri sendiri (nak juallah tu!). Karya aku dibuat hanya jika ada sesuatu yang benar-benar spark dalam diri dan dah tak dapat aku nak bendung. Sebab tu aku takleh jadi 'artis Malaysia'.

A. Keranda tu adalah perkara biasa dalam situasi perang kat mana-mana. Apa-apa kotak pun jadilah, asalkan mayat boleh letak dalam tu. Aku buat keranda saiz kanak-kanak kerana dari pandangan aku apa yang terjadi ialah depa (zionis) nak bunuh kanak-kanak agar tiada lagi pejuang syahid pada masa depan, begitu juga dengan kaum wanita, kalau dah tadak kaum wanita, sapa nak beranak? Kat luar aku stensilkan dua watak 'hero' dalam cerita terbaru di Asia Barat iaitu 'Si Belukar' dan 'Si Olmert'. Kat hujung depan dan belakang simbol bomb dengan efek lilin dan perkataan Light Up Gaza (imej biasa digunakan oleh masyarakat dunia untuk memberi keamanan kepada Palestine dan disertakan gambar lilin) yang aku tukar jadi bomb dan otomatik makna lain. Kat bucu sebelah plak gambar bendera Israel yang aku tukar dengan simbol paling popular yang sebenarnya menjadi alasan untuk meyerang negara lain.

Kat dalam plak aku stensilkan 4 wajah (lelaki tua, wanita -macam haneem aku tengok dan dua kanak-kanak yang semua org pernah lihat dalam kes terbaru ni) sebagai lambang yang diorang nilah yang ingin sgt 'dimatikan' oleh zionis. Kat bahagian tgh plak imej / simbol mayat yang dikafankan dan pecahan mayat tersebut yang nampak cantik sangat dengan efek lampu pelbagai warna yang juga serasi dengan imej kat luar tu (Light Up Gaza).

B. Kat dalam work kedua tu plak aku letakkan patung latex kanak-kanak yang aku kafankan. Yang ni direct sikit. Mayat, Kafan. Darah = Syahid. Tapi kat luar plak aku gunakan imej-imej wajah-wajah sayu orang yang kehilangan insan tersayang dan ia memang aku dapatkan dari Yahoo Image for Gaza.

Untuk kedua-dua work ni aku buat special display sebab aku pernah menulis tentang setiap artis perlu memikirkan dari awal how thier works nak dipamerkan, Jadi untuk ini aku buat apa yang aku cakap & padestal ni memang custom made untuk works ni, Dan padestal bagi aku tak semestinya flat, putih, hitam dan pelbagai typical way. Untuk ni aku stensilkan gambar bangunan-bangunan yang telah dibom oleh Zionis. Look like artworks tapi jangan lupa tu hanya padestal. Nak beli boleh!!!!

Akhir kata, tu bagi akulah, korang semua bebas beri pendapat korang sendiri dan bagi aku tadak yang salah, Untung-untung statement work tersebut bertambah. Terpulanglah kat korang untuk menilai dan memberi jawapan kepada Kes baru ni. Adios, TAKBIR!!!!!

19 comments:

  1. supportt...support.... ada engkah tabung sik kat sia juak?? ni la tauk..untung2 dapat juak polah collection k anta ke kedutaan palestine...

    ReplyDelete
  2. On Feb 7, perasmian pameran & jualan serta bazar seni (Laman Seni) khas utk tabung iya

    ReplyDelete
  3. Perghhh!!!! jarang2 bos buat work. Sekali siap, terangkat sik.

    Biasan lampu yang menyilaukan warna garisan kuning putih diatas sisi prospek menampakkan ia lebih memaparkan tembok-tembok dan seperti pecahan sisa blok-blok bangunan.

    mmmm...well, teknicalnya pasti tip top..

    ReplyDelete
  4. terimakasih ler kerana mengkerandakan hamba T.T buat le 10 bijik baru ada impak wey

    ReplyDelete
  5. betul tu....

    bole' la mintak satu.


    hu..hu..huu

    ReplyDelete
  6. nak satu jugak hehehehe....
    adakah terbuka untuk semua atau staf balai saje...
    medium terhad ke atau ape saje pun bole

    ReplyDelete
  7. work sy boleh masuk ka boss....huhu

    ReplyDelete
  8. Gua hanya buat 1 works utk 1 isu, kalau buat byk spark dah padam. kalau nak gak wa boleh buat replika woiii. Lampu korang pasang sendiri hahahahaha

    ReplyDelete
  9. pasang sndiri pun bole la...janji dapat satu hehehe

    ReplyDelete
  10. i am intrigued by your statement that "i cannnot be a Malaysian artist"...by making such statement, it seems to me that you have a clear idea what a MALAYSIAN artist is/or should be!..can you pls elaborate on that?

    ReplyDelete
  11. Malaysian Artists:-

    1- Struggle to build up name
    2- Fulfill buyers taste
    3- Finding self identity
    4- Feed galleries with high
    commission

    ect ect ect

    ReplyDelete
  12. I really want to know you. Kenapa harus anonymous????? Amacam kekawan setuju tak????? Anonymous ni seolah berselindung, takut dan macam2 hal yang negatif.

    ReplyDelete
  13. setujuuuu...hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  14. mungkin ada yang hantar works niat nak jual dan ada yang hantar works niat nak luah, ada juga yang niat dua-dua,
    ...janji ikhlas..

    pasal selindung-selindung ni,
    pakai je le nama sendiri, macam sharul tuu..baru telusss,

    ReplyDelete
  15. mun ado replika..mok sigek..adiah besday ya koh... yah..nak ka best..

    ReplyDelete
  16. Manusia Islam entah apa nak jadi..takde ke yang nak bangkit dan memperjuangkan Islam dengan ikhlas? Yang diharapkan pun diam membatu tanpa suara. Betullah kalau orang kata iman dah setipis kulit bawang. Allah nak duga. Tunggulah Dajal yang akan muncul nanti.

    ReplyDelete
  17. Ada gak dengar Ustaz Redzuan Tee kata, Selepas Palestine dijajah aim Yahudi ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang lantang kononnya memperjuangkan Islam tapi rakyat sendiri depa pejam mata jer. Tekalah sendiri negara mana tu! Cobfirm sekelip mata hanco abis!!!!

    ReplyDelete
  18. Orng Islam sibuk nak kumpul kekayaan untuk diri sendiri, berpolitik yang tak tentu ujung pangkal.

    Anyway welcome back to the artscene after a while duduk diam melihat senario seni visual tempatan berkembang.

    Somehow ur very talented why not share the idea to others.

    So I'm waiting the spark that u'll bring in the contemporary art at RA Gallery soon.

    By the way boleh ler buat satu untuk rumah kita untuk sedarkan anak2 kita.

    gud luck and all the best...

    ReplyDelete